Assalamualaikum WBT,
Genap seminggu saya menyiarkan luahan hati Nik Amalina, puteri MB Kelantan. Saya berbuat demikian atas permintaan beliau dan suaminya sendiri.Saya dapat merasakan jiwanya tertekan dan beliau perlu meluahkan. She wants people to know her feelings. Dia mahu mengistiharkan perasaannya.
Rasional saya sekiranya saya tidak memberi ruang pun, beliau tetap akan menyiarkan di dalam blog lain. Dari awal lagi saya katakan yang ini "luahan perasaan beliau". Luahan perasaan mestilah beremosi. Emosi biasalah.... tidak rasional.
Tidak semestinya apa yang diluahkan betul dan objektif dari perspektif pembaca. Semuanya dari persepsi beliau sendiri. Selepas meluahkan, saya pasti beliau merasa lega. Walaupun selepas itu beliau mungkin akan merasa "depress" apabila membaca komen-komen bloggers.Namun ianya tetap terapeutik.
Bagi saya ada hikmahnya apa yang berlaku. Ia proses pematangan jiwa bagi menghadapi ujian-ujian yang lebih besar. Saya percaya Nik Amalina seperti berlian yang belum digilap. Ciri seorang pejuang ada padanya. Dengan sedikit pendedahan, pengalaman dan bimbingan, beliau mampu berjuang dalam medan Dewan Muslimat.
Blog yang paling awal "pick up" surat itu ialah blog Kickdafella. Komen yang masuk dalam blog saya kebanyakannya setelah mendapat berita daripada blog tersebut. Komen-komennya hampir sama.
Saya ditanya saya dipihak yang mana? Adakah saya menyebelahi menantu TGNA? Kenapa saya tidak membela YB Husam?
Saya mendengar daripada pelbagai pihak. Komen-komen positif dan negatif mengenai orang-orang yang terbabit dalam isu-isu tersebut. Saya tidak akan merakamkan apa yang saya dengar. Cukuplah saya katakan, semua maklumat saya terima dengan secubit garam.
Entah betul, entah tidak. Saya tiada cara untuk memastikan maklumat dengan objektif. Semua dari persepsi sumber maklumat. Saya orang yang paling akhir yang akan "menghukum" orang lain. Jika saya ada pengalaman negatif dengan seseorang pun mungkin saya akan mendiamkan diri.
Kalau perlu sangat saya akan mengingatkan orang yang saya anggap sahabat dengan perkataan "berhati-hati dengan si anu". Terpulanglah kepada penilaiannya sendiri setelah berinteraksi dengan si polan tertentu yang saya maksudkan "si anu" itu.
Pengalaman 10 lebih tahun dalam jema'ah telah mematangkan saya dengan kerenah manusia. Kesimpulan saya, dalam perjuangan ini, survival parti dan jema'ah yang penting bukan individu. Sahabat-sahabat dalam perjuangan tidak akan mahu terlibat dengan konflik-konflik yang dianggap peribadi.
Semasa kita 'berjasa' kepada parti anda akan dijulang, tatkala kita membuat kesilapan dan menyebabkan imej parti terguris, anda akan dikritik. Jika kita merajuk, tiada siapa akan memujuk. Mungkin kata nasihat dan pendapat akan diberi, keputusan ditangan kita. Parti tidak memerlukan kita. Kita yang memerlukan parti sebagai wadah jihad kita.
Segar dalam kepala saya dua cerita Allahyarham Ustaz Fadzil Noor kepada AJK DMPP di dalam satu pertemuan yang kami minta kerana agak kecewa dengan perkembangan di dalam parti. Pada ketika itu (tahun 2000),
DMPP di bawah kepimpinan Senator Us. Jamilah Ibrahim cuba membawa perubahan minda pada muslimat dan kami menghadapi kesukaran dan tentangan yang agak hebat dari sesetengah Dewan Muslimat Negeri.Setelah mendengar cerita Allahyarham Us Fadzil ketika itu, alhamdulillah saya mengubah cara berfikir dan cara menghadapi jema'ah.
Kebijaksanaan Allahyarham Us Fadzil, beliau tidak memberi nasihat langsung kerana dia tahu yang di hadapannya boleh berfikir semuanya dan mampu mengambil iktibar daripadanya.
Apakah cerita yang disampaikan??... Tunggu dalam posting berikut insyaallah.
masalahnya dalam Pas, perubahan minda itu akan dianggap pertentangan dengan "tarbiah fikrah Pas", itu fikrah luar, ini mesti fikrah geng sinun dan bermacam2 lg label...
ReplyDeleteSEBAB-SEBAB KEJATUHAN UMAT ISLAM : MARI KITA BELAJAR DARI SEJARAH
ReplyDeleteSiapa yang pernah menjejaki Sepanyol akan merasa takjub dengan peninggalan umat Islam Sepanyol di bawah kerajaan Islam di suatu masa dahulu. Sehinggakan dikatakan walaupun ada pihak pakar teknologi hari ini yang cuba mengaplikasikan kembali teknologi yang telah dibuat beratus tahu dahulu, tetapi mereka tidak mampu menirunya walaupun contoh tersebut berada di depan mata mereka. Teknologi umat Islam di zaman itu bukan sahaja canggih tetapi kemajuan dan peradaban mereka menjadi contoh kepada negara-negara Eropah yang lain. Yang menghairankan kita mengapa di sebalik kemajuan teknologi yang canggih dan peradaban yang menjadi contoh itu, di kala itulah Islam jatuh tersungkur di tangan orang bukan Islam dan terhina sehinggalah ke hari ini. Marilah kita selidiki apa yang telah belaku di suatu masa dahulu.
ULASAN
Sepanyol pernah berada di bawah empayar Islam. Namun Islam di Sepanyol hancur musnah dibasmi habis-habisan hingga seolah-olah tidak pernah tegak kerajaan Islam. Kemusnahan dan kehinaan ini bukan berpunca dari lemahnya pentadbiran, bukan kerana sedikitnya jumlah tentera. Bukan kerana tiada ilmu pengetahuan, kemajuan dan ekonomi. Tetapi ianya berpunca lemahnya iman dan taqwa. Cuai dalam hubungan dengan Tuhan. Ibadah yang diabaikan terutamanya solat. Runtuh akhlak dan roboh perpaduan. Hilang kasih sayang dan semangat bela-membela.
Umat Islam ketika itu sudah tidak lagi mengerjakan solat malam atau Tahajud. Ini bererti pautan hati dengan Tuhan sudah terlalu lemah. Mereka sudah memutuskan saluran bantuan Tuhan. Ikatan syariat juga secara automatik turut menjadi longgar. Kemungkaran dan kezaliman sudah mula menyelinap ke dalam kehidupan masyarakat Islam khususnya para pemimpin. Mazmumah dalam diri mula bertapak dan semakin sehari semakin subur. Masing-masing sudah mula melihat dunia ini terlalu indah, sudah mula mengatur langkah memburu duniawi.
Sebelum pihak musuh menawan Sepanyol, mereka menghantar pasukan perisikan untuk mendapatkan maklumat kedudukan umat Islam khususnya di kalangan tentera. Mereka mahu bertindak tepat pada masanya. Ertinya mereka tidak bertindak menyerang di sebarangan masa, tetapi hanya pada masa yang sesuai. Pihak perisikan musuh itu hanya ingin mendapatkan dua situasi.
Pertama, ialah apabila didapati umat Islam sudah tidak mengantuk di siang hari. Mereka meneliti dan mahukan maklumat di mana mata umat Islam tidak merah dan segar bugar sebagai tanda sudah tidak bangun malam (qiamullail)
Kedua, ialah apabila didapati di kalangan umat Islam sudah mula tidak membela saudaranya yang lain, sudah mula iri hati, hasad dengki, umpat keji, kata nista, mencerca saudaranya yang lain. Ertinya perpaduan sudah terbarai.
Memang tepat. Ketika tentera musuh menyerang Sepanyol, dua perkara pokok dan utama itu sudah sangat terabai, sudah dipandang sepi dan tidak lagi diambil perhatian serius. Bukan sahaja tidak bangun malam, malah ibadah solat yang fardhu sudah kehilangan roh, sudah tidak khusyuk dan sudah tidak didirikan sebagaimana yang dilakukan oleh salafussoleh. Ertinya solat mereka tidak memberi kesan untuk membina peribadi agung. Solat mereka sudah tidak lagi mencapai rasa kehambaan yang mendalam dan rasa bertuhan yang tinggi. Bererti juga solat sudah tidak membakar dan memusnahkan mazmumah mereka.
Apabila keyakinan lemah, maka jiwa pun menjadi kerdil. Akal juga turut menjadi tumpul kerana penumpuan kepada aspek yang sangat remeh iaitu untuk diri, keluarga dan duniawi. Kesannya ialah semangat perjuangan pun luntur. Keadaan demikian itulah yang dikatakan sebagai terpisah dari alam kerohanian. Mereka terhijab dari bantuan Tuhan. Mereka tersisih dan terputus, hubungan dengan kerajaan dan pemerintahan ghaib. Bukan sahaja Tuhan tidak pandang dengan pandangan rahmat, lebih dari itu ialah Allah SWT murka ke atas mereka lalu ditimpakan dengan berbagai bencana, musibah dan kehinaan.
Semoga peristiwa ini tidak berulang di Kelantan...
dr,
ReplyDeletejadilah seorang ahli politik yang bijak. sekiranya dr tidak siarkan surat nik amalina, dr tak perlu membuang masa yang berharga kerana perlu pula menjawab seperti sekarang ini.
kalau dr sudah tahu "Luahan perasaan mestilah beremosi. Emosi biasalah.... tidak rasional.", apa perlu dr menyiarkanya? apakah dr turut beremosi kerana nik amalina seorang perempuan seperti dr?
dr perlu ingat, dr seorang ahli politik sepertimana tgna. jangan cepat menyambut sesuatu bungkusan yang dilemparkan kepada dr. belum tentu lagi apa dalam bungkusan tersebut!
jangan lupa masukkan elemen geraksaraf dalam resepi politik dr.
wallahu'alam.
Pendapat gua ler..
ReplyDeleteNik Amalina tak perlu untuk lakukan ini semua.
Sebab dari nukilan die telah mendedahkan diri die dari sudut persepsi masyarakat.
Lebih baik berdiam diri dari bersuara.
YB boleh bace dan lihat, kerana nukilan ini telah terdapat banyak persepsi yang negatif dari yang positif.
Dari apa yang saya lihat Nik Amalina terlalu menyibuk dengan urusan kerja hubby die & TGNA.
Dengan sendiri ia telah memburukkan lagi imej hubby die & TGNA.
Ape2 pon gua harap ada perubahan yang besar terhadap barisan pemerintahan di Kelantan.
TQ
Salam YB,
ReplyDeleteTak salah letak surat Nik Amalina tu.
Nik Amalina walau macam mana dia perlu pertahangkan bapak dan suami seta maruah keluaganya.Walaupun huduh molek bapak dia,suami dia.Takkan nak tengok saja orang pukul suami ,pukul bapak ,sekiranya ada kesilapan sekalipun tetap kena pertahangkan.
Malamnya luahan hati Amalina telah dibelasah dalam blog dickaffela.Seolah-olah tiada jasa sebesar kuman yang baik pada ayahda dan suami kepada rakyat Kelantan.Memang politik cam tu nampak je nak jatuh terus dibelasah supaya cepat lagi rebah,senang nak ganti pemimpin baru.
Hanya kekuatan semangat yang kuat serta sokongan dari penyokong ayahda saja Amalina mampu menulis lagi.Jangan takut Amalina ....belalah keluarga awak walaubagaimana sekalipun.
Setelah seminggu, akhirnya YB berlepas tangan dan berlunjur kaki nampaknya. Memang selesa tu. Ada baiknya juga YB tak campur urusan Parlimen dan DUN orang lain. Mohon YB dapat baiki segera Jalan Lombong yang rosak teruk. Kalau boleh turapkan terus sampai Taman Mas yang juga semakin rosak teruk kerana ada earthwork dekat situ. Malu juga kerana inilah satu-satu jalan di Selangor Negeri Maju yang masih terabai sedang ramai pengundi Kota Raja menggunakannya untuk mencari rezeki.
ReplyDeletePenduduk Kota Raja.
Dr dah buang ke posting kelohan perasaan Nik Amalina tu?
ReplyDeleteEloklah. Dr pun dah sedar Nik Amalina ni tak rasional dan telah menjatuhkan air muka keluarganya sendiri.
Tulisan yang bagus.. terima kasih .
ReplyDeleteSegar melihat Pemimpin Muslimah berjiwa lapang sebegini.
ReplyDeletemoga-moga segala kemelut ini akan selesai..
ReplyDeleteHMHMMMMMMMMMMMMMMMMM
ReplyDeleteSalaam...sekadar nak merekodkan persetujuan saya dengan anonymous 08.25. Mari semua ambil i'tibar daripada kejatuhan umat zaman dulu.
ReplyDeleteSalam.... hal bela kluarga jgn campur aduk dgn politik dr.biar empunya diri menghadapinya krn mrk ada kekuatan dgn adanya TGNA yg ada kelebihan tersendiri dlm menghadapi situasi spt itu.JANGAN TERJERAT POLITIK BELA DIRI KLUARGA.ALLAH MAHA MENGETAHUI...... TERUSKAN PERJUANGAN DR. UTK MEMBELA RAKYAT YG TELAH BERI MANDAT...... SEMOGA PERJUANGAN DIRAHMATI ALLAH S.W.T
ReplyDeleteJangan mudah meluah dan bercerita pada orang.Tambahan lagi kita sebagai orang yang dikenali.Jangan mudah melatah dalam apa jua keadaan...Nasi pun dah menjadi bubur...nak buat macammana..Dan sekarang fitnah akan terus merebak....
ReplyDeletememang web site yang tak adil. ada penapis...
ReplyDeletedr, kesilapan boleh berlaku dimana-mana, bila-bila masa tetapi kematangan dan pengalaman seharusnya menjadi pencetus kepada kebenaran dab realiti.
ReplyDeleteKEBENARAN AKAN TERBUKTI...
ReplyDeleteNik Amalina patut luahkan mcm tu sbb isteri patut mempertahankan maruah suami...apa guna seorang isteri jikalau maruah suami dipijak2 sampai tak dapat pembelaan.jadi, dia perlukan saluran untuk mempertahankan suami beliau.Salah atau benar tidak siapa yg boleh buktikan.Kita tak boleh menghukum dr tulisan blog.Kita ada saluran yg betul.Biar Mahkamah yg tentukan.Ramai pengomen dr blog kickdefella yg tidak pernah melalui saat seperti beliau.Orang melayu suka mencari kesalahan org lain semata2.Kita tidak belajar kesilapan.Kickdefella beliau angkat sbg hero pujaan beliau sbb mereka umpamakan kickdefella seperti insan yg suci.Hanya Allah yg maha mengetahui.Salam untuk pencinta kebenaran.
ReplyDeleteNak jadi sebahagian daripada orang politik mestilah perlu pengorbanan, mana ada politik di dunia ini baik semuanya, sudah pasti untuk muncul sebagai terbaik keterpaksaan kelakuan tidak baik itu perlu dilakukanjua. Apakah itu suci namanya, atau suci atas nama perjuangan. Kesabaran dalam menegakkan yang hak perlu dilakukan secara istiqamah dan tawaduk, kena jaga nama islam yang dipegang jangan terburai dek kerana perjuangan yang songsang.Usah dicari jalan singkat biar lamabat tapi bermenafaat dapat membentuk ukhuwah sejati.Jangan mula mengata orang itu xbaik orang ini baik...selidiki dahulu peribadi diri dan orang yang terdekat sebelum menunjuk jari ke langit tunjuk dahulu ke muka sendiri.
ReplyDeleteAllah lagi Maha Berkuasa atas segalanya, jangan berdabik dada ingat Allah atas semua kejadian alam dan makhlukNya. Insafi dengan kerkerdilan diri ini usah besar diri dan lupa siapa kita sebenarnya.
ReplyDeleteAssalamualaikum semua.
ReplyDeleteBerdiam diri lebih baik dan mulia.. Ini adalah satu pengajaran yang sangat berguna untuk semua. Walaupun kita dipihak yang benar, tetapi dalam situasi sekarang ini ianya boleh jadi macam-macam.. Harap semua dapat bersabar dan berdoalah agar Allah SWT dapat memberi petunjuk yang benar. Wallahu a'lam..
Salam,
ReplyDeletekalau Nik amalina beremosi kerana isu itu, fikir kan juga perasaan isteri Kicdefella yg suami nye di berhentikan 24 jam.
renung2 kan la...
-DR,saye pelik btul ngan tndakn dr..dah tau si amalina tue dlm keadan beremosi n tak rasional ketika menulis surat luahan perasaan tue,nape di siarkan jgak?..adakah tndakan n emosi dr juga tdak rasional ketika mnyambut surat trsebut lalu mnyiarkan dlm blog dr?..
ReplyDelete-tertekannya emosi kaum krabat 'glongan bngsawan' pantas mndapat respon dr,ape kah sepantas ini tndakan dr apabila mndapat tahu emosi n prasaan rakyat bwhan dlm mnghadapi kemelesetan ekonomi ktika ini?..lbih2 lg dlm parlimen dr sndri..
-ade ketika seorang doktor perubatan pun trsalah dlm membuat kputusan,ape tah lg seorang ahli politik yg membuat kputusan yg pd anggapannye tdak kena mngena ngan nyawa manusia,pasti ade silapnye..jika lpas ini,ade sape2 anak2 'glongan bngsawan' yg merintih pd dr,nasihatkan je la mereka utk wat blog sndri..luahla sepuas2 nye dlm blog sndri,mungkin ade simpatisan yg akan bg dorongan dr merayu pd AHLI PARLIMEN yg mempunyai MASALAH RAKYAT yg lbih besar dlm kawasannye..
-zargus-
dr....xkan komen2 kat sini dr tapis dulu kot. saya dh bg komen td kot...mana komen saya. xsiar pun.!!!!
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteKesian mek NA...takpa la mek na..puas jugak bila dah luah perasaan tuh.
Tapi yg paling penting saya tersangkut dan teruja dgn komen dari pencatat di atas. Saya setuju sngt dgn komen dia tuh. Cuma saya lebih bimbang jika yg memerintah nanti bukanlah PR. Tapi DAP. Jika org Islam dah terlepas pemerintahan kepada DAP, bye..bye Islam dan bye..bye Melayu. Kamu tak dapat memerintah dah. Islam akan jatuh. Singapura akan bergabung dgn Malaysia dgn nama..mungkin Singasia nama barunya. Jika memberontak, kamu akan mati walaupun kamu ramai. Saya tidak rela PAS lemah dan saya tidak rela UMNO lemah. PAS mesti kuat dan UMNO mesti kuat. Jika salah satunya lemah, yg tinggal kuat itu pun nanti akan lemah. Siapa nak tolong kita kalau org lain yg memerintah nanti? Boleh rebut balik dgn undian..porahh. Jgn mimpi la. Begitulah Islam musnah di Sepanyol. Islam dapat naik balik tak? Dapat, tapi bila dah munculnya Al Mahdi nanti dan bukan dgn jalan demokrasi...ingat!!Bukan dgn jalan demokrasi...
Wallah hu a'lam
"emosional yang tak rasional...??.."
ReplyDeletebijak-bijak.!!
lg satu ape hal komen blog ni (your comment will be visible after approval)...dh ckp pass for all, g filter tu buat ape. gile xprofessional.ckp kebebasan bersuara, demokrasi..tp sama je ngan umno.
ReplyDeleteSi pengomen pun janganlah beremosi...
ReplyDeleteBiarlah surat apa yang tersiar pun...
Semua itu untuk memberi ruang kita berfikir...
Yang penting kita cuba baca dan nilai yang mana betul...
Pas sekarang banyak isu sebab parti islam ini dah jadi parti tumpuan dan mungkin parti utama lepas ni...
Dan perlu ingat, ada dikalangan mereka yang sertai pas sebab habuan dunia memandangkan pas dapat menguasai negeri...
Inilah tapisan Allah...mungkin sekarang Allah nak tapis orang dalam PAS yang mana tak jujur...
Bab kata Tok Guru, selagi PAS berlandaskan Al-Quran selagi itu Allah jaga PAS.
Kepada KIckdefella dan Arifahmi, Ingat! Allah ada...siapa yang salah dia akan terima balasan di dunia dan paling teruk di akhirat...Dan sebijak mana setrategi korang pun ingatlah yang Allah lebih Bijak...sejarah membuktikan!
Salam YB,
ReplyDeleteTak sabaq nak tau response Almarhum Us Fadhil.Dalam perjuangan perlu juga menimba pengalaman orang lain.Sepertimana saya mengutip pengalaman dari YB.Go head.
Komen dan teguran adalah mehnah politik.Dalam perjuangan ada yang diluka dan ada yang terluka..
Nak dapat air bersih pun kena tapis dulu.
ReplyDeletedr, buat habis masa sj dr dok layan suami isteri tu. sya amat kenal dgn ir arif fahmi dn nik amalina, itu perangai bdk2 nk lepaskan geram aje. terlalu byk sgt kerja dr yg perlu diselesaikan sebagai ahli Yang Berhormat drpd layan perkara2 yg langsung x memberi faedah. ingat PRU yg ke 13 dah dekat......
ReplyDeleteSaya tak faham kenapa sekarang ni (PAS semakin berkuasa) pemimpin PAS mencari ruang yang sebesar-besarnya kepada pihak musuh untuk mengelirukan lagi rakyat... Sekarang ini , Pempimpin PAS suka buat kenyataan terbuka kepada media spt blog utk menyatakan luahan hati atau perkara yang saya rasa bukan untuk kepentingan rakyat... contoh terbaik kes Nik Amalina dan yang terbaru YB Mahfuz... apa salah kalau talk face to face untuk meluahkan rasa tidak puashati terus kepada orang tersebut daripada menggunakan blog? Bukankah menutup keaiban seseorang dituntut di dalam ISLAM....
ReplyDeleteKalau mcm ni lah gaya dan akhlaknya... BN is better than PAS.
BN is better PAS (nak termuntah aku)
ReplyDeleteeh bro lu cakap apa ni. adakah ini kali pertama lu baca blog. ada banyak blog pro-Pas yang telah menceritakan keburukkan UBN, hatta mantan PM che det pun dok kata Umno busuk sampai ke usus, lagi hang nak kata BN better than PAS ... apa lah pulak jenis lu ni, aku pong tak faham.
utk iktibar mu apa pong yg berlaku dalam PAS .... PAS tetap lebih baik 1000X berbangding Umno.
30% peratus penyokong tegar PAS pasti tidak goyang dan tetap pangkah PAS dlm keadaan apa sekali pong.
orang terpelajar (dalam dunia cyber) tak kan goyah sbb mereka boleh fikir.
non~muslim India tak nampak goyang.... parti makkal sakhti dah bubar.
Cina ~ MCA .... kepala ikan busuk.
.... cuma fraksi umno ambil pot untuk manipulasi berita ni. ia aku setuju dgn hang.
nak tengok face to face tengok kes lah dulu, kalau org dah mula ayat dalam blog kena jawag melalui blog lah, sbb pembaca blog kena dpt dari sumber yg sama dan perlukn penjelasan.
ah malas lah aku nak tulis lagi. Aku tetap undi PAS
Sedih saya dgn kemelut yang menimpa keluarga Tok Guru...
ReplyDeleteTapi sedih lagi perasaan saya bila terpampang depan mata bahawa anak perempuan Tuan Guru begitu tidak matang dengan fikrah harakah yang beliau dakwa 'bergerak seiring' dgn proses beliau dibesarkan itu...
kickdefellaaaaaa……….. ramai betul penyokong mu..dupliket ko?..tripliket ko or pliket pliket belako??… semuo komen tidak langsung mencerminkan ilmu dan akal… bunyi macam fraksi .... je.
ReplyDeletesalam dr. biarkan je depa. mulut botol boleh ditutup, mulut manusia dan tangan2 yg nakal tu susah la ... bila lagi nak siarkan cerita seterusnya ... - ex-geng
ReplyDeleteKemuncak kepala segala kontroversi ini ialah apabila seorang bloger terkenal yang juga pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Azidi dipecat daripada jawatannya setelah timbul cakap-cakap yang mengaitkan beliau sebagai punca siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas sayap pelaburan Kerajaan Negeri Kelantan itu.
ReplyDeleteSehari selepas dipecat, Syed Azidi@Kickdefella telah memanggil satu sidang akhbar dan mengisytiharkan 'perang' ke atas Ariffahmi dengan memberi amaran yang beliau akan terus mendedahkan kepincangan pentadbiran di bawah menantu Nik Aziz itu.
Ujian Allah saw.Setiap yang engkar ada balasanNya.Telah dijanjikan samada di dunia atau di akhirat.
ReplyDeleteMeme pung, Unid Pas Anda Selamat......
ReplyDeletebuktikan dengan diri bila berdakwah. penyiaran tu pada saya satu contoh yang tidak baik
ReplyDeleteJebat KR,
ReplyDeleteBanyak kali kou komen, apa sal tukar nickname ke Anon pulak?
Razif S.P.K.R
UMNO dari dulu dan selamanya matlamat sentiasa berubah tidak konsisten...meLAYU pun entah kemana...PAS Komitmen pada Islam yang satu...Lagipun kalau masuk kubur yang akan ditanya adalah agamamu bukan apa bangsa mu......
ReplyDeleteSalamullah alaikum,
ReplyDeleteTGNA tak sepatutnya melantik Arifahmi sebagai COO apatah lagi selepas itu dilantik sebagai CEO kerana prestasinya tidak melayakkan beliau menjawat jawatan tersebut. Projek Bandar Baru Tunjung masih tak kemana. ini adalah projek pertama beliau. Soalan saya: Atas dasar apa Arif dikatakan layak.
Nik Amalina: Kalau nak pertahankan suami pun buka lah mata luas-luas. Jangan pandang suami dengan pandangan yang sempit.
Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku. dan sepatutnya sejak lama dulu menantu MB Nik Aziz meletak jawatan.... bukan apa, carilah jawatan lain yang tidak dapat dijadikan umpan umno memfitnah PAS, saya suka cara tok guru.... walaupun sudah agak lewat.
ReplyDeletesalam......... sepatutnya dah lama buang menantu MB kelate tu..
ReplyDeleteTertarik dengan pandangan Anonymous catatan Ahad 06 Dis 09. Kalau DAP berkuasa, melayu dan Islam terus hilang, M'sia dan Singapura bergabung jadi Singasia. Hakikat sekarang melayu Pas dan UMNO tak boleh duduk semeja untuk berbincang masa depan dan kekuatan melayu/Islam. Walau pun ada usaha kearah itu, tapi terus dipancung. Tidakkah pemimpin melayu BN dan Pembangkang nampak realiti kekuatan melayu/Islam sekarang? Kenapa bukan melayu menyerang hak-hak sensitif melayu yang terjamin dalam Perlembagaan.Kerana bila BN menjawab kegawatan itu, BN akan melepaskan benang yang mana menguntungkan bangsa mereka tak kiralah dia Pembangkang atau MCA,MIC atau Gerakan. Mereka untung kiri,kanan,atas dan bawah. Melayu dapat kuah sahaja.Oleh itu ingatlah parti memperjuangkan Islam, janganlah kerana taksub nak hancurkan BN, melayu/Islam akan hancur. Bukankah elok melayu/Islam BN dan Pas duduk semeja untuk memperkukuhkan ukhuwah dan kukuhkan agama. Jangan pentingkan dunia kuasa dan pengaruh, kita lupakan matlamat kukukan Islam. Hilang melayu maka hilanglah Islam itu, lebih lagi kalau Singsia ditubuhkan. Jangan kita seronok tunggang harimau DAP (kalau betul ditunggang?), pepatah orang putih, siapa menunggang harimau akhirnya akan hilang dalam perut pak belang. Jika itu terjadi dah terlambat! Baliklah pada realiti melayu/Islam itu perlu diperkasakan. Bak kata ahli parti Islam, kalau nampak nak kena tipu, kita keluar dari Pakatan, tapi tu dah terlambat.
ReplyDeleteSaya naik menyampah dengan isu mutakhir PAS yang berpaksi di Kota Bharu Kelantan sekarang ini. Muak dan memualkan!
ReplyDeleteUntung jadi ahli pas. dapat tiket free,
ReplyDeleteTak perlu jadi CEO atau apa2 jawatan sekiranya ada talian darah terdekat atau pun jauh dgn Tok Guru Nik Aziz ...
ReplyDeleteSemua nya itu akan membuka ruang kepada fitnah dan perpecahan ..
sila buka kedai makan atau kedai alat tulis jadi CEO sendiri ... hidup lebih aman ...
Kelantan bukan pemerintahan dynasti ....
Aku sokong yg berada atas landasan yg benar…
ReplyDeleteAku tak minat nak sokong yg menipu...bukan aku untung apa2 pun. aku akan buang undi sekali lagi dlm PRU13…ingat2 orang politik…jgn salah percaturan. Kami orang-orang yg takde kepentingan akan memilih yang terbaik dan sedang memerhati anda...jangan sampai anda hilang value dimata kami...
Walau kata berjuang atas nama Islam, orang melayu tetap perangai melayu tak kira PAS atau UMNO. Dengki, busuk hati, pentingkan diri sendiri, bergaduh sesama sendiri. Bukan sahaja gaduh dengan UMNO tetapi sesama PAS. Memanglah kau orang ni tolol bin bahalul.
ReplyDeleteibni-baittutah....await kalut no..isu tak da apa pun. dok cerita baguish. dengan karterapella sekali pun belum tentu betoi. hangpa tengok ari ni apa cerita....TUUUUU DIAAAA
ReplyDeleteakum. nak tanya satu ! dulu PAS membuat fatwa bahawa melantik wanita sebagai pemimpin,adun dan wakil rakyat adalah haram tapi sekarang boleh pulak! nanti suku-sakat YB jawab sendirilah di akhirat kerana mempermainkan hukum ALLah untuk habuan yang sedikit di dunia iaitu inginkan ganjaran pangkat, sokongan rakyat..tiada kompromi di sisi ALLAH sama anda ahli PAS atau UMNO.
ReplyDeleteAnon sat Jan 02, 03;03;00 am
ReplyDelete1. akum ~ kau tau tak makna akum tu apa?
Jawapan : Ilmu utk dikongsi bersama :
Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah
Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn "assalamualaikum" dan menjawab
salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"
Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam
warahmatulallah hi wabarakatuh"
Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim
salam assalamualaikum pada Anis ye"
contoh lerr.. Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"
Dan bukannya " Kirim salam maut"
statement ini adalah berdosa, walaupun
sekadar gurauan!
Semoga ada manfaat.
"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"
Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan
"A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan
Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan
perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang
selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email.
Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang
bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde
Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "Salam" kerana salam ialah
dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.
kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....
2. Kau detail sikit bab-bab fatwa tu : bila, dimana, siapa yang sebut? nanti aku jawab
bruce lee lipat kajang
__________________
Assalamualaikum,
ReplyDeletePejuangan JIHAD menegakkan negara Islam perlu diteruskan. Matlamat dan perjuangan perlu diutamakan. keredhaan Allah mestilah menjadi tujuan. segala kemelut yang melanda perlu ditangani dengan penuh hikmah, tidak mencacatkan perjuangan. Berbanyak lah kita bermuhasabah diri, menentang kemungkaran dengan apa yang digariskan dalam Islam. Jangan pangkat dan kuasa dikejarkan tetapi perlu di ingat bahawa keredahaan Allah yang dicari. Wahai pejuang-pejuang bangunlah, sedarlah akan hakikat perjuangan yang sebenarnya. Ketahuilah bahawa kita sudah lari dari landasan yang sebenarnya....Kembalilah kelandasan yang betul... InyaAllah kita akan mendapat bantuan dari yang maha kuasa.
wasalam...