03 April 2009

PM tarik balik penggantungan Harakah & Suara Keadilan

PM sebentar tadi mengumumkan bahawa arahan panggantungan kedua-dua akhbar diatas ditarik balik serta merta sempena perlantikannya sebangai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 hari ini.

Bagi saya ianya tentulah mengembirakan kita semua tetapi dalam masa yang sama kena berhati hati dengan tindak tanduknya beliau selepas ini. Kedua-dua anak bujang saya pula sepakat menyatakan bahawa ini taktik biasa beliau untuk menang dalam PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air.

02 April 2009

Amanat pimpinan sebelum bertolak ke BG

PAS Cawangan Taman Setia telah menganjurkan satu majlis khas bagi meraikan petugas-petugas Parti yang akan ke Bukit Gantang sebentar tadi bagi melakukan tugas memenangkan Datuk Seri Ir Nizar dalam PRK tersebut.

Sebelum pemergian seramai kira-kira 30 orang petugas termasuk muslimat kesana bermula esok hingga hari pengundian satu majlis khas bagi mendengar amanat pimpinan telah diadakan di perkarangan Pusat Komuniti Taman Setia. YB Tn Hj Ir Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam telah dijemput memberikan amanat serta petua-petua menjalankan tugas disana nanti. Oleh kerana Kota Raja akan bertugas di kawasan Terong, YB Khalid memberitahu bahawa kawasan ini merupakan satu-satunya DUN yang BN menang dalam PRU 12 yang lalu dan mereka benar-benar ingin memastikan DUN ini dapat dipertahankan. Justru tugas yang amat berat menanti petugas-petugas kita disana kelak.

Disamping itu para petugas juga dinasihatkan supaya mendekati orang-orang umno diTerong tidak kira dimana mereka berada dan dimestikan sembahyang berjemaah bersama-sama orang-orang kampung.

Sejumlah hampir RM2000 dapat dikumpulkan hasil sumbangan ahli dan penduduk Taman Setia untuk dibawa oleh petugas dan digunakan untuk membantu kemenangan calun PAS disana nanti. Terima kasih dan Tahniah kepada Ketua Cawangan Taman Setia Sdr Adam Abd Karim diatas kejayaan majlis ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Sdr Norhalim Sirome YDP Pas Kota Raja.

Wow !!! steady lah Zahid Hamidi

Kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan agama, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian di majlis makan malam perpaduan di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang, Bukit Gantang 1 April malam tadi benar-benar mengejutkan.

(Gambar atas: Zahid sedang mencatat sesuatu dengan penyanyi seksi di belakangnya. Gambar Malaysiakini)

Yang dibimbangi kalau-kalau beliau sendiri terlibat dalam menganjurkan majlis sebegitu. Ini kerana majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Zahid dan Ismail selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.

Tiga artis Cina berseluar pendek biru dan singlet biru itu, menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.

Majlis makan malam perpaduan itu dihadiri oleh kira -kira 1,500 orang. Sebelum beredar, para wartawan menemui Zahid untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.

Yang paling mengejutkan lagi apabila Zahid berkata, "ia harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina." Untuk melihat video tentang berita ini, sila ke laman berikut:

Naik taraf dewan Dato Fadhil Nor

PAS Kota Raja sedang menaik taraf Dewan Dato Fadhil Nor yang juga merupakan Markaz PAS Kawasan Kota Raja di Bukit Naga iaitu dengan menaiktaraf lantai yang sedia ada ke lantai marmar. Dengan itu setiap tapak berukuran 1' x 1' berharga RM5.00. Sesiapa yang berminat untuk menyumbang bolehlah berurusan terus dengan Tn Hj Maskor (016-2761712) atau En Azmi Jusoh, Pegawai Khas Parlimen Kota Raja ... YB Dr Siti Mariah Mahmud (012-6850494)

BN tak tahu jawab serangan PR

Calon BN Ismail Saffian kelihatan berada dalam keadaan sukar berdepan lawannya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin - jika maklum balas jentera Umno dan MCA ini tepat.

Pada hari keempat berkempen di parlimen Bukit Gantang, seorang pemimpin kanan MCA kecewa calon itu bersama pekerja kempen BN tidak setanding petugas Pakatan Rakyat.

Dalam lawatannya ke kampung baru Cina di Simpang dekat Taiping semalam, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata BN tidak membawa banyak bahan kempen ketika bertemu pengundi.

bm version bukit gantang parliamentary seat 090209BN juga tidak menjawab serangan pembangkang secara bertulis terhadap kerajaan BN Perak dan kerajaan persekutuan.

"Dalam hubungan ini, kumpulan Pakatan Rakyat buat kerja dengan lebih baik, setidak-tidaknya bahan kempen mereka, yang ditujukan untuk mengkritik kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan," kata Dr Chua di blognya petang ini.

"Namun begitu, BN tidak berbuat secukupnya untuk menangkis banyak tohmahan (Pakatan) ini dalam bentuk tulisan. Lama-kelamaan, sebahagian tuduhan ini akan kelihatan benar."

Beliau mencadangkan BN meningkatkan mutu bahan kempennya.

"Kita jangan lupa Pakatan selepas kemenangannya (tahun lalu) berada dalam keadaan penuh bersemangat. Ia mempunyai anggota yang lebih beriltizam dan banyak sumber bagi menggerakan perang kempen ini," coret Dr Chua lagi.

"Daripada kain rentang, bendera parti, baju T dan lencana, jelas sekali hari ini Pakatan telah memiliki sumber-sumber setanding BN.

"Di Bukit Gantang, BN sedang bergelut dengan tugas berat (untuk menang)."

Sementara ADUN Umno Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi pula menyifatkan calon BN itu menghadapi cabaran besar meyakinkan pengundi Melayu di Trong, satu daripada tiga DUN bawah Bukit Gantang.

"Sudah tentu kita (BN) ada kawasan hitam kita, macam di kawasan Trong, yang pengundi Melayunya yang kelabu-hitam," katanya ketika ditemui
Malaysiakini sewaktu berkempen hari ini di Taman Paloh bawah DUN Changkat Jering.

"Juga kawasan Kuala Sepetang apabila pengundi bukan Melayu tidak begitu bersama-sama kami. Tetapi kita lihat gerakan daripada MCA, Gerakan sendiri cukup memberi kita harapan untuk mendapat sokongan pengundi bukan Melayu."

bukit gantang adun tualang sekah nolee ashilin mohd radzi 010409 02[Penandaan warna ini dibuat oleh parti-parti politik untuk menentukan aras sokongan yang diterima berdasarkan culaan undi semasa. "Putih" bermakna menyokong kepada sesebuah parti, "hitam" (pihak lawan) dan "kelabu" (tidak pasti atau 50-50).]

DUN Trong dikuasai wakil rakyat BN, Datuk Rosli Husin, yang juga ketua bahagian Bukit Gantang.

Nolee Ashilin waktu itu bersama kira-kira 20 ahli Puteri Umno mengambil pendekatan berbasikal dari rumah ke rumah untuk membawa imej lebih mesra pengundi.

Katanya, petugas BN itu menyebarkan risalah perkembangan politik Perak supaya para pengundi memahami krisis antara BN dengan Pakatan yang berlarutan sejak Februari.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini