11 December 2009

Kadar baru mas kahwin utk "Janda @ Dara"

SHAH ALAM – Kadar mas kahwin di Selangor akan ditetapkan kepada minima RM300 bagi anak dara dan janda, berkuat kuasa mulai Januari 2010.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, kadar mas kahwin di Selangor telah dipinda dan telah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurutnya, kadar yang ditetapkan ketika ini adalah sebanyak RM80 dan peningkatan kepada RM300 (minima) adalah berse suaian memandangkan kadar lama itu dilihat sebagai tidak lagi sesuai.

“Kita rasa kadar RM80 sudah lama dan tidak sesuai, takkan kita menilai seorang isteri dengan kadar RM80. Bahkan tidak ada perbezaan di antara nilai mas kahwin antara janda dan anak dara.

“Pada saya RM300 masih rendah tetapi untuk meraikan semua lapisan masyarakat, kita berpendapat RM300 ialah kadar yang munasabah, tetapi kalau nak bagi lebih tidak ada masalah.

“Setakat ini tidak ada bantahan berhubung penetapan kadar baru itu, bahkan tidak sewajarnya timbul bantahan mengenainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Kad Perakuan Nikah Pintar, negeri Selangor, di sini, semalam

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini