30 July 2009

Ceramah Isu Semasa

Tempat : Markas PAS Cawangan Kg.Jawa Jalan Kota Raja Klang Selangor.
(Berhadapan dengan sekolah Rendah Agama Kg Jawa dan Masjid Dato Dagang)

Tarikh : 31 hb Julai 2009 / Hari Jumaat

Masa : 9.30 malam

Penceramah Jemputan :

1. YB.Dr.Mariah Mahmud - MP Kota Raja
2. YB. Gobalakrishnan - MP Padang Serai
3. YB Ng Swee Lim - Adun Sekinchan.

Dijemput semua hadir bagi mendapat maklumat terkini politik tanahair. Informasi 019-2515566 (Ust Shukur) 016-6996681 (Ekhsan) & 019-2440095 (Hj Ismail)

29 July 2009

Memboikot Utusan satu tindakan yang betul


Akhbar Utusan Malaysia (ada yang sebut Utusan Meloya) memohon maaf dan menarik balik sepenuhnya berita "Nasihat saya mesti didengar" yang diterbitkan pada 15 Jun lalu berhubung isu kerajaan perpaduan kepada TGNA. Pada 17 Jun, Tok Guru yang juga mursyidul am PAS menafikan laporan dan menyifatkannya "satu hasutan untuk mengajak orang ramai membencinya dan parti itu"

Berikutan dengan itu Tok Guru menyatakan bahawa ia telah menyerahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan.

Permohonan maaf ini menunjukkan bahawa akhbar ini memang tiada kredibiliti dalam penyiaran berita dan tindakan sesetengah pihak mengajak orang ramai memboikotnya ternyata benar.

28 July 2009

Taklimat U.P MTD Sri Andalas

AJK PAS Kawasan Kota Raja bersama YB Dr Siti Mariah Mahmud, 2 dari kiri Tn Hj Hakim S/U. Mutalib, YDP Cikgu Jaafar, Azmi Jusoh, YB Dr Mariah, Pn Halimah, Razif, Ruslan dan Majid.
AJK PAS Kawasan Kota Raja bersama YDP dan S/U.
Hadirin yang hadir dalam program taklimat UP.

24 July 2009

Diskusi bulanan Lajnah Perpaduan Nasional

Seperti biasa, InsyAllah LPN akan mengadakan Diskusi Bulanan bagi bulan Julai mengikut ketetapan berikut:-

Prog.: Diskusi Bulanan LPN
Tajuk: Kristian Dari Perspektif Etika & Nilai-Bersama Agama-Agama Lain Di Malaysia khususnya Islam

Tarikh: 25/7/09 (Sabtu)
Masa: mulai 10:30pagi
Tempat: Pusat Khidmat Masyarakat
Pejabat Parlimen Kota Raja

Pengisian: Ybhg Dr Yaacob bin Yusoff
-Ahli Jawatankuasa Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat / Negeri Kelantan
-Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sulta Ismail Petra / KIAS

YB/Tuan/Puan semua diminta hadir kecuali uzur syarie.

Harap dapat respond.

Syed Abd Malek
Lajnah Perpaduan Nasional
PAS Kawasan Kota Raja

22 July 2009

Maqasid Syariah


Jemaah sekalian,

Pada 13 Julai 2009 (Isnin) yang lepas saya telah berpeluang menghadiri satu seminar bertajuk Seminar Maqasid Syariah/SMS Peringkat Kebangsaan di bandar Kota Bahru, Kelantan anjuran Jabatan Al-Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra/KIAS dgn kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan/JAHEIK. Seminar julung kali ini telah diadakan di Hotel Grand River View dan dihadiri oleh golongan sasar seminar dari seluruh pelusuk negara dengan anggaran seramai 400 orang.

Seminar yang bertemakan "Ke Arah Negara Sejahtera Lagi Berkat" berkisar mengenai ilmu maqasid syariah-aplikasi serta cabaran di dlm pentadbiran negara.

Perasmian seminar tersebut telah disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan. Disini saya ingin memetik ucapan Tuan Guru dari dalam Buku Cenderahati yang berbunyi:-

"Maqasid Syariah atau Objektif Syariat Islam dalam penentuan segala hukum syarak yang melibatkan persoalan ibadat, muamalat, munakahat, jenayah, politik dan pemerintahan adalah untuk memelihara kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat.

Dlm menghadapi pelbagai persoalan semasa khasnya yg menyentuh aspek pendidikan, sosial, ekonomi, kebudayaan, politik, perundangan dan hubungan antarabangsa Islam, para sarjana hukum perlu membuat penyelesaian berasaskan kefahaman yang mendalam berhubung Maqasid Syariah. Kegagalan memahami dan mengembangkan ilmu Maqasid Syariah ini merupakan faktor terpenting yang menyebabkan timbulnya kekeliruan dan penolakan masyarakat umum terhadap pelaksanaan syariat Islam dalam sistem pemerintahan negara dewasa ini".

Tambah beliau lagi dalam ucapan perasmian, "Alangkah baiknya jika seminar seperti ini didedahkan kepada kami 50 tahun dahulu".

Sebanyak 5 Kertas Kerja telah dibentangkan oleh para ilmuan yang memang pakar dalam bidang masing-masing. Ringkasan kertas kerja tersebut adalah:-
i)Kertas Kerja 1: Maqasid Syariah Sebagai Roh Dalam Pentadbiran Negara
oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman/Pensyarah Jabatan Al-Syariah(KIAS)

ii)Kertas Kerja 2: Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Kewangan & Ekonomi Negara
oleh Prof Madya Dato' Dr Hailani Muji Tahir/Pensyarah Fakulti Pengajian
Islam, UKM

iii) Kertas Kerja 3: Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Masyarakat Majmuk di Malaysia
oleh Prof Madya Dr Shukeri Mohamad/Pensyarah Akedemi Pengajian
Islam Nilam Puri, UM

iv) Kertas Kerja 4: Maqasid Syariah & Penafsiran Perlembagaan Malaysia
oleh Prof Dr Abdul Aziz/Pensyarah Kuliah Undang-Undang Ahmad
Ibrahim, UIA

v) Kertas Kerja 5: Maqasid Syariah Sebagai Dasar Membangun Bersama Islam: Satu
Pengalaman Kerajaan Negeri Kelantan
oleh YB Dato' Mohd Amar Abdullah/EXCO Kerajaan Negeri Kelantan

Nota: sila rujuk lampiran untuk kelima-lima kertas kerja tersebut

Antara yang ditekankan dlm maqasid syariah mestilah ianya menjaga maslahah yg 5 iaitu:-

1)Agama
2)Nyawa
3)Akal
4)Keturunan
5)Harta-benda

Nota: disusun mengikut keutamaan dan maslahan agama menjadi perkara utama

Segala penghukuman perlulah sampai sehingga kepada unsur mendidik, mencegah dan seumpamanya.

Byk pendedahan yang kami belajar dan merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Antaranya ialah semasa solat zuhur selesai sahaja rehat makan tengahari, kami bertiga ke surau hotel (biasalah tidak besar mana cuma ada tmpt solat dan tmpt wuduk). Kami hari tu solat jamak & qasar sekali dgn berimamkan Tn Hj Md Termizi. Dalam rakaat ke-2 tiba2 perasaan ada jemaah baru join. Selesai shj solat zuhur kami nak sambung solat Asar baru perasan yg jemaah tadi rupa2nya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz !!

Kami selesai dulu. Masa pakai kasut tak nampak pun pengawal peribadi yg jaga Tuan Guru cuma pekerja hotel adalah sorang tunggu di pintu masuk surau. Ingat nak ambil kesempatan bersalam tapi tak perasan Tuan Guru dah beredar, laju pulak tu jalannya.

Apabila selesai shj seminar disebelah petangnya kami sempat bersiar-siar ke Pasar Siti Khadijah (jln kaki aje dari hotel). Sempat beli dodol dan makan durian sekali.

Kami solat berjemaah Maghrib di Masjid Muhammadi dan sambung dengan jamak Isyak dgn berimamkan Tn Hj Termizi. Perasan juga ada jemaah lain ikut sekali dan bila selesai solat, bersembang dengan mereka, rupanya jemaah dari Kedah nak ke Manik Urai untuk bantu kempen pilihanraya. Hebat jemaah Kedah (Kota Raja pun ape kurangnye !).

Selepas tu kami terus nak ke airport sbb flight jam 9:55mlm (naik Fire Fly). Allah permudahkan sungguh krn ada seorang jemaah yang bantu kami hantar ke airport. Jemaah tersebut pernah bekerja diPort Klang dan kerjanya bawa kapal laut dalam sebagai nelayan=> org ni hebat sbb pasang 3 orang bini !! (Kelantan tu salah soranglah).

Lps ambil boarding pass sempat kami makan diwarung dpn airport Pengkalan Chepa. Saya makan Nasi Goreng Pataya yang lain lain makan Nasi Goreng jenis apa tak ingat dah. Harga biasa saja dan berpatutan.

Jam 9:25mlm boarding n bertolak jam 9:55mlm dan akhirnya sampai di Subang Airport sekitar jam 11mlm.

Itulah serba-sedikit cerite kami bertiga.

Namun yg penting saya nak kongsikan bersama ialah demi untuk mengeluarkan kita semua dari kejahilan terutama apabila bercakap berkenaan dengan Maqasid Syariah. Program sehari begini mana mungkin dapat memberi kefahaman sepenuhnya namun sekurang-kurangnya pendedahan awal kearah pentadbiran Malaysia yang "Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafur" kami telah lalui.

Satu ungkapan dlm kertas kerja yg agak menarik perhatian saya ialah "Syariat didaulatkan, kemaslahan rakyat diutamakan" saya nukilkan disini sebagi penutup tulisan saya.

Sekian & mudah-mudahan ada manafaat.
Syed
Tmn Sri Andalas, Klang

p/s: -yg hadir saya, Tn Hj Md Ali & Tn Hj Md Termizi
-kami ada jumpe Tok Mufti Selangor jugak hadir

5 attachmentsDownload all attachments
Kertas Kerja 1 Maqasid Syariah Sebagai Roh Dalam Pentadbiran Negara.pdfKertas Kerja 1 Maqasid Syariah Sebagai Roh Dalam Pentadbiran Negara.pdf
1915K View Download
Kertas Kerja 2 Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Ekonomi,Kewangan dan Ekonomi Negara.pdfKertas Kerja 2 Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Ekonomi,Kewangan dan Ekonomi Negara.pdf
2342K View Download
Kertas Kerja 3 Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Masyarakat Majmuk di Malaysia.pdfKertas Kerja 3 Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Masyarakat Majmuk di Malaysia.pdf
1670K View Download
Kertas Kerja 4 Maqasid Syariah Dan Penafsiran Perlembagaan Malaysia.pdfKertas Kerja 4 Maqasid Syariah Dan Penafsiran Perlembagaan Malaysia.pdf
781K View Download
Kertas Kerja 5 Maqasid Syariah Sebagai Dasar Membangun Bersama Islam.pdfKertas Kerja 5 Maqasid Syariah Sebagai Dasar Membangun Bersama Islam.pdf
616K View Download

21 July 2009

URGENT !!! DPT Suku Tahun ke-2 tahun 2009

Jentera Parti Peringkat JPrK/MTD/UPU,
Perkara diatas adalah dirujuk.
SILA AMBIL PERHATIAN. Pihak SPR telah mula mempamerkan DPT bagi Suku Tahun Ke-2 Tahun 2009 mulai hari ini 21/7/09 sehingga 27/7/09.
Sepanjang tempoh itu, kita/jentera parti khususnya diminta untuk membuat Semakan/Tuntutan/Bantahan=>STB kepada mana-mana nama yang ada didalam DPT tersebut.
Kita, JPrK Kota Raja telah menerima DPT daripada JPrN melalui Pengarah JPrK Kota Raja pada pagi ini sptmana dalam lampiran.
Sila download DPT tersebut yg telah diasingkan antara MTD Sri Andalas N49 (jumlah mukasurat 274) dan juga MTD Sri Muda N50 (jumlah mukasurat 361).
Tatacara-tatacara untuk gerak kerja STB ada dikepilkan sekali.
Walaubagaimanapun ringkasan bagi bilangan Daerah Mengundi/DM bagi Parlimen Kota Raja adalah spt berikut:-

MTD Sri Andalas N49
bermula dengan DM 111/49/01 Seksyen 34 Shah Alam & berakhir dengan DM 111/40/19 Sentosa Dato Abdul Hamid 2

=> berjumlah 19 Daerah Mengundi
MTD Sri Muda N50
bermula dengan DM 111/50/01 Shah Alam S27 & berakhir dengan DM 111/50/17 Haji Husin Jalan Kebun

=> berjumlah 17 Daerah Mengundi
Menjadikan jumlah Daerah Mengundi dalam Parlimen Kota Raja P111 sebanyak 36
Bagi centralize & memudahkan kerja-kerja STB ini, sila rujuk e-mel Sdr Shamsul Jais/SU JPrK sebelum ini mengenai perjumpaan di Markaz Bukit Naga pada 22/7/09 pada jam 9:00mlm bagi maksud STB ini.
Sekian harap maklum & sila ambil tindakan.
Syed Abd Malek
JPrK Kota Raja

Note ; sila hubungi saya di razifpas@gmail.com untuk download semua yang berkaitan


20 July 2009

AWAS !!! Tentera Merah menyerang lagi!!!

Tentera Merah seramai 9 orang sekali lagi turun memberi khidmat bakti mengawal keselamatan pimpinan dan kerja amal di Majlis Perasmian Pecah Tanah Pembinaan Surau Dan Dewan Serbaguna Pusat Kebajikan Dan Rumah Anak Yatim dan Miskin Al Munirah Johan Setia Klang.Taklimat tugasan diberi kepada anggota bagi melicinkan perjalanan program oleh Penyelaras UAKR.Menolong mengangkat lauk ke khemah makan. Berat tu nampak gayanya.....Ketelitian memasang meja juga penting bagi membolehkan para tetamu menjamu selera dengan selesa.Menghidang makanan dan minuman untuk tetamu. Walaupun penat tapi masih mampu tersenyum.Berbaris menyambut ketibaan pemimpin.Tidak ketinggalan menjadi DeeJay untuk menghangatkan suasana program. Sememangnya Unit Amal merupakan badan amal yang serba boleh dalam berkhidmat untuk mayarakat. Tahniah diucapkan kepada Unit Amal Kota Raja yang tak pernah jemu menabur khidmat tanpa mengira penat lelah dalam menuju ke satu tujuan Beramal Kerana Allah.
Kali ini Unit Amal Kota Raja tidak lagi menjalankan kerja amal yang sering dilakukan yakni mengawal lalulintas sebaliknya lebih tertumpu kepada kerja-kerja amal yang lebih dekat kepada masyarakat.

Urusan Daftar Pemilih

Mesyuarat anjuran Urusan Daftar Pemilih JPrK PAS Kota Raja malam tadi yang diadakan di pejabat Pas Kawasan Kota Raja mendapat sambutan luar dugaan dari AJK JPrK, MTD Sri Muda dan MTD Sri Andalas. Seramai 33 orang hadir termasuk Pengarah JPrK Cikgu Jaafar dan kedua-dua Pengarah MTD Sri Andalan Tn Hj Termizi dan Pengarah MTD Sri Muda Tn Hj Hakim Kari.

Majlis seterusnya ialah Pelancaran Gerak kerja Daftar Pemilih oleh YB Dr Siti Mariah yang akan diadakan pada 25.7.2009 di DUN Sri Muda dan 26.7.2009 di Andalas.

Diharap semua ansarullah kota raja hadir dalam majlis itu nanti.

18 July 2009

Candit

Tapak perasmian
Plag dan batu asas pembinaan
Orang kuat : Tn Hj Faizal ... pengerusi majlis ...macam pengerusi tetap PAS Kawasan aje caranya.
Pengerusi sedang ditemuramah oleh wartawan Harakah
Tetamu kehormat
Upacara simbolik perasmian
Antara tetamu yang hadir
AF Ustaz Nik Abduh sedang menjamu selera

Sila layari Website Dr Siti Mariah dan Website Pemuda Kota Raja untuk berita bergambar selanjutnya. http://drsitimariah.blogspot.com/ dan http://p111dppkr.blogspot.com/

Takziah

Saya mengambil kesempatan pada pagi ini untuk mengucapkan takziah kepada Tn Hj Maskor (016-2761712), Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kota Raja yang telah kehilangan bapa mertua yang telah kembali kerahmatullah petang semalam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Diberitakan jenazah allahyarhan akan dikebumikan pada pagi ini ditanah perkuburan Bukit Naga.

Untuk maklumat semua alamat beliau ialah di lot 2957-11, Jalan Rezab Buang, Bukit Naga Klang.

Majlis bersama TGNA

Sebentar lagi TGNA akan hadir ke majlis perasmian pecah tanah pembinaan surau dan dewan serbaguna Persatuan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah.

Pengerusi jawatankuasa Persatuan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah Tn Termizi bin Ismail berkata majlis yang akan bermula tepat jam 9.00 turut dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Halimah Ali dan lain-lain tetamu kehormat yang lain.

Dijangkakan seramai 1000 orang tetamu hadir dalam majlis itu nanti. Hj termizi juga menjemput semua warga Kota Raja untuk hadir kemajlis ini.

16 July 2009

Chua Jui Meng, welcome to KPP/PR

Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Dr. Chua Jui Meng akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi MCA Bahagian Bakri, Muar, Johor seperti spekulasi bahawa beliau mungkin keluar parti itu dan menyertai Pakatan Rakyat.

Tiada masaalah untuk Jui Meng menyertai mana-mana parti dalam PR. Dengan pengalaman luas selama 23 tahun menjadi pengerusi Bahagian Bakri, pernah menjadi Menteri dan Timbalan Presiden MCA kemasukan beliau ke PR merupakan rahmat dan amat dialu-alukan.

PAS melalui KPP (Kelab Penyokong PAS) yang kini berduyun-duyun diserta oleh non-muslim mengucapkan selamat datang kepada Jui Meng untuk menyertai komuniti kami yang telah terbukti berjaya dan diterima oleh seluruh masyarakat majmuk melalui slogan kami 'PAS FOR ALL"

Terbaru kita mendengar berita Jui Meng akan menyertai PKR. Tahniah kerana meninggalkan MCA/BN.

15 July 2009

Persekitaran tidak mesra Pakatan rakyat

Kebelakangan ini persekitaran Pakatan Rakyat agak bergelora dan tidak mesra dengan pelbagai isu yang ditimbulkan sesama sendiri. Ini tidak baik untuk diteruskan dan Sekretariat Pakatan Rakyat serta Majlis Presiden kena duduk berbincang mencari kaedah terbaik untuk menghentikan semua ini bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap PR.

Pelbagai isu yang ditimbulkan bermula dengan Muktamar Tahunan PAS kali ke 55 yang lalu, masaalah di Penang, Selangor dan Kedah adalah rentetan permasaalahan dalaman parti dan PR yang sepatutnya diselesaikan dalam komuniti kita sendiri.

Tapi itu nampaknya tidak berlaku, sebalik pimpinan parti lebih selesa menggunakan media termasuk media umno/BN untuk menyarakan pandangan masing-masing dan yang menghentam antara satu sama lain. Ada juga pemimpin yang seakan kemaruk untuk mendapat publisiti murahan yang akhirnya merugikan parti dan Pakatan Rakyat.

Terbaru kita tidak boleh faham bagaimana ADUN PR Selangor boleh berbalah pelbagai isu yang sama sekali tidak menguntung parti kita tetapi mendapat kredit untuk parti lawan. Saya masih ingat ketika Almarhum Dato' Fadhil Nor menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat pada tahun 1999, beliau akan memanggil setiap setiap ahli Parlimen untuk berbincang strategi sebelum masuk ke dewan Rakyat untuk bersidang. Ketika itu kita dapat melihat kesatuan parti-parti pembangkang begitu terserlah.

Hari ini sebaik sahaja kita memerintah, pimpinan yang ada tidak pernah dan akan mempraktikkan kebaikan yang pernah dibuat oleh pimpinan terdahulu sebalik tergopoh-gopoh menunjukkan taring dan kepandaian ditempat yang salah.

Berubah wahai pimpinan semua kerana kesannya baru kita terima semalam selepas dari 5 PRK sebelum ini kita mendapat tambahan undi, tidak terkejut bila semalam kita cuma menang 65 undi, inilah iktibar yang perlu kita ambil.

14 July 2009

Sekarang kami tak kan bina jambatan

Muhyiddin Yassin ....... 'sekarang kami tidak akan bina jambatan' kami akan kotakan janji kami.

Tawaran pembangunan yang dibuat oleh BN ditolak oleh pengundi Manek Urai, sesuatu yang sudah dijangka. Umno tak pernah serik menabur janji pembangunan dinegeri yang telah lebih 20 tahun menolak dengan berani pemerintahan BN.

Inilah satu-satu nya negeri yang mempunyai penduduk dan pengundi paling berani paling bijak di Malaysia.

Tahniah Pengundi Manek Urai ...... Takbir

PAS mendahului tapi diekori rapat oleh BN

Keputusan tidak resmi dari kawan-kawan yang berada di Pusat Penjumlahan Undi Manek Urai menunjukkan PAS sedang mendahului dengan majoriti kurang dari 100 undi. Sementara astro awani melapurkan juga tidak resmi sekitar jam 8.45 malam tadi PAS sedang mendahului dengan undi sebanyak 64 mengatasi Umno/BN.

FORUM 3 BERADIK

MASJID JAMEK AR-RAHIMAH

FORUM 3 BERADIK
TAJUK:

ISRAK & MIKRAJ-ANTARA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

HARI/TARIKH:
JUMAAT / 24 JULAI 2009 bersamaan 2 SYAABAN 1430H

MASA:
SELEPAS SOLAT MAGHRIB

TEMPAT:
MASJIT JAMEK AL-RAHIMAH KLANG

AHLI FORUM:
MODERATOR: YBHG UST RAHIM NASIR
AHLI PENAL I: YBHG UST HALIM NASIR
AHLI PENAL II: YBHG SALEHHUDDIN NASIR

PROGRAM TENTATIF:
7.35 mlm - Solat Maghrib Berjemaah

7.60 mlm - Ucapan Pengerusi Majlis
8.00 mlm - Forum
9.00 mlm - Solat Isyak Berjemaah
9.30 mlm - Jamuan & Bersurai

(Untuk Gerai Jualan, Sila hubungi
019-3117532 Tn Hj Abu Bakar
019-3412339 Puan Aini)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

13 July 2009

Malam ni kalau ada orang bagi duit .....

AWAS malam terakhir sebelum pengundian. Bermula malam nie kalau ada orang datang hantar duit buat belanja itu dan ini ambil. Kalau takut nak gunakan duit tu kerana tak tau sumbernya dari mana pun ambil dulu. Kalau orang yang bagi duit tu rasanya sikit sangat kepada kita.... pujuk/demand kat dia mintak lebih lagi kalau nak undi aku, katakan padanya sepolan kenapa dapat duit lebih.... mu kapor duit ke?

Lusa datang semuala kebilik gerakan bawa balik duit tu bincang dengan AJK PAS Kawasan atau Cawangan, nanti banyaklah cadangan untuk menafaatkan duit tu.

TAK NAK BN.

Kami nak itu, kami nak ini & semua pembangunan, cuma kami TAK NAK BN

"Kami nak jambatan berharga RM7 ~ RM10 juta, kami nak Agrometropolitan, kami nak pampasan lebih RM1 billion dari petronas, kami nak masjid baru, kami nak itu, kami nak ini dan semua pembangunan yang Umno/BN boleh bagi kat kami, semua kami nak tapi tetap nak undi PAS dan Tolak BN" kata Hj Salehuddin dari Chucur Puteri.

12 July 2009

Diskaun 20% tol, kenyataan yang tidak releven.


Diskaun 20 peratus kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.

Bertepuk tanganlah orang umno dengan pengumuman ini. Gembira benar mereka seolah-olah semua mereka yang bertepuk tangan tu membayar 100 kali tol sebulan. Bengap Umno ni.

Saya tinggal di Klang dan berulang alik bekerja di Sg Buloh sejak 12 tahun yang lalu. Kerja kilang. Dalam seminggu saya bekerja selama 5 hari, dalam sebulan adalah dalam 22 hari saya menggunkan lebuh raya bertol. Ada jalan tidak bertol, tapi dalam keadaan umur hampir setengah abad ni saya sudah tidak mampu untuk melalui sejumlah 22 traffic light untuk ketempat kerja dan 22 traffic light untuk pulang kerumah. Mahu tak mahu saya gunakan juga lebuhraya bertol. Untuk berjimat sebanyak 40 sen sehari saya terpaksa keluar rumah setiap hari selepas selesai subuh, tak boleh lewat dari 6.15 pagi kerana saya perlu sampai dan keluar tol sebelum jam 7.00 pagi baru dapat rebet tengah malam 10%.

Dalam kemerosotan ekonomi ketika ini overtime pun tak de, nak ronda-ronda makan angin bersama keluarga dihari minggu kalau boleh di elakan memang di elakkan. Duduk rumah atau pergi rumah adik beradik sekitar klang sajalah.

Tak pernah dalam 12 tahun ni saya gunakan tol sebanyak 80 kali paling banyak pun 22 X 2 = 44 kali + jalan-jalan 10 kali = 54 kali. Dengan itu saya tak layak dapat potongan diskaun 20%.

Kalau ada orang pergi office 30 hari sebulan pun belum tentu layak terima diskaun ini, tak percaya kira sendiri.

Apa punya bangang lah orang yang tepuk tangan dan orang bergembira mengumumkannya didada-dala akhbar pada hari ini. Berapa keratlah orang yang layak terima diskaun ini.

Munajat Jamaei

Semua petugas parti dan perayu undi di jemput hadir beramai-ramai

Program IT Rakyat bagi seluruh Rakyat Negeri Selangor


Program IT Rakyat bagi seluruh Rakyat Negeri Selangor akan dilancarkan tidak lama lagi.
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan asas penggunaan komputer dan internet. Apa yang menariknya, program ini adalah percuma bagi semua Rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan.

Sila hubungi pihak urusetia untuk pendaftaran. Kami akan terus mengemas kini blog ini dengan maklumat-maklumat terkini berkenaan PROGRAM IT RAKYAT ini.

11 July 2009

PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK YATIM & MISKIN AL-MUNIRAH







Gotong Royong

Sempena upacara Pecah Tanah pembinaan kompleks Dewan Serbaguna dan Surau di Rumah Anak-Anak Yatim Al Munirah, Jalan Johan Setia, Klang pada minggu depan 18.7.2009 oleh YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz bin Nik Mat Menteri Besar Kelantan merangkap Mursidur Am PAS satu majlis gotong royong diadakan pada pagi ini diperkarangan Kompleks tersebut.

Sesiapa yang berkelapangan dijemput hadir..... informasi Tn Hj Termizi : 019-2609273

10 July 2009

Bengkel PMR 2009 Parlimen Kota Raja

1.0 PENDAHULUAN

Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Kota Raja melangkah setapak kehadapan dengan menganjurkan Bengkel PMR 2009 buat kali pertma khusus kepada para pelajar sekitar Kota Raja yang bakal menghadapi PMR pada awal bulan Oktober 2009. LPN pada kali ini mengambil pendekatan untuk mengadakan bengkel PMR dengan hanya menumpukan kepada 2 matapelajaran teras pada peringkat awal ini iaitu Sains dan Matematik. Diharapkan bengkel pada kali ini berjalan lancar sejajar dengan matlamat dan objektif yang digariskan oleh pihak penganjur.

2.0 MATLAMAT

Menyiapkan diri para pelajar bagi menghadapi peperiksaan PMR disamping menitikberatkan aspek modal insan dalam diri mereka.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mendedahkan para pelajar kepada teknik menjawab soalan peperiksaan

3.2 Memperkenalkan teknik pembelajaran yang berkesan

3.3 Menitik beratkan pembelajaran secara berkumpulan

4.0 TEMA

Menjana Generasi Yang Berilmu

5.0 TARIKH PROGRAM

15 Ogos 2009 (Sabtu) bertempat di Dewan Annex, Pejabat SUK

6.0 SASARAN

Para pelajar tingkatan 3 sekitar Parlimen Kota Raja

Informasi : Sdr Imran Satiman 012-3872046, Sdr. Ahmad Nizam 019-2248061, Sdr Syed A.Malek 012-3858801

09 July 2009

Siapa kata Kelantan miskin?

Dengan hanya memakan 2 pinggan Nasi Ayam dan 2 gelas air sirap di Manek Urai dan selepas itu dikenakan bayaran RM15.00, siapa lagi yang berani kata Kelantan negeri miskin. Makanan ini setaraf dengan harga makanan di bandaraya maju seperti Tokyo dan Seoul.

Kuala Lumpur pun tak macam ni. Tapi ada juga yang lebih murah dari KL. Makan durian 5 biji RM10.00 sahaja, isi baik pulak tu, nasib baik tercampur durian kunyit. Dalam keadaan makanan mahal pun orang tidak kisah dan terus bertumpu ke Manek Urai. Hebat Kelantan dibawah naungan Tok Guru Nik Aziz.

Ust Nasa akan mula kempen di Manek Urai Sabtu ini

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa akan hadir berkempen pada pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, sabtu ini.

Beliau berkata, ketiadaannya di Manek Urai ketika ini tiada kena mengena dengan kontroversi yang didakwa sejak hari penamaan calon, sebaliknya beliau sakit usus selama seminggu sehingga tidak selesa menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan kecil.

“Sebelum ini saya ada datang beberapa kali ke hospital untuk membuat rawatan tetapi sejak seminggu ini saya berasa sangat tidak selesa dan membuat keputusan untuk jalani pembedahan.

“Saya akan berehat dalam masa dua hari ini dan akan pergi ke Manek Urai Sabtu ini. InsyaAllah saya akan memberi ceramah bergantung kepada tentatif program yang disediakan. Nasharudin selamat menjalani pembedahan usus jam 11 pagi tadi, setelah dimasukkan ke bilik pembedahan pada jam 10 pagi hari yang sama.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini