31 December 2009

it's time to say .....

Last day of the year,
If you have regrets forget it,
If you have sadness throw it away,
If you have happiness treasure it,
If you have unfinished plan, replan it,


Tomorrow is NEW YEAR,
Start everything NEW

Wish all of bloggers happy and
prosperous NEW YEAR 2010

Talkkshow & Persembahan Artis


Sambutan Maal Hijrah 1431 & Tahun Baru 2010


Pada : 31 hb Disember 2009  Jam : 8.30 malam
Bertempat : Padang Taman Rakyat, Taman Sri Andalas klang


Pengisian
Talk Show dan Persembahan Artis-Artis dari Kumpulan Nasyid Terkenal


Semua di jemput Hadir

Anjuran : MPK, JKP  ZON 49B & Masjid Jamek Al Rahimiah Klang

30 December 2009

Tayangan video exclusif hari ini

"sindrom 3L" - Lagak, Laga & Leka

Umno/BN sudah disedarkan dengan kalimah ini dan MESTI menjauhi dan membuangnya dari kehidupan seharian pemimpinnya jika ingin MENAWAN Selangor dalam PRU 13 akan datang. Jika mereka insaf dan kembali kepangkal jalan, ianya akan menjadi satu berita buruk untuk PAS/PR

Menurut Penganalisis Politik, Prof Datuk Zainal Kling "Wabak yang menyelubungi parti itu dilihat sebagai faktor nombor wahid kesukaran yang dihadapi oleh UBN bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu"

PAS dan kepimpinan serta pendokong dan penyokongnya bagaimana?
  • Lagak
  • Laga
  • Leka
Anda catitkan dan tuliskan untuk peringatkan mereka supaya mereka tidak alpa. Tapi ingat sebagai penulis kita juga jangan jadi penulis yang lagak dan laga.

dah lah .... "Jom kita Puasa"

Mari kita tengok siapa manusia paling kecewa dan sedih dengan kenyataan tegas TGNA ini dan melenyapkan semua spekulasi yang dibuat oleh orang ramai sebelum ini tentang perletakan jawatan HM.

Petikan Harakahdaily,
  • Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.
  • Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan beliau.
  • “Mana boleh dia (Husam) letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.
  • Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”
Sudah-sudahlah tu, hentikan semua spekulasi berkaitan berita-berita seperti ini, lebih menafaat jika ditumpukan kepada kerja-kerja parti . Jika ada yang teruskan juga, anda sebenarnya mendesak HM  berbuat demikian tapi bukan dengan kehendaknya, jika itu yang berlaku maka anda layak dilebalkan sebagai fraksi Umno.

Teringat kata-kata HM suatu ketika dulu "saya puasa" & "Jom kita Puasa".

Lagi berita berkaitan

    29 December 2009

    Semua spekulasi meleset.

    TGNA adalah seorang pemimpin politik paling licik yang dilahirkan Allah dimuka bumi Malaysia pada ketika ini. Ramai orang telah memperkatakanya, hanya insan malang dan umnGok saje yang tidak mahu mengakuinya..

    Dalam pada itu ada juga orang yang ingin berlagak  lebih pandai dan lebih licik dari TGNA. Orang ini telah membuat pelbagai spekulasi tentang tindakan-tindakan yang bakal diambil oleh TGNA termasuk menyiapkan tarikh-tarikh keramat bila tindakan itu dan tindakan ini akan diambil oleh TGNA.

    Kaedah yang diguna pakai olehnya sama seperti yang telah digunakan oleh seorang bloggers yang berpengkalan di Kelantan suatu ketika dulu.

    Lalu satu dua hari ini kita membaca ramai lah yang menulis yang sipi-sipi seakan mengiakan telahannya.

    Dalam sidang media petang tadi TGNA ada menyebut "celaka blog tu" ..... blog siapa yang dirujuk oleh Tok Guru?. Mengapa Tok Guru mencelaka kan blog tersebut?

    Tak ada kerja lain… tau nak laga-lagakan orang.” “Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah TG lagi.

    Berani buat berani tanggung, belajarlah jadi manusia yang tak marah dan tak dendam kepada Tok Guru bila dia tak dengar cakap kita yang rasa bijak sangat tapi tak sebijak mana pun ni.


    Mari kita tengok siapa yang akan mendendami TGNA lagi selepas PC ini bila hajat mereka tak kesampaian.

    'kickdefella' penyedia ruangan komen paling top masa kini.

    Dengan jumlah pengunjung seramai >5 juta dari Januari 2007 , webblog 'kickdefella' boleh lah dianggap antara wabblog yang paling berjaya dialam cyber pada ketika ini.

    Cuma kebelakangan ini ada banyak entry yang dimuatkan dalam blog  ini hanya copy paste dari blog orang lain dan menukar tajuknya (terbaru dari webblog Husam Musa) dan beliau menyediakan ruangan komen yang akan digunakan sepenuhnya oleh orang-orang tertentu untuk menghengtam orang-orang yang kini tidak lagi menjadi orangnya dan orang kesayangannya.

    'kickdefella' akan terus jadi terkenal kerananya sehinggalah apa yang beliau anggap 'missi' nya  akan selesai .... cuma semakin lama semakin banyak 'damage' akan berlaku jika pembaca dan penyebar berita tersalah memberi tafsiran dari apa yang dibaca dan dari yang tersurat dan tersirat.

    Kelaku buruk Umno KR

    posted by : orang lama tmn setia
    Kes kemalangan maut yang melibat SANI Express di Jelapang pada Sabtu yang lalu telah digunakan sepenuhnya oleh Umno Cawangan Taman Setia dan Bahagian Kota Raja serta Puteri Umnonya untuk mempromosi diri dan parti bahawa merekalah konon nya parti yang mengambil berat dan memberi pertolongan kepada mangsa dan keluarga mangsa.

    Dilapurkan bahawa mereka mahu menjadikan anak-anak magsa sebagai anak angkat dan menjanjikan pelbagai bantuan segera kepada anak-anak mangsa tersebut.

    Pada hari kejadian semua sedia makluam bahawa di Taman Setia tempat kedua mangsa Allahyarhamah Puan Supiah Adam serta suaminya, semua pengurusan Jenazah dilaksanakan oleh Khairat Kematian Surau Al Ikhwan Taman Setia yang ditunjangi oleh  hampir semuanya dari pemimpin/ahli PAS Cawangan.

    Sementara Ketua Cawangan Umno yang menyibuk ini sendiri tidak menjadi ahli  Kahirat dan masih berhutang dengan Khairat Kematian semasa menguruskan salah seorang ahli keluarganya dua tahun yang lalu. Jenis muka tak tahu malu, tapi dialah yang paling menyibuk pada ketika itu untuk diwawancara oleh TV3suku. Orang sibuk uruskan jenazah dia sibuk cari publisiti. ini lah kelaku buruk Umno.

    Jika diperhatikan dari gambar-gambar yang dipaparkan oleh semua TV dan akhbar memperlihat hampir seluruh orang yang berada bersama mangsa di Hospital Ipoh dan pengurusan Jenazah di Taman Setia adalah ahli dan kepimpinan Khairat Kematian dan AJK Surau Al Ikhwan (kedua-dua ni mana ada orang Umno nak dekat).

    Hari ini mereka keluarkan lagi lapuran dalam akhbar SINAR tentang lawatan Puteri Umno melawat anak keluarga mangsa. Kita tunggu janji-janji palsu dari meraka kerana 'umno adalah juara menipu rakyat' .....baca seterusnya 

    Lagi berita berkaitan

    28 December 2009

    GST - Go and Squeeze Them

    This is the motive of the UMNO/BN government.

    Our Rakyat do not fully understand the implication of GST, until it is implemented and prices of goods spiralling upwards. By then it is too late.

    A rich country like Singapore introduced GST at 3%.
    A poor Malaysia wants to implement GST at 4%

    GST is a multi-stage tax system.

    Everything the sellers sold, from manufacturer, wholesaler to retailers, collect GST for the government.  Unlike the the current sales and service tax (SST) is a single-stage tax. Only one party along the supply chain collect the SST for the government. If the manufacturer collects the tax, the rest are not allowed to collect.

    Just imagine every seller add GST when they sell.

    For example: The current Sales Tax for Toilet soap is 10%. With GST, the manufacturer pays 4% to the govt when he sells it to the Wholesaler, the Wholesaler pays the govt another 4% when he sells to a Retailer; and when the Retailer sells it to the Consumer, he pays another 4% to the govt. The Consumer actually ends up paying more than 12% in cummulative GSTs for the same piece of soap or > 20% more in taxes. (10% vs 12%+++)

    If the supply chain is longer than 3 stages, the consumer ends up paying 4% more for each addition stage. Eg Manufacturer to Agent (4%) to Wholsaler (4%) to Retailer (4%) to Consumer (4%).. Total 16% ++++ (vs 10%) or 60% more in taxes!!!!

    If the GST is not stopped, the Rakyat will ended up paying very very very high prices for everything.

    26 December 2009

    AWAS !!! berita fitnah sedang disebar luaskan

    Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

    Menurut satu sms yang diterima, perhimpunan itu akan diadakan esok 27 Disember jam 11 pagi  di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

    Dalam perhimpunan itu, sms itu memaklumkan, satu memorandum akan diserahkan dan menurutnya memo itu akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

    "Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu.

    Polis buat lapuran Polis terhadap KMPP.

    AWAS!!!!

    Mulai sekarang semua pimpinan PR kena berpantang, macam isteri lepas bersalin. Jangan cakap apa-apa kerana anda boleh dikenakan tindakan dibawah akta hasutan.

    Terbaru polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana menyebut antara sebab kematian Teoh Beng Hock.

    Untuk maklumat kubur TBH digali semula setelah mendengar lapuran dari Dr Pornthip Rojanasunand mempunyai 27 tahun pengalaman dalam bidang sains forensik, membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

    Sebelum ini, Dr Khairul Azman Ibrahim, Ketua Jabatan Forensik HTAR dan Prashant Naresh Samberkar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya mendedahkan 22 kecederaan pada mayat Teoh Beng Hock,

    Menurut Polis kertas siasatan telah dibuka dan telah merakam keterangan daripada beberapa saksi yang mendengarnya, polis juga akan memanggil Guan Eng pada minggu depan untuk diambil keterangan.

    Guan Eng didakwa mengeluarkan kenyataan berhubung kematian Beng Hock pada persidangan Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu.

    Sehubungan itu, satu laporan telah dibuat oleh polis sendiri di sebuah balai polis di Selangor.

    25 December 2009

    dengar .... "Apa TGNA kata"

    Teruskan usaha lagi & lagi

    Bertempat di perkarangan Masjid Al Munawwarah Seksyen 27 sebelum dan selepas Jumaat tadi AJK Daftar Pemilih JPrK Kota Raja telah membuka kaunter pendaftaran pemilih baru SPR.

    Kaunter ini dibuka dan diketuai oleh Sdr Nazri dan dibantu oleh  Hj Hashim (AJK Kawasan), Sdr Shamsul ICT (JPrK Kota Raja)  dan AJK PAS dari Cawangan Seksyen 27 telah mendapat sambutan yang hangat dan di luar jangkaan.

    Selain mendaftar dan membuat semakan daftar pemilih, kaunter ini juga berjaya mengedar borang TAWAS, mendaftar warga emas dan mengedarakan akhbar Suara Selangor dan Buletin Sri Muda.

    "Diharap saya akan terus mendapat sokongan dari semua pihak untuk menjadikan pembukaan kaunter di masjid Munawwarah adalah satu program yang tetap setiap bulan" kata Nazri selaku SU Cawangan PAS yang begitu gembira dengan kejayaan pembukaan kaunter ini.


    Sementara itu pada hari Ahad 27.12.2009 ini pula Kelab Penyokong PAS (KPP) Kota Raja yang diketuai oleh Sdr Letchumanan dan Sdr Ramu akan membuka kaunter dengan kerjasama  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Selangor bertempat di Hadapan Pasaraya Speedmart 99 di Taman Sentosa Klang.

    Memperhebatkan Gerakan Daftar Pemilih Baru


    Satu kempen Daftar Pemilih Baru SPR anjuran Kelab Penyokong PAS (KPP) Kota Raja dengan kerjasama SPR Negeri Selangor akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :


    Tarikh   : Ahad @ 27hb Disember 2009
    Masa    : 10 pagi hingga 5 petang
    Tempat :  Hadapan Pasaraya Speedmart 99 Taman Sentosa Klang.

    Pengerusi KPP Kota Raja Sdr Letchumanan memberi tahu sebanyak 4 keping banner telah dipasang dan 4000 handbill telah diagihkan kepada penduduk berhampiran untuk memberi tahu berkenaan kempen ini.

    Dijangka hadir dalam kempen ini ialah YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr A. Xavier Jayakumar ADUN Sri Andalas merangkap Exco Kerajaan Negeri serta semua kepimpinan Kawasan.

     PENDAFTARAN pengundi pilihan raya lebih penting daripada jumlah keahlian parti.

    Sebutlah dan uar-uarkanlah setinggi mana keahlian sebuah parti. Namun, jika mereka tidak mengundi, ia tidak ke mana.

    ''Dalam politik, hanya 10 hingga 20 peratus sahaja pengundi atas pagar. Sebutlah apa sahaja teori pun, kebiasaannya satu-satu parti itu boleh tarik mereka (pengundi) sekitar 5 hingga 10 peratus terutama pengundi muda.

    ''Jika rumusan begini diambil, maka anda tentu tahu jawapannya (implikasi dan manfaat)," kata penganalisis, Prof. Mohamed Mustapha Ishak.  Baca lagi

    23 December 2009

    Kes Qazaf DSAI ke Perhatian Dunia Islam


    Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi berjanji akan membawa isu  fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke persada antarabangsa untuk diselesaikan secara syarie.

    Justeru, tokoh Islam terkemuka itu akan menggunakan pengaruh beliau untuk bertemu dengan organisasi Islam antarabangsa dan pemimpin Islam terkenal diseluruh dunia dalam masa terdekat.

    “Hingga ini kes itu kata syeikh qardawi hendaklah diangkat dengan lebih kuat dan luas seantero dunia supaya datuk seri anwar terbela.

    “Dari segi syarak dan digerakkan wadah-wadah antarabangsa seperti kesatuan ulama islam sedunia, dan juga untuk di kemukakan dengan lebih luas untuk sama-sama bekerjasama menyelesaikan kes fitnah anwar,” katanya.

    Beliau berkata demikian semasa sesi pertemuan khas Yusuf bersama Anwar Ibrahim di Putrajaya, semalam (Isnin).

    Menurut Dr Muhammad Nur lagi sekiranya kes qazaf yang difailkan Anwar pada Julai 2008 terus dilengahkan ini akan menjejaskan imej serta martabat Malaysia di mata ummah. Ini kerana keadilan yang ditangguhkan adalah satu bentuk kezaliman, dan seorang Muslim berhak untuk membela diri di muka pengadilan.

    “Pendirian Syeikh Qardawi begitu tegas, dan hendaklah mengikut prinsip al-quran dan sunnah dengan menggunakan prosedur-prosedur.

    “Anwar mempunyai hak syarak  untuk mempertahankan dirinya bagi menjawab tuduhan fitnah yang tidak berasas ini,” katanya.

    Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin berkata  Sheikh Al-Qaradawi berasa hairan mengapa pemerintah melengah-lengahkan kes qazaf tersebut.

    Zulkifli berkata KEADILAN akan menghantar satu delegasi untuk mengadakan perbincangan secepat mungkin dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia untuk membincangkan kemelut Qazaf ini.

    “Dia juga nasihatkan bawa isu ini ke pringkat pentas antarabangsa, isu ini besar kerana membabitkan orang yang dikenali, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali di pentas antarabangsa sebagai tokoh pejuang Islam, macamana boleh dikenakan pertuduhan sebegitu rupa, sepatutnya tak dilengah-lengahkan,” katanya. –ATIQAH YAACOB

    22 December 2009

    Prof. Dr Sheikh Yusuf Qaradawi bersama pimpinan DMPP

    Gambar sekitar  pertemuan dan taklimat oleh Prof. Dr Sheikh Yusuf Qaradawi antara yang hadir Presiden PAS, AJK PAS Pusat serta pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat serta semua dewan-dewan yang lain.



     
    Majlis berlangsung di dewan mesyuarat Pejabat Agong PAS Pusat di Jalan Raja Laut pada hari Ahad 20.12.2009 yang lalu.

    Didalam pertemuan lebih sejam itu, DYQ telah memberikan pandangan dan amanat yang cukup berharga yang menyentuh pelbagai perkara, antaranya.

    1) DYQ menegaskan perjuangan gerakan-gerakan Islam seperti PAS adalah penerusan kepada perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam konteks moden, perjuangan ini adalah mewarisi aliran tajdid yang dipelopori oleh tokoh2 seperti Jamaludin Afghani, Syeikh Muhammad Abdul Wahab, Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Ridha. Ianya kemudian dilanjutkan dalam bentuk tanzimi yg lebih tersusun oleh Hassan Al Banna yg mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin.

    2) Asas penting kepada gerakan islam ialah sikap wasathiah (wasotho - pertengahan). Dalam soal feqah, sikap wasathiah ini penting untuk menangkis kejumudan dan ketaksuban. Kejumudan dan ketaksuban inilah yg menyebabkan lahirnya taklid. DYQ menyelar golongan muqallidin ini dan menyatakan bahawa sebenarnya taklid ini tidak ada tmpat dlm syariat. Beliau seterusnya berkata bahawa tidak perlu seseorang itu mencapai tahap mujtahid untuk membolehkannya memakai pendapat yg diluar dari mazhabnya. Cukuplah seseorang itu mengetahui dalil atau hujah yg lebih kuat dari pendapat mazhabnya dalam sesuatu perkara bagi membolehkannya memilih yg lain dari mazhabnya.

    3) Dalam soal hubungan dengan non muslim, DYQ berfatwa bahawa kita dibolehkan menjawab salam dari non muslim. Meskipun ada khilaf dalam hal menjawab ucapan salam dari non muslim, namun beliau mentarjihkan pandangan yg membolehkan non muslim memberi salam dan menjawab salam mereka. Syeikh mengatakn tidak ada salahnya menjawab salam non muslim yg mana kita mngharapkan dengan jawapn tersebut ianya akan menjadi doa supaya mereka terpaut dgn Islam.

    4) Berkaitan soal wahabi pula, DYQ mengatakan golongan wahabi adalah sebahagian dari umat Islam. Dalam banyak hal, DYQ menyatakan bahawa banyak pandangan mereka yg lebih dekat dengan dirinya meskipun ada di kalangan mereka yg taksub dan melemparkan bermacam2 tohmahan terhadap dirinya. DYQ juga menyanjung tokoh2 ulamak yg dilabel wahabi seperti Syeikh Salman Audah dan Syeikh Aidh Abdullah Al Qarni yg dianggap sebagai tokoh yg sederhana.Inilah antara butiran-butiran yg dapat saya catatkan di sini".

    21 December 2009

    Ceramah Tuan Guru Nik Radzi Nik Mat

    Tarikh : Isnin 4 Muharam 1431 @ 21.12.2009
    Masa : Selepas Solat Fardhu Maghrib
    Tempat : Surau Al Ikhwan, Taman Setia, Jalan Johan Setia Klang.

    Semua  di Jemput Hadir

    20 December 2009

    Mat Sabu

    Hari ini Ahad 20.12.2009 ~ Selamat berkonvesyen kepada para blogger 2009 dan pada jam 9.00 mlm ini pula ramai-ramailah kita datang ke Taman Setia, Jalan Johan Setia Klang.

    Kita dengar Ceramah Penerangan Isu-Isu Terkini dari YB Dr Xavier Jayakumar, Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor, Isu berbangkit di Parlimen dan Kota Raja oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud dan isu 'GST' Gerombolan Sembelih Terbilang' UBN kini umpama penghisap darah drakula oleh Sdr Tn Hj Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat. Rakyat akan jadi semakin terseksa selepas ini kerana makanan dikenakan cukai.

    Mari kita BONGKAR apa itu "GST" rakyat harus difahamkan supaya negara selamat dan seterusnya rakyat menolak BN.

    Jom jemput ahli UMNO sekali .... datang jgn tak datang.

    19 December 2009

    ha ha ha ...'GST' & Bung Mokhtar


    Ha ha ha.... dah ramai orang kata macam tu, apa dia? Mereka kata GST tu singkatan kepada 'Golongan Sembelih Terbilang'.  Pelaksanaan GST ini bagaikan drakula yang menghisap darah rakyat tak kira siapa baik penyokong/pengundi BN atau PR.

    Inilah cara mudah untuk mendapatkan duit bagi menampung kekurangan dana kerajaan sekarang. Malang sungguh bagi rakyat yang memilih BN semasa PRU 12 dulu.

    Bagi Sabah GST memberi kesan kepada rakyat kerana kehidupan rakyat di Sabah tidak sama dengan keadaan di semenanjung. GST akan memberi kesan dan beban kepada rakyat Sabah berikutan harga di Kepulauan Borneo itu 10 – 40 peratus lebih tinggi daripada Semenanjung.


    Sabah seperti sedia maklum merupakan negeri termiskin yang ditadbir oleh BN. Tapi dalam masa yang sama pula pemimpin politiknya bernafsu besar. Kekayaan yang mereka 'pemimpin ini miliki' tidak diagihkan di kalangan anak negeri Sabah sendiri sebaliknya di beri ke Semenanjung,  Sebagai Timbalan Pengerusi BNBBC Bung Mokhtar tentu lebih arif dalam hal ini (taste zizie macamana ye, tengok dressing , makeup and accessory boleh tahan) dan untuk makluman pada awal perbahasan di Dewan Rakyat dahulu beliau lah antara yang paling lantang bersama Ghafur Salleh membela rakyat Sabah yang dikatakan begitu mundur.

    17 December 2009

    AJK Masjid MESTI Umno

     Ikut rukun Islam yang mana pulak ni?

    Apa masaalahnya kalau ada orang PAS jadi AJK Masjid dan bercampur dengan Umno? Syarat untuk jadi AJK Masjid kan dah jelas. Dalam Quran pun ada. Antaranya orang tersebut mesti rajin datang ke masjid, bukan datang bila ada program dan bila mesyuarat dua tiga kali setahun tu aje.

    Peliknya di Perak tanah tumpah darah ku ini keadaan seperti ini tidak boleh berlaku (ikut berita AJK Masjid tak boleh bercampur dengan orang PAS). Mufti Perak Dato Harus'ani Zakaria HARUS  respon segera perkara ini. Kalau orang PAS tak boleh jadi AJK masjid di Perak, Dato Mufti kena pastikan juga bahawa tak ada satu manusia Umno pun duduk dalam AJK tersebut, baru lah Mufti bertindak adil. sumber berita  baca sini

    Hijrah, Pengorbanan & Perjuangan


    16 December 2009

    Naib Presiden Gerakan keluar Parti

    Pada sidang media yang diadakan di Parlimen sebentar tadi, Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan yang digantung daripada jawatan itu, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar daripada parti.

    Tanpa memberikan kata putus mengenai masa depan politiknya, beliau tiada kepastian lagi parti mana yang akan disertainya pada masa akan datang

    15 December 2009

    FORUM PERDANA MAAL HIJRAH 1431

                              FORUM PERDANA  MAAL HIJRAH  1431
                
      Tempat : MASJID DATO' DAGANG KG.JAWA  KLANG SELANGOR DE.

      Tarikh  : 18 hb  DISEMBER 2009 /1 MUHARAM 1431 (JUMAAT)

      Masa   :  8.00 MALAM

      Ahli Panel : 1). AL FADLIL UST GHAZALI OMAR
                              
                          2). AL FADLIL UST. SOBRI RANI

                          3). AL FADLIL UST. ABDULLAH HIRAKI.

    Dijemput semua muslimin muslimat hadir ke majlis tersebut. Harap dapat disebarkan maklumat ini kepada semua.Jazakallah.

    kota raja.

    14 December 2009


    Syabas ... Malaysia Boleh.

    Dengan mengalahkan Laos 3 - 1 dalam perlawanan separuh akhir Bolasepak Sukan Sea yang berakhir sebentar tadi.Malaysia akan bertemu Vietnam dalam perlawanan akhir acara bola sepak lelaki pada Sukan SEA XXV yang mengalahkan Singapura 4-1 sebentar tadi.

    Semua rakyat Malaysia mendoakan agar sebutir pingat emas dapat di pungut dari araca ini kerana sudah terlalu lama kita kepingin memenanginya.

    12 December 2009

    Nazri kata lebih teruk dari jamban

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz nampaknya buat hal lagi. Hari tu dengan celuparnya dia labelkan Tun Mahathir sebagai rasis dan bapa segala rasis. Baca  di sini  merata la orang tak puas hati, termasuk kawan rakannya di dalam kabinet.

    Kali ni Nazri 'cari pasal' dengan pemandu teksi pula bila dengan celuparnya juga dia menyatakan sikap pemandu teksi lebih teruk dari jamban. Apa lagi melentinglah mereka yang berkenaan. Baca di sini.

    Nazri ni asei orang kampung mane tu Yob? Be eNd.

    11 December 2009

    Tok Guru tak setuju


    Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan baca sini kerana ialah boleh mengundang kepada ramai gadis menjadi anak dara tua.

    "Kita tidak bercadang menaikkan kadar mas kahwin di Kelantan dan mahu mengekalkan peraturan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

    Nik Abdul Aziz berkata beliau sudah lama mengamalkan langkah tidak mengambil berat mengenai mas kahwin termasuk yang membabitkan perkahwinan anak-anaknya sendiri.

    "Saya pun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin (yang termasuk hantaran) setiap anak saya sejak dulu," katanya.

    Menurutnya langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi lebih bersifat riak dan menunjuk-nunjuk.

    Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan tidak menetapkan jumlah tertentu berhubung kadar mas kahwin bagi pasangan yang ingin berumah tangga di negeri itu.

    Kursus Kepimpinan LPN & KPP

    Salam...untuk semua

    Dimaklumkan bahawa LPN PAS Selangor akan menganjurkan satu Kursus Kepimpinan LPN & Kelab Penyokong PAS (KPP). Butiran kursus adalah seperti berikut :

    Tarikh : 12 & 13hb Disember, 2009
    Waktu : 12:30 tghri (12/12/2009) ~ 2:00 ptg (13/12/2009)
    Lokasi : PULAPES Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor), Jugra

    Peserta           I.      Semua pimpinan LPN PAS Kawasan
               II.      Semua pimpinan KPP Kawasan  
              III.      Semua LPN BPPNS
              IV.      Semua AJK LPN Dewan-dewan

    Informasi : En Sujak  019-2729152 & Cik Kamarina 013-3732512

    agenda LPN 12-13 Dec 2009.docagenda LPN 12-13 Dec 2009.doc
    44K   View as HTML   Open as a Google document   Download 


    Jualan Utusan merosot 8%

    Dua harian berpengaruh bahasa Melayu mencatatkan penurunan jumlah edarannya tetapi tabloid terbitan syarikat media yang sama merekodkan kenaikan, sehingga 12 peratus setahun lalu.

    Jumlah edaran Utusan Malaysia menurun sehingga 8 peratus kepada 181,346 nashkah, sementara Berita Harian pula merosot 5 peratus kepada 183,187 naskhah.

    Kosmo! mengalami kenaikan tertinggi sebanyak 12 peratus kepada 129,663 naskhah, manakala Harian Metro naik 4 peratus kepada 338,552 naskhah).

    Kosmo! dan Harian Metro masing-masing berada satu bumbung dengan Utusan Malaysia dan Berita Harian.

    Laporan audit pengedaran itu – bagi tempoh 1 Julai tahun lalu hingga 30 Jun lalu – bagaimanapun menunjukkan edaran akhbar-akhbar berbahasa Malaysia mencatatkan kenaikan kecil berbanding akhbar-akhbar berbahasa Cina dan Inggeris yang mencatat penurunan.

    Data itu, yang dikeluarkan Biro Audit Pengedaran (ABC) Malaysia semalam, menunjukkan jumlah edaran harian berbahasa kebangsaan meningkat 2 peratus kepada 832,718 naskhah.

    Kadar baru mas kahwin utk "Janda @ Dara"

    SHAH ALAM – Kadar mas kahwin di Selangor akan ditetapkan kepada minima RM300 bagi anak dara dan janda, berkuat kuasa mulai Januari 2010.

    Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, kadar mas kahwin di Selangor telah dipinda dan telah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

    Menurutnya, kadar yang ditetapkan ketika ini adalah sebanyak RM80 dan peningkatan kepada RM300 (minima) adalah berse suaian memandangkan kadar lama itu dilihat sebagai tidak lagi sesuai.

    “Kita rasa kadar RM80 sudah lama dan tidak sesuai, takkan kita menilai seorang isteri dengan kadar RM80. Bahkan tidak ada perbezaan di antara nilai mas kahwin antara janda dan anak dara.

    “Pada saya RM300 masih rendah tetapi untuk meraikan semua lapisan masyarakat, kita berpendapat RM300 ialah kadar yang munasabah, tetapi kalau nak bagi lebih tidak ada masalah.

    “Setakat ini tidak ada bantahan berhubung penetapan kadar baru itu, bahkan tidak sewajarnya timbul bantahan mengenainya,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Kad Perakuan Nikah Pintar, negeri Selangor, di sini, semalam

    PAS kena respon segera

    Ketua Penerangan DPP Pusat telah mengemukakan sesuatu yang menarik perhatian saya.

    Katanya, Umno menuduh PAS dengan beberapa perkara iaitu;

    (1) PAS tidak lagi menjadi juara isu-isu Islam,
    (2) PAS telah mengikut telunjuk PKR dan DAP,
    (3) PAS lebih mementingkan undi bukan Islam daripada perjuangannya yang sebenar, dan
    (4) PAS tidak mampu meyakinkan kebaikan Islam kepada DAP.

    Beliau meminta pandangan umum terhadap tuduhan itu dan bersekali dengan cadangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

    Bagi saya, Ketua Penerangan Pemuda PAS berani berhadapan dengan realiti. Samada tuduhan itu benar atau salah, itu persoalan lain. Apa yang penting ialah tuduhan itu berjaya membentuk persepsi umum kepada PAS.
    Justeru, tuduhan itu tidak perlu dijawab kepada Umno tetapi hendaklah dijadikan sebagai muhasabah kepada PAS untuk merangka strategi menolak tuduhan itu. 

    Menyalahkan Umno dengan tuduhan itu memang mudah tetapi itu tidak kemana. Malah dalam keadaan tertentu menyalahkan Umno akan menguatkan sangkaan umum bahawa apa yang dituduh kepada PAS itu mungkin benar.  

    PAS berhadapan dengan Islam yang dimomokkan oleh Umno. Bila PAS sebut Islam, maka Umno akan mencelah bahawa Islam PAS adalah potong sana-sini, haramkan semua benda, pinggirkan orang bukan Islam dan macam-macam lagi. Justeru, gambaran negatif mengenai Islam yang bakal dilaksanakan oleh PAS yang ditempel dengan keburukan oleh Umno hendaklah dibersihkan. Bagaimana?

    Suburkan dialog antara agama atau budaya. PAS tidak kekeringan tokoh berwibawa untuk merencana dialog ini. Dialog tersebut tentunya bukan untuk saling menyalahkan antara satu agama dengan agama yang lain, tetapi mencari ruang-ruang untuk saling menerima kelainan.

    Dialog antara agama atau budaya ini bukan sekadar ‘majlis dialog’ dan ia habis di situ. Ia hendaklah diinstitusikan. Maksudnya, PAS perlu menubuhkan sebuah jabatan atau majlis (namakan apa sahaja) yang berfungsi secara khusus untuk menangani isu-isu salah tanggapan kepada Islam.

    Dan, tidak menjadi suatu kesalahan PAS mempelopori juga penubuhan sebuah badan yang mengumpulkan para cendekiawan pelbagai agama bertujuan mencari titik-titik yang memungkinkan wujudnya perasaan saling menerima dalam kepelbagaian beragama. 

    Dan paling penting tidak ada sebarang permusuhan terhadap Islam. Selama ini Islam sering ditampilkan sebagai musuh kepada agama lain. Orang Islam pula adalah musuh kepada orang beragama lain. Begitu pula sebaliknya sikap penganut agama lain kepada Islam dan orang Islam. Kelainan dijadikan modal untuk bermusuh.

    Kenapa ada orang yang masuk Islam dimusuhi oleh keluarganya? Kerana orang bukan Islam menganggap bila seseorang itu masuk Islam maka putuslah hubungan anak dan ibu atau bapa, adik dan abang atau kakak. Akibatnya, apabila tidak tahan dengan tekanan, murtad semula. Bukankah itu berpunca daripada salah gambaran mengenai ajaran Islam sebenar?

    Ok, setakat ini dulu dan kalau ada kesempatan, tulisan ini mungkin disambung. Cuma jangan tuduh saya mempromosikan Islam Liberal dengan tulisan ini cukuplah. sumber

    Oleh AF Ust Zolkharnain Abidin, Kangar Perlis @ bila sauh dibongkar

    10 December 2009

    Perang Dr. M & Nazri : Najib sokong siapa?

    Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyatakan pendirian sama ada menyebelahi bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ataupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz berhubung isu Biro Tata Negara (BTN). Baca seterusnya....

    Pengorbanan Untuk Agama Allah


    Orang yang memberi sumbangan harta benda pada jalan Allah SWT diberi pahala sampai kepada 700 kali ganda di mana kebiasaannya amal yang baik itu digandakan dengan 10 kali ganda tetapi pengorbanan harta benda kerana meninggikan agama Allah diberi pahala sampai kepada 700 kali ganda.

    Allah Taala berfirman dalam al-Quran bermaksud :"Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Al-Baqarah ayat 195)

    Makna mencampakkan diri ke dalam kebinasaan ialah kamu tidak menjalankan tugas jihad. Tetapi ada manusia menyalahgunakan ayat ini. Mereka berkata, tidak ada gunanya kita berjuang untuk Islam nanti, kita akan dipenjarakan, ditukar tempat kerja atau dibuang kerja dan sebagainya sedangkan Allah Taala mengatakan jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.

    Inilah cara bagaimana cakap-cakap yang berdalilkan ayat dengan cara yang salah kerana ayat ini mempunyai hubungan dengan menegakkan agama Allah SWT, bahkan orang yang tidak berani menegakkan agama Allah itulah orang yang mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan.

    Pernah diriwayatkan ketika orang-orang Islam berperang dalam rangka menawan kota Konstantinople (Istanbul, Turki) tiba-tiba orang Islam berdepan dengan tentera Rom yang terlalu ramai.

    Ada antara orang Islam itu seorang pahlawan yang terlalu berani. Dia terus masuk ke dalam tentera Rom yang ramai secara bersendirian sehingga dia dibunuh oleh tentera Rom, lalu orang ramai mengatakan, kenapa dia sanggup membinasakan dirinya? Tidakkah Allah mengatakan dalam al-Quran:" Jangan kam mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Al-Baqarah ayat 195)

    Kebetulan di dalam peperangan itu ada seorang sahabat yang bernama Abu Ayub al-Ansari r.a iaitu sahabat yang diberi kelebihan ketika Rasulullah s.a.w berhijrah di mana baginda s.a.w bermalam di rumah sahabat itu sebelum baginda memiliki rumahnya sendiri di kota Madinah. Semasa Abu Ayub meniti usia tua, beliau juga hadir sama dalam peperangan dengan tentera Rom.

    Apabila beliau mendengar seseorang membaca ayat tersebut, dia naik radang sambil berkata: "Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah mentakwilkan ayat ini dengan takwil yang begitu rupa. Sesungguhnya ayat ini diturunkan kepada kami golongan Ansar ketika kami telah mendapat ganjaran daripada Allah ketika Allah memenangkan agama-Nya dan ramai orang yang menolong agama-Nya maka berkatalah sesetengah kami terhadap sesetengah yang lain.

    "Kami berbisik sesama kami dengan tidak diketahui oleh baginda Rasulullah s.a.w bahawasanya harta manusia sudah banyak. Kita ketinggalan dalam masalah harta benda kerana mementingkan jihad, tidak menguruskan kebun dan perniagaan dengan baik.

    "Sesungguhnya Allah memberi kemenangan kepada Islam dan orang yang menegakkan agama Islam juga sudah ramai maka langkah sebaiknya kita semua tinggal di Madinah, tidak payah lagi berperang seperti biasa. Kita serahkan urusan jihad itu kepada orang lain kerana kita mahu membaiki dan menjaga kebun kita dan apa yang ketinggalan selama ini dalam harta benda, kita dapat mengatasinya semula."

    "Justeru, Allah SWT menurunkan ayat ini kepada Nabi-nya sebagai menolak apa yang kami katakan:"Dan berbelanjalah kamu pada jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan."

    Abu Ayub r.a adalah serorang sahabat yang berani di mana ketika dalam keadaan sakit beliau mewasiatkan supaya dikebumikan mayatnya di tepi kota itu (kota musuh), jangan dibawa pulang mayatnya ke Madinah. Ini kerana beliau mahu kuburnya dipijak oleh kuda-kuda tentera Islam yang meneruskan perjuangan Islam, menawan kota tersebut dari tangan musuh.

    Orang Islam berjihad beratus-ratus tahun lamanya untuk menawan kota Konstantinople kerana kerajaan Rom Timur mempunyai teknologi yang kuat dan lebih daripada orang Islam. Mereka mempunyai berbagai-bagai senjata moden pada zaman itu antaranya mereka boleh melontarkan peluru api yang boleh bernyala di dalam air sehingga kapal-kapal tentera Islam terbakar.

    Akhirnya Allah SWT memberi kurniaan kepada Sultan Muhammad al-Fateh iaitu Sultan kerajaan Islam Uthmaniyah yang memimpin tentera Islam dalam usia 20-an. Baginda diberi kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w bahawa baginda boleh menawan kota itu semula dan memimpinnya.

    Setelah kota itu ditawan orang Islam, mereka menukar namanya kepada Istanbul dan gereja Es Sophia yang besar itu telah ditawan oleh orang Islam. Patung-patung yang dibina di dalam dan persekitarannya di buang serta ia ditukar menjadi masjid yang agung hingga ke hari ini.

    Sehingga sekarang masjid itu dikenali dengan Masjid Al-Fateh atau Masjid Es Sophia tetapi sayangnya apabila Mustafa Kamal Ataturk berkuasa di Turki, dia telah menjadikan masjid itu sebagai muzium. Tetapi alhamdulillah setelah orang Islam kembali sedar, muzium itu ditukar semula kepada masjid.

    Berdasarkan kepada ayat yang ditafsirkan ini dan berdasarkan kepada riwayat Abu Ayub, orang Islam boleh menunjukkan keberanian sehingga keperingkat mati menentang musuh yang lebih ramai jika sekiranya tindakan itu memberi semangat kepada tentera-tentera Islam yang lain.

    Memang berlaku di kalangan orang Islam apabila hatinya terlalu kuat hubungannya dengan Allah SWT dengannya, yang dia nampak ialah balasan baik daripada Allah dan janjinya, apabila berlakunya hubungan langit dan bumi yang terlalu erat dan tidak ada pemisahan lagi, maka seseorang itu tidak akan takut lagi kepada mati.

    Inilah yang pernah dinyatakan oleh ulamak sebagaimana yang disebut oleh as-Syahid Saiyid Qutb di dalam buku-buku tulisannya. Apabila bumi berhubung dengan langit, apabila hati itu bulat kepada Allah SWT, maka dia tidak mengira mati lagi dalam menegakkan diri dalam kebinasaan.

    Kesimpulannya, mencampakkan diri ke dalam kebinasaan ini ialah ditujukan kepada orang yang tidak berjihad dan tidak memberi sumbangan harta benda serta jiwa raganya untuk meninggikan agama Allah. FirmanNya yang bermaksud :"Berbuat baiklah kamu, sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang berbuat baik." (Al-Baqarah ayat 195)

    Diantara berbuat baik itu ialah membelanjakan harta benda kepada menegakkan agama Allah SWT dan sesungguhnya Allah amat suka dan kasih kepada orang-orang yang suka berbuat baik.

    Dipetik daripada buku "Kuliah Tafsir, Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah", halaman 173-178, terbitan Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1999.

    09 December 2009

    Mahathir "racist giler" cabar Nazri letak jawatan

    Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri menggesa Nazri meninggalkan UMNO bagi membuktikan beliau bukan seorang yang bersifat perkauman.

    “Dia tuduh saya sebagai ‘racist betul’ kerana saya mempertahankan kursus Biro Tata Negara (BTN) daripada dirombak dan menuduh saya hanya bercakap pasal orang melayu sahaja tanpa mengambil kira kaum lain.

    Beliau berada dalam parti yang bersifat perkauman tetapi dalam masa yang sama mengatakan bahawa beliau anti perkauman dan menuduh kursus BTN bersifat perkauman,” katanya.

    Menurutnya, UMNO merupakan parti yang bersifat perkauman pada asasnya kerana hanya mengambil ahli daripada kaum melayu sahaja.

    Saya cadangkan agar beliau keluar daripada UMNO untuk membuktikan yang beliau anti perkauman.

    08 December 2009

    Nazri oh Nazri

    1. Umpama dapat peluru hidup ... Bloggers pro- PR bersorak gembira dengan tindakan Nazri yang menggelar mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "rasis giler" kerana kenyataannya yang mempertahankan program Biro Tata Negara (BTN). Tapi satu je lah kalau nak sound (chet det selalu tulis dalam blog dia sound bite) dia, baik-baiklah cikit jangan sampai orang tua menangis ... buruk benar rupanya....

     2. " Saya mahu (utusan) hentikan sindrom nafi" Warning!!! Nazri kepada Utusan yang Meloya kan ini.

    Antara kenyataan menarik dan mengesankan dari beliau adalah:
    •  Kenyataan tentang Dr Mahathir: “Anda tetap seorang rakyat Malaysia sama ada anda menteri atau tidak. Jika kerana kamu tidak lagi jadi Perdana Menteri, (dan) kamu mahu semua orang menyokong kamu...(lalu) kamu hanya bercakap tentang Melayu, justru saya tidak boleh menerima komennya. Bila kamu baca blognya,memang dia rasis giler (bloody racist)". 
    • Kenyataan tentang Utusan Malaysia dan program BTN: "Semua orang tahu apa di dalam silabus BTN, jadi mengapa kita menyatakan ia tidak berlaku? Kamu (Utusan) mahu berbohong (tentang BTN)? Kamu (Utusan) membuatkan rakyat ketawa. Mereka ingat Malaysia cuma kepunyaan Melayu dan kerajaan cuma kerajaan orang Melayu? Adakah cuma orang Melayu yang perlu bersemangat patriotik, kaum lain tidak perlu bersemangat patriotik terhadap negara ini? (Bercakap) guna otaklah. Jika mereka (Utusan) tidak tahu apa sebenarnya, ia berbeza, tapi orang-orang (yang menentang BTN) ini pernah terlibat dalam BTN sebelum ini. Mereka adalah fasilitator dan pengarah dan mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku (di BTN). Marilah, tolong faham, ini bukan tahun 1961 atau 1970an, maklumat mudah diperolehi. Saya mahu mereka (Utusan) menghentikan sindrom nafi...."

    Fraksi Umno punya kerja

    1 Malaysia, apa pun  Umno boleh buat, yang diperlukan  hanya mengeluarkan RM ... fraksi nya akan tolong buat kerja untuk mereka. Lepas tu boleh lepas tangan dan nampak tak terlibat.

    Siapa fraksi Umno kali ni? Ibrahim Ali .... oh siapa tak kenal YB tu. Dulu ada keluar berita dia nak joint Umno

    Dia akan buat apa saje dengan harapan Umno akan terima dia kembali kepangkuan mereka. Baca seterusnya  dan disini

    07 December 2009

    Makan Malam bersama TGHH

     6 Disember 2009, PASTI dan Jabatan AMAL Kawasan Kota Raja mengadakan majlis Malam Tautan Kasih bersama Presiden PAS, YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang.

    Lagi berita berkaitan : Jabatan Amal dan PASTI Untuk Membina Manusia - Tuan Guru Hj Hadi 

    YB Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang mengajak semua orang samada Islam atau pun bukan supaya sama-sama membina manusia agar dunia ini dapat di tadbir oleh mereka yang menggunakan akal di samping berakhlak mulia.
    Baca Lagi...



    Majlis yang diadakan untuk mengumpul dana pembangunan PASTI dan Jabatan AMAL berjaya menarik lebih 500 orang penderma hadir ke majlis tersebut.



     Tayangan video dan slide daripada PASTI dan Jabatan AMAL juga dipersembahkan sebagai selingan antara beberapa ucapan pemimpin yang hadir.


    Antara orang kenamaan yang hadir ialah Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr. Siti Mariah binti Mahmud dan suami nya Ybhg Dr. Hakim Jaafar, YB Ir Abd Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan isteri, YB Tn Shuhaimi Shafiee ADUN Sri Muda,  Datin Sabariah Isteri TGHH, YDP PAS Kawasan Kota Raja En. Jaafar Shamsuddin, Pengerusi kelab Penyokong PAS Kota Raja merangkap Pengerusi KPP Selangor.

    Di akhir majlis, anugerah Tokoh kepada YgBhg. Ustaz Hambari telah disampaikan oleh YB Tuan Guru Presiden PAS.


    PASTI Kawasan Kota Raja mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha gigih semua pihak yang menjayakan majlis ini dan para penderma dana pembangunan PASTI Kota Raja. Baca seterusnya 
    dan lagi disni

    03 December 2009

    PENGAJARAN KEPADA PEJUANG

    Assalamualaikum WBT,

    Genap seminggu saya menyiarkan luahan hati Nik Amalina, puteri MB Kelantan. Saya berbuat demikian atas permintaan beliau dan suaminya sendiri.Saya dapat merasakan jiwanya tertekan dan beliau perlu meluahkan. She wants people to know her feelings. Dia mahu mengistiharkan perasaannya.

    Rasional saya sekiranya saya tidak memberi ruang pun, beliau tetap akan menyiarkan di dalam blog lain. Dari awal lagi saya katakan yang ini "luahan perasaan beliau". Luahan perasaan mestilah beremosi. Emosi biasalah.... tidak rasional.

    Tidak semestinya apa yang diluahkan betul dan objektif dari perspektif pembaca. Semuanya dari persepsi beliau sendiri. Selepas meluahkan, saya pasti beliau merasa lega. Walaupun selepas itu beliau mungkin akan merasa "depress" apabila membaca komen-komen bloggers.Namun ianya tetap terapeutik.

    Bagi saya ada hikmahnya apa yang berlaku. Ia proses pematangan jiwa bagi menghadapi ujian-ujian yang lebih besar. Saya percaya Nik Amalina seperti berlian yang belum digilap. Ciri seorang pejuang ada padanya. Dengan sedikit pendedahan, pengalaman dan bimbingan, beliau mampu berjuang dalam medan Dewan Muslimat.

    Blog yang paling awal "pick up" surat itu ialah blog Kickdafella. Komen yang masuk dalam blog saya kebanyakannya setelah mendapat berita daripada blog tersebut. Komen-komennya hampir sama.

    Saya ditanya saya dipihak yang mana? Adakah saya menyebelahi menantu TGNA? Kenapa saya tidak membela YB Husam?

    Saya mendengar daripada pelbagai pihak. Komen-komen positif dan negatif mengenai orang-orang yang terbabit dalam isu-isu tersebut. Saya tidak akan merakamkan apa yang saya dengar. Cukuplah saya katakan, semua maklumat saya terima dengan secubit garam.

    Entah betul, entah tidak. Saya tiada cara untuk memastikan maklumat dengan objektif. Semua dari persepsi sumber maklumat. Saya orang yang paling akhir yang akan "menghukum" orang lain. Jika saya ada pengalaman negatif dengan seseorang pun mungkin saya akan mendiamkan diri.

    Kalau perlu sangat saya akan mengingatkan orang yang saya anggap sahabat dengan perkataan "berhati-hati dengan si anu". Terpulanglah kepada penilaiannya sendiri setelah berinteraksi dengan si polan tertentu yang saya maksudkan "si anu" itu.

    Pengalaman 10 lebih tahun dalam jema'ah telah mematangkan saya dengan kerenah manusia. Kesimpulan saya, dalam perjuangan ini, survival parti dan jema'ah yang penting bukan individu. Sahabat-sahabat dalam perjuangan tidak akan mahu terlibat dengan konflik-konflik yang dianggap peribadi.

    Semasa kita 'berjasa' kepada parti anda akan dijulang, tatkala kita membuat kesilapan dan menyebabkan imej parti terguris, anda akan dikritik. Jika kita merajuk, tiada siapa akan memujuk. Mungkin kata nasihat dan pendapat akan diberi, keputusan ditangan kita. Parti tidak memerlukan kita. Kita yang memerlukan parti sebagai wadah jihad kita.

    Segar dalam kepala saya dua cerita Allahyarham Ustaz Fadzil Noor kepada AJK DMPP di dalam satu pertemuan yang kami minta kerana agak kecewa dengan perkembangan di dalam parti. Pada ketika itu (tahun 2000),

    DMPP di bawah kepimpinan Senator Us. Jamilah Ibrahim cuba membawa perubahan minda pada muslimat dan kami menghadapi kesukaran dan tentangan yang agak hebat dari sesetengah Dewan Muslimat Negeri.Setelah mendengar cerita Allahyarham Us Fadzil ketika itu, alhamdulillah saya mengubah cara berfikir dan cara menghadapi jema'ah.

    Kebijaksanaan Allahyarham Us Fadzil, beliau tidak memberi nasihat langsung kerana dia tahu yang di hadapannya boleh berfikir semuanya dan mampu mengambil iktibar daripadanya.

    Apakah cerita yang disampaikan??... Tunggu dalam posting berikut insyaallah.

    02 December 2009

    Jom Sokong Tok Guru

    Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang mengadakan demonstrasi membantah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hasil dari perhimpunan terbesar dalam sejarah Kelantan itu semalam, akan diadakan pula perhimpunan berikut:


    Jika anda tinggal di Kota Bharu atau tak jauh dari bandaraya bertuah itu dan anda pula menyokong sikap dan pendirian Tok Guru, anda mesti memastikan kehadiran anda.

    Saya juga berharap anda tidak berasa dukacita jika jumlah perhimpunan anda tidak sehebat dan sebesar perhimpunan terbesar dalam sejarah Kelantan semalam yang dianjurkan oleh entah siapa, mungkin Umno.... 

    Baca lagi :
    Untuk FORUM/DEBAT tajuk ini sila klik :

    01 December 2009

    Ceramah Isu Semasa


     Penceramah
    • Ybhg Tn Hj Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS NS/Mantan Calun PRK Bagan Pinang)
    • YB Dr Siti Mariah Mahmud  ( MP Kota Raja)
    • YB Tn A. Xavier Jayakumar (ADUN Sri Andalas/Exco Kerajaan Negeri Selangor)
    • YB Tn Shuhaimi Shafiee (ADUN Sri Muda)
    Tarikh : Sabtu 5 Disember 2009  Jam 9.00 malam  di No 39 Jalan Sri Mersing 26, Taman Sri Andalas (bersebelahan Surau Ikhwaniah)

    Semua di Jemput Hadir

    Anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Kawasan Kota Raja.

    1000 penonton tengok 50 Umno buat demo

    TAKZIAH : Kira-kira 50 penyokong Umno yang dipimpin oleh Che Johan Che Pa mengadakan perhimpunan di depan Kota Darul Naim pagi ini bagi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan.

    Bagaimanapun, hampir 1,000 lagi yang berhimpun memerhatikan demonstrasi yang dipercayai didalangi oleh anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali itu.

    Che Johan, Timbalan Umno Pasir Mas itu kemudiannya telah menyerahkan satu memorandum kepada Setiausaha Politik MB, Anuar Bakhri Haron.

    FRU bersiap sedia di hadapan bangunan SUK

    sungguh ramai yang hadir di hadapan SUK.Selepas dikira dua belas kali jumlah yang keluar dalam 50 orang lebih



    hujan turun dengan lebat di perkarangan SUK lebih kurang 11:45AM… Apa lagi…habis cauuu… tinggal lah beberapa orang yang tak dapat balik krn datang dengan motor dan beca.

    Umno BUSUK & demo


    Setiap pejuang dijemput hadir dan diminta hantar semua rangkaian sahabat ke perhimpunan ini. Mohon tindakan segera. T/Kasih”. Drp SUK UMNO Kelantan.

    sumber :  JIWO KELATE

    30 November 2009

    Alamak : Busuk nya UMNO

    Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

    "Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

    "Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

    " Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.

    Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

    1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

    2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

    3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

    4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

    5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

    6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

    7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

    8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

    9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

    10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

    11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

    12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

    13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

    Recent Posts : Dr Siti Mariah

    Popular Posts

    Artikal pilihan hari ini