22 January 2012

Jawapan Standard Pemuda Umno

Pemuda Umno Selangor menyangkal dakwaan ahli pergerakan itu terlibat kekecohan melibatkan program ceramah Asal Bukan Umno (ABU) anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), malam tadi.
Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, Pemuda Umno tidak diberikan tugas untuk mendengar dan memantau sebarang program yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Selangor.
Menurutnya, tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada Pemuda Umno adalah untuk memastikan program parti berjalan lancar termasuk, program bantuan kepada rakyat dan menggerakkan jentera pilihan raya.
“Buang masa sahaja, untuk kami pergi ke ceramah mereka, malah saya sendiri pun tidak tahu ceramah ABU ini diadakan.
“Kami masih lagi mempunyai tugas yang banyak untuk diselesaikan daripada datang ke program pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa Umno terlibat dalam kekecohan di program ceramah yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, kelmarin.

Ungku berkata, walaupun wujud ceramah yang dianjurkan PR menyentuh isu tentang Umno, namun pihaknya tidak mahu melakukan sebarang tindakan.
“Sebaliknya, kami perlu terus memfokuskan terhadap tugasan yang telah diberikan terutama dalam program mendekati rakyat,” katanya.
Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 9 malam, apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.
Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.

1 comment:

  1. Aiyooo cb tgk detail ini budak. DiaIndon mari ka.... atau dia Anwar punya org kasi blakaon kacau itu majlis....
    http://www.facebook.com/muhamad.razali3

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini