10 July 2009

Bengkel PMR 2009 Parlimen Kota Raja

1.0 PENDAHULUAN

Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Kota Raja melangkah setapak kehadapan dengan menganjurkan Bengkel PMR 2009 buat kali pertma khusus kepada para pelajar sekitar Kota Raja yang bakal menghadapi PMR pada awal bulan Oktober 2009. LPN pada kali ini mengambil pendekatan untuk mengadakan bengkel PMR dengan hanya menumpukan kepada 2 matapelajaran teras pada peringkat awal ini iaitu Sains dan Matematik. Diharapkan bengkel pada kali ini berjalan lancar sejajar dengan matlamat dan objektif yang digariskan oleh pihak penganjur.

2.0 MATLAMAT

Menyiapkan diri para pelajar bagi menghadapi peperiksaan PMR disamping menitikberatkan aspek modal insan dalam diri mereka.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mendedahkan para pelajar kepada teknik menjawab soalan peperiksaan

3.2 Memperkenalkan teknik pembelajaran yang berkesan

3.3 Menitik beratkan pembelajaran secara berkumpulan

4.0 TEMA

Menjana Generasi Yang Berilmu

5.0 TARIKH PROGRAM

15 Ogos 2009 (Sabtu) bertempat di Dewan Annex, Pejabat SUK

6.0 SASARAN

Para pelajar tingkatan 3 sekitar Parlimen Kota Raja

Informasi : Sdr Imran Satiman 012-3872046, Sdr. Ahmad Nizam 019-2248061, Sdr Syed A.Malek 012-3858801

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini