30 January 2012

Kuasa ke3

1. Beberapa orang bercakap kehulu kehilir bahawa beliau akan menjadi sebahagian dari kuasa ke3 yang akan menjadi pengancam dan penentu kuasa dalam PRU 13 nanti.

2. Sesiapa pun tahu meramalkan bahawa kalau kuasa ke3 ni hendak menjadi calun ... silakan ... kamu tentu sudah tahu bahawa kalau kamu nak kekal jadi wakil rakyat berbekalkan duit 'penghijrahan' yang kamu terima, kamu pilihlah 'lubuk' yang paling sesuai khususnya jauh dari sini.

3. Kalau setakat Semenanjung ni tak payahlah ... dah berbilion BN habiskan duit untuk membeli undi rakyat .. hasilnya tetap tiada.

4. Sebenarnya 'kuasa ke3' ni habuk pun tarak, cakap aje berdegor-degor (kata orang Perak) ... cuba berlagak kuat dengan harapan UBN menawarkan kerusi pada nya .... alahai tak payahlah perasan .... Ezam pun dah punah ranah sekarang, Umno sana sini tolak dia termasuklah Kota Raja.

5. Yang takut dengan 'kuasa ke3' cuma Muhyiddin Yassin - apa punya orang lah dia ni - rujuk BH.

28 January 2012

Candid Ceramah PR di Jln Kebun malam tadi : terbang jugak kerusi ni ...


ish apa hal ni Ji.....
Anda saksikan lah sendiri suasana ceramah anjuran Pakatan rakyat yang menampilkan YB Nurul Izzah, YB Dr Yunus Hairi, YB, Ng Swee Lim. dan YB Shuhaimi Shafiee di Jalan Kebun malam tadi.

Program malam tadi adalah anjuran Pentas Pemuda PR.

Menjelang PRU 13 - suasana panas sebegini memang menguntungkan PAS dan Pakatan Rakyat bagi mempertahankan kemenangan PAS & PR di Kota Raja.

Peristiwa 21.1.2012 dimana Ceramah ABU & Hindraf yang diganggu oleh UBN sehingga menyebabkan Sdr Krishnan yang mnerupakan Ketua Pemuda DHPP Kota Raja cedera dan dimasukkan kehospital beberapa hari, kini menimbulkan kemarahan yang amat sangat dikalngan pengundi-pengundi India di Kota Raja.

Tindakan tidak bertamadun pihak tertentu ini yang seolah-olah mengamalkan undang-undang rimba telah menjatuhkan reputasi Najib, 1Malaysia, Umno dan Barisan Nasional sehingga ramai dikalangan ahli-ahli mereka sendiri berasa malu dan takut untuk hadir ke ceramah anjuran mereka.

Sah anjuran Umno Bahagian Kota Raja - kat banner kecut nak letak logo
yang dah tak laku tu



Ceramah gerombolan Umno begitu ramai yg hadir hampir 3000 orang memenuhi setiap
ruang court badminton yg menempat dua khemah dan pentas tanpa bumbung... kesian
Ambillah ... kami dah tak ingin : Gerombolan katak-katak belaan Umno

Disiplin orang PAS & PR, Solat dulu dalam dewan sebelum program sambil
tunggu kut-kut ada tetamu yang tidak diundang


Bendahari Urusan Ulamak PAS Kota Raja, Hj Daud









Keputusan Ceramah PR vs UBN


Kalau kita tengok kehadiran di kedua-dua ceramah ini.. kita tahulah yang mana satu menjadi pilihan rakyat Jalan Kebun...

Jadi UMNO dan panglima buntal jangan nak berlagak akui Jalan Kebun UMNO yang punya... minta tolong sikit ok....

Korang tengok le sendiri....

Ini ceramah UMNO.....

tempat tak berapa jauh dari Dewan MBSA Jalan Kebun yang menempatkan ceramah Pakatan Rakyat...

macam tempat zombi kampung pisang lak...

kerusi setia mendengar ceramah umno

ini lah jumlah yang ada setelah siap dicampurkan dengan kuncu-kuncu panglima buntal
Ok...
dah tengok...? 
ini pulak ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di dewan MBSA Jalan kebun...





keadaandi belah luar di setiap tingkap yang ada..

peniaga pun dapat mencari rezeki


melimpah keluar





Jadi dapatlah kita nilaikan bagaimanakah keputusannya nanti semasa PRU13...

27 January 2012

Datang ramai-ramai ke Jalan Kebun malam ni.


Jemput datang ramai-ramai dan tolong sebar

Lokasi asal kami pindahkan ke Dewan MBSA, Seksyen 30 Jalan Kebun, untuk menjamin keselesaan hadirin yang hadir. Hanya kira-kira 300 meter sahaja dari tapak asal.

Semua sudah dirancang dengan teliti - kita anjurkan secara profesional walau pun ada pihak yang cuba buat provokasi dengan menganjurkan ceramah diatas court badminton  betul-betul bersebelahan halaman rumah Hj Johari yang menjadi lokasi asal cermah kami.

Tak apa kita guna akal dan kewarasan otak untuk menangani provokasi jahat ini.

Rekod telah menunjukkan bahawa Jalan Kebun merupakan kubu kuat PAS dan untuk Parlimen Kota Raja dimana YB Dr Siti Mariah bertanding pada PRU 11 & 12, kedua-duanya di menangi oleh PAS.

UBN akan kecewa lagi pada PRU 13, kerana gangguan Ceramah pada 21.1.2012 telah menjadi modal besar kebencian pengundi kepada UBN.


25 January 2012

Dakwaan CSL disangkal : tiada parti dominan dalam PR

Dalam Pakatan Rakyat tiada parti yang dominan, sebaliknya yang dominan adalah prinsip bersama pakatan itu sendiri iaitu keadilan dan ketelusan. 

Dakwaan yang mengatakan PAS atau PKR atau DAP yang akan menjadi parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat jika pakatan itu mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13 akan datang ternyata tidak berasas dan hanya putar belit. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Pakatan Rakyat ternyata berbeza dengan Barisan Nasional (BN) kerana dalam BN sememangnya terdapat salah satu parti yang dominan iaitu Umno. 

Menurutnya, manakala dalam Pakatan Rakyat tidak sedemikian, sebaliknya kesemua parti yang terdapat dalam gabungan itu mempunyai peranan masing-masing bagi merealisasikan prinsip tersebut. 

Katanya, perbezaan tersebut sememangnya telah begitu jelas dalam Pakatan Rakyat dan ia tidak mempunyai sebarang asas untuk diputarbelitkan oleh para pemimpin Umno BN.

"Sekiranya perkara itu ditimbulkan oleh para pemimpin Umno BN, ia ternyata sengaja diada-adakan untuk mengelirukan orang ramai kerana ia ternyata tidak berasas," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ketika membangkitkan isu undang-undang Islam di Malaysia berkata, masyarakat Cina kini mula kembali ke pangkuan BN kerana mereka sedar sokongan kepada DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa. 

“PAS akan memerintah. PAS menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yang akan memerintah jika mereka (pembangkang) berkuasa," katanya seperti yang dilaporkan media hari ini.         

Beliau menegaskan, ia adalah fakta dan menafikan ia hanya strategi untuk meraih semula sokongan komuniti Cina pada pilihan raya umum akan datang.

“Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar - pengundi DAP berikan kuasa kepada DAP, memperkuatkan DAP (dan) membuka jalan kepada PAS, yang akan berkuasa di peringkat pusat,” katanya.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, PKR tidak mampu bersaing dengan parti Islam itu dalam soal organisasi, disiplin parti dan yang lebih penting, kesetiaan ahli sambil menyifatkan parti itu lebih lemah dalam gabungan tiga parti tersebut. 

Menurut Mujahid, dakwaan Chua itu ternyata propaganda murahan MCA bagi menghalang masyarakat Cina menyokong DAP atau Pakatan Rakyat, tetapi ia sememangnya gagal untuk menyekat sokongan orang-orang Cina terhadap Pakatan Rakyat. 

"Sebaliknya, masyarakat Cina di negara ini sendiri sudah sekian lama faham perkara itu, malah mereka juga amat faham dengan perbezaan antara DAP dan MCA itu sendiri," tegasnya. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, perbezaan antara DAP dan MCA adalah kerana DAP merupakan parti yang berprinsip, iaitu berjuang bagi keadilan dan ketelusan, dan itulah yang menyebabkan DAP boleh bergabung dalam Pakatan Rakyat yang juga berjuang atas prinsip yang sama. 

"MCA pula adalah parti yang tiada prinsip. Itulah sebabnya MCA hanya menurut sahaja segala arahan Umno yang menjadi parti dominan dalam BN. 

"Jika MCA ada prinsip dah lama parti itu keluar dari BN disebabkan dalam BN sememangnya terdapat parti yang menjadi parti dominan iaitu Umno, manakala parti-parti lain hanya terpaksa menurut sahaja kemahuan Umno walaupun terpaksa mengenepikan kepentingannya," tegas beliau.

24 January 2012

1 lagi kejutan dari Rosmah Mansor

Jangan Jelous

Lusa, 1 lagi Ceramah, sehari sebelum Ceramah di Jalan Kebun



Pemuda PAS Selangor dan Pemuda PAS Kota Raja akan menganjurkan Ceramah Pentas Anak Muda Perdana, lebih awal sehari sebelum Cerama berikutnya yang akan di adakan di Jalan Kebun



Untuk menghadapi serangan dan provokasi media media yang dikuasi oleh Umno dan Barisan Nasional, lebih banyak Ceramah akan di adakan.

PGS JPrK juga melapurkan bahawa pada hari yang sama iaitu 27 Jan 2012, Umno juga akan mengadakan Debat Rakyat disebuah Taman kira-kira 5 kilometer dari lokasi Pentas Pemuda Pakatan Rakyat. Kira OK lah tu. 


Tolong sebarkan Ceramah ini supaya rakyat datang beramai-ramai - ahli Umno juga dijemput hadir dan anda semua akan dilayan dengan baik.

23 January 2012

Siap Siaga - 1 lagi Ceramah di Jln Kebun

Untuk makluman : Ini ceramah anjuran Pemuda Pakatan Rakyat Kota Raja
(Parti politik yang sah dan berdaftar - semua petugas diminta bersiap siaga)
untuk menjamin kelancaran Ceramah ini kelak.

Sudah berpuluh kali PAS Kawasan Kota Raja, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat menganjurkan Ceramah di Jalan Kebun, begitu dengan PKR, semuanya OK tanpa sebarang gangguan. Kita penuh yakin bahawa kali pun ianya sama dan semua akan OK dan minta hadirin datang beramai. Lagi ramai lagi bagus sebab banyak kita kena buat dan semua kena siap siaga bagi menghadapi PRU 13 tidak berapa lama lagi.Kalau boleh tumpangkan orang atas pagar atau dulu pengundi BN atau orang pencen ke ceramah ini lagi bagus.


Tragedi Jln Kebun : "Tindakan gengsterisme mesti dihentikan. Ia menjadi tugas dan tanggungjawab polis untuk melindungi warganegara yang menggunakan hak berperlembagaan mereka untuk berhimpun dan bersuara," .... rujuk Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan ... Sudahkan Polis bertindak?


Nak pertolongan : banyak gambar dan rakaman gerombolan yang menyerang dan mengganas ke atas ceramah "asal bukan Umno" (ABU) 21/1/12 lalu. Adakah anda rasa polis akan ambil tindakan? Lihat Ameno World 22/1/12 "Ini lah rupa ketua geng2 pengacau majlis ABU semalam...", Anak Sungai Derhaka "Wajah Samseng UMNO? yang menyerang ceramah ABU semalam.. ", Milo Suam 23/1/12 "No plate penyokong Umno yang menyerang ceramah ABU" dan dalam album Facebook Lawrence Jayaraj. Mungkin berlambak lagi di laman-laman yang lain... http://penarikbeca.blogspot.com

Tragedi Jln Kebun : Tindakan gengsterisme mesti dihentikan

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam tindakan ganas ala gengster pihak tertentu mengganggu majlis ceramah Asal Bukan Umno (ABU) dan mencederakan salah seorang pesertanya, di sini kelmarin.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi, Bersih 2.0 berkata, insiden terbaru ini memperingatkan taktik ganas dan kotor yang digunakan untuk menggagalkan persidangan prokemerdekaan Timor Timur (kini Timor Leste) di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 1996.
"Tindakan gengsterisme mesti dihentikan. Ia menjadi tugas dan tanggungjawab polis untuk melindungi warganegara yang menggunakan hak berperlembagaan mereka untuk berhimpun dan bersuara," katanya.
Kenyataan Bersih 2.0 juga menegaskan, berdasarkan kenyataan Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah dan Ketua Polis Daerah Shah Alam Zahedi Ayob, yang masing-masing mengetepikan dakwaan kecederaan dan memandang ringan keseriusan insiden, telah menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedangkan bukti video menunjukkan majlis itu diserbu dan ada kecederaan ke atas salah seorang peserta.
"Penafian polis berhubung keseriusan tindakan ganas ke atas penganjur dan peserta seolah-olah merestui tindakan ganas yang berlaku," kata gabungan itu lagi.
Malah Bersih 2.0 juga berkata, kegagalan polis untuk bertindak segera dan proaktif akan mengundang pihak-pihak lain bertindak sedemikian pada masa akan datang.
"Bersih 2.0 menuntut Ketua Polis Negara menjalankan satu siasatan dengan segera dan menahan mereka yang bertindak ganas," katanya lagi.
Selain itu, Bersih 2.0 juga mahu kerajaan mengambil tindakan menghalang kejadian-kejadian yang sama, yang bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan

"Saya selalu menjadi mangsa"

Kata Rosmah sebentar tadi :-

1. "Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar,"

2. "Saya selalu menjadi mangsa,"

3. "Mengapa saya saje selalu yang kena, tak de orang lain lagi ke yang seteruk saya ... saya kan wanita pertama, ada aku kesah"

Rungut Rosmah hari ni  disini sambil berkipas kepanasan dalam ruang yang ber econd.

22 January 2012

Jawapan Standard Pemuda Umno

Pemuda Umno Selangor menyangkal dakwaan ahli pergerakan itu terlibat kekecohan melibatkan program ceramah Asal Bukan Umno (ABU) anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), malam tadi.
Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, Pemuda Umno tidak diberikan tugas untuk mendengar dan memantau sebarang program yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Selangor.
Menurutnya, tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada Pemuda Umno adalah untuk memastikan program parti berjalan lancar termasuk, program bantuan kepada rakyat dan menggerakkan jentera pilihan raya.
“Buang masa sahaja, untuk kami pergi ke ceramah mereka, malah saya sendiri pun tidak tahu ceramah ABU ini diadakan.
“Kami masih lagi mempunyai tugas yang banyak untuk diselesaikan daripada datang ke program pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa Umno terlibat dalam kekecohan di program ceramah yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, kelmarin.

Ungku berkata, walaupun wujud ceramah yang dianjurkan PR menyentuh isu tentang Umno, namun pihaknya tidak mahu melakukan sebarang tindakan.
“Sebaliknya, kami perlu terus memfokuskan terhadap tugasan yang telah diberikan terutama dalam program mendekati rakyat,” katanya.
Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 9 malam, apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.
Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.

Umno Kota Raja antara hilang kuasa & hilang akal.

YB Manoharan ketika melawat Sdr Krishnan, Ketua Pemuda
DHPP Kota Raja di Sentosa Medical Centre malam tadi
Alhamdulillah Parti Umno khususnya Umno Kota Raja (sekali pun mereka tidak akan mengaku terlibat) menunjukkan kepada dunia walau pun mereka telah diberi peluang selama lebih 50 tahun untuk memerintah negara Malaysia, dan tugas serta tanggung jawab untuk menyuburkan demokrasi  terletak sepenuhnya ditangan mereka, namun mereka adalah parti yang gagal menjalankan amanah yang diberi oleh rakyat.
Mereka gagal melahirkan manusia dan pengikut serta ahli yang dilihat berpelajaran, berfikiran matang dan taat pada agama. Pengikut serta ahli mereka kini terdiri dari anak-anak muda yang tidak terdidik dengan sempurna, jauh dari agama dan perintah Allah dan bertindak mengikut hawa nafsu setelah diarahkan seperti robot yang tiada peri kemanusian dan tiada akal.
Berada didalam majlis ABU & Hindraf di Dewan MBSA Jalan Kebun malam tadi memang menjengkelkan apabila melihat perilaku anak muda melayu yang bertindak seumpama samseng dengan memasuki dewan tempat ceramah ketika majlis baru bermula dengan deruman motosikal. Hampir semuanya bukan mereka yang layak mengundi.
Perilaku ini amat memalukan dan keburukan perangai mereka memang wajar di war-war kan keseluruh pelusuk tanah air bagi membuktikan kepada kepimpinan Umno bahawa inilah hasil anak didik mereka selama ini, dan rakyat bersedia untuk menolak mereka dalam PRU13 nanti atas kegagalan mendidik anak bangsa ini menjadi yang terbaik boleh dibanggakan oleh negara dan masyarakat Melayu.
Adengan menghalau orang India

Kelaku mereka menunjukkan kepada kita dan dunia betapa Umno berjaya menanamkan sikap rasis yang keterlaluan kepada ahlinya dan peristiwa maki hamun, jerit pekik, deruman bunyi motorsikal cupchai dan adengan menghalau orang India keluar menunjukkan bahawa mereka memang tidak berakal.
Semua maklum bahawa ceramah tersebut diadakan didalam dewan dan tidak mengunggu mana-mana orang yang tidak hadir kedewan tersebut. Jadi untuk apa ada provokasi seburuk malam tadi dilakukan hanya semata-mata untuk menggalkan ceramah tersebut - paling mengapa mereka perlu menghalang ceramah tersebut - atas alasan apa?
Selepas ini Umno Kota Raja pasti bersilat mengelak dan buat-buat tak tau apa yang berlaku, lakonan biasa yang sudah basi dan memualkan rakyat jelata. Sama juga ketika mereka terpekik terlolong macam orang gila ketika lawatan YAB MB pada hujung tahun lalu di tempat yang sama. Tapi budak-budak bukannya cerdik sangat sebab ramai yang memakai baju T lambang parti mereka.
Kira-kira jam 12.40 pagi saya berjumpa dengan Ketua Pemuda DHPP Kota Raja Sdr Krishnan di Sentosa Medical Centre dan beliau menceritakan tragedi ngeri beliau dipukul dengan topi keledar oleh orang-orang hilang akal tersebut.
Sebelum itu YB Dr Siti Mariah setelah selesai memberi nasihat kepada penyokong untuk bersurai di Dewan MBSA turut berada di Hospital tersebut.
Alhamdulillah keadaan Krisnan sudah semakin stabil, dan ketika kami tanya perasaan nya dia berkata, peristiwa ini tidak akan menakutkannya dan beliau berjanji akan terus berjuang bersama PAS yang memakai baju PAS ketika kejadian tersebut.
Krisnan Ketua Pemuda DHPP Kota Raja diselamatkan oleh rakan-rakan selepas dibelasah
oleh sekumpulan anak muda di Jln Kebun mlm tadi
Ketua Pemuda DHHP Kota Raja ketika menerima rawatan dari hospital

TYDP PAS Kota Raja - Hj Norhalim Sirome, Pengarah Pilihanraya DHPP Kota  Raja
dan Cikgu Bard cuba menenang penyokong PR agar bertenang untuk tidak menghuru-harakan keadaan.
Berita dari Sinar Harian - Ceramah Asal Bukan Umno anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) terpaksa ditangguhkan selepas majlis tersebut diserang sekumpulan lelaki tidak dikenali di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.
Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.
Menurutnya, sekumpulan lelaki yang menyerang dengan menggunakan kayu dan topi keledar itu menyebabkan seorang lelaki berusia 40-an terpaksa dibawa ke
Hospital Sentosa untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di bahagian kepala.
“Sekumpulan lelaki ini ada memakai baju-T yang memaparkan lambang salah sebuah parti dan mereka bukan sahaja mencederakan orang ramai tetapi merosakkan gerai makanan yang berada di pekarangan dewan.
“Susulan kejadian tersebut, pihak penganjur terpaksa menangguhkan ceramah atas alasan keselamatan orang ramai,” katanya.
Menurutnya, setakat tengah malam tadi, beliau dimaklumkan mangsa berada dalam keadaan stabil dan masih di bawah pemantauan doktor.
Badrul berkata, pihak penganjur akan membuat laporan polis pada malam ini untuk tindakan tegas kepada pihak yang menimbulkan kekecohan di ceramah tersebut.
Program Asal Bukan Umno di dewan MBSA adalah yang ketiga dianjurkan selepas di Gombak dan Bayan Baru dan difahamkan juga menerima gangguan yang sama oleh pihak yang berkenaan.
Dalam pada itu, Badrul Hisham yang turut dikenali dengan nama mesra Chegubard berkata, "mereka cuba bakar sentimen kaum, tetapi mereka turut musnahkan gerai-gerai peniaga Melayu yang datang berniaga."
"ABU bukan satu kaum tetapi milik rakyat semua," katanya lagi.
KLANG: A rowdy mob gatecrashed a ceramah organised by Anything But Umno (ABU)/Hindraf in Jalan Kebun here, causing serious injury to at least one person earlier tonight.
Organisers told FMT that one of the volunteers at the ceramah was badly assaulted and had to be rushed to the hospital.

The incident happened at about 9.15pm when the ceramah was about to start.

About 30 attackers, waving sticks and helmets, rode their motorcycles into the ceramah venue – a hall – and rammed into participants and chairs.

Others had followed on foot and had allegedly ’caused havoc’ by tossing chairs, throwing away ABU brochures, and hurling insults at participants, demanding for them to leave.

Organiser and ceramah participants believe the attackers were linked to Umno.

“I believe they were Umno people. They had the BN and Umno flags, and were wearing Umno t-shirts,” said one participant who alerted FMT of the incident.

“There was some arguments and one boy was badly beaten by the unruly youths using helmets,” said Suara Rakyat Malaysia (Suaram) executive director E Nalini who was there to observe the ceramah.

She said the group left the venue when a couple of police patrol cars arrived. She added that the group however loitered outside the hall, shouting slogans and ignoring the policemen.

The speakers of the disrupted ceramah were supposed to be lawyer-activist Haris Ibrahim, PAS deputy president Mohamad Sabu, PKR leader Badrul Hisham Shahrin and Hindraf national coordinator W Sambulingam.

Mohamad Sabu said he was on stage when the incident happened.

“They can’t do this, if they disagreed with us or our programmes, they can complain to police, not attack people. This is very bad image for democracy,” he said.

Hurling racial abuses

Meanwhile, another ceramah participant told FMT that the incident had gotten racial at one point when one of the ‘uninvited guests’ hurled racial abuses shouted at the participants, many who were Indians.

“One of them called us ‘keling’ while others proceeded to taunt the Indians present and shouted at the Malays there ‘you orang tak kenal hutang budi‘ (you unappreciative lot),” said legal executive M Yuktesvaran.

The organisers meanwhile said they were calling off the ceramah tonight, and will be resheduled to a venue in Seremban on Jan 28.

It is also learnt that they will be lodging a police report soon.

Police: Villagers were angry

Meanwhile Selangor police chief Tun Hisan Tun Hamzah brushed off claims of any attacks at the ceramah tonight.

“No such incident though there was some dissatisfaction by the residents about the activity,” he told FMT.

“No damages or injuries to people as alleged…no riots occurred,” he said, adding that Hindraf supporters were present at the venue.

However Shah Alam OCPD Zahedi Ayob confirmed there was “shouting and pushing” at the ceramah but everything calmed down after the arrival of the police.

He said that the tension was caused by the anti-Umno ceramah in a Malay area. He added that the Malay residents got angry with the ceramah, especially with a banner which called for the end of the Umno/BN “regime”.

“The villagers were also angry with the 20-odd Malays who had attended the ceramah…the kampung people came out to protest against the presence of the Malays in the Hindraf organised ceramah,” he told FMT when contacted.

He said the face-off between the villagers and the ceramah organisers caused a confrontation and “they were shouting and pushing in the dewan”.

He said that the ceramah, attended by about 70 people, was cancelled and so far the police had not received any reports of anyone being injured.

“I’ll like to say that we managed to avoid the incident from becoming worse apart 
from shouting and pushing. There is no such thing as people being beaten with sticks.

“The act of holding the ceramah was provocative. How can you hold such a meeting in a predominantly Malay area? No permit was requested as well,” he said.

He also warned the public not to spread rumours of a racial tension in Jalan Kebun, adding that false messages were being spread through SMSes that a Malay stall had been set on fire.

“That is untrue. When the group was leaving, the police were already there. They managed to control the situation,” he added. -FMT

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini