03 July 2010

Guna Jentera Kerajaan bukan kesalahan kali per1 BN

Kelab penyokong Pakatan Rakyat (PRBBC) menuduh BN menggunakan agensi dan jentera kerajaan bagi menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.

Pengerusi PRBBC Azmin Ali berkata mereka mendapat maklumat bahawa tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal dua ADUN Pakatan semalam “bermotifkan politik”.

"Umno menggunakan institusi seperti SPRM, polis dan pejabat Peguam Negara bagi menumbangkan kerajaan Pakatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PRBBC pagi ini.

Semasa pertemuan itu, dua ADUN yang disoal oleh SPRM semalam - Amirudin Shari (Batu Caves) dan Shuhaimie Shafie (Sri Muda) - menceritakan kepada rakan-rakan bagaimana suruhanjaya itu menyoal mereka berhubung isu pasir kerajaan Selangor.

Azmin, yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata selain itu, mesyuarat berkenaan turut membincangkan kononnya berlaku pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai propaganda jentera Umno.

Katanya, mesyuarat juga membincangkan situasi semasa Pakatan di Selangor tetapi enggan mengulas lanjut.

02 July 2010

Suara Keadilan Suspended .... banned party organs

PAS disaran buat kajian mengapa ada yang sanggup jadi Ulamak Sekular

PAS disaran bermuhasabah dan mencari punca sebenar mengapa golongan ulama lebih berminat kepada UMNO berbanding parti mereka yang mendakwa memperjuangkan agama Islam.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata adalah sesuatu yang malang bagi PAS apabila pimpinannya gagal mengakui mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan parti mereka sehingga dipinggirkan golongan ulama terutama ulama muda.

"PAS tidak perlulah menyalahkan golongan ulama yang tidak ingin bersama mereka. Mereka sepatutnya sedar mungkin ada yang tidak kena dengan parti mereka itu," katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyifatkan 40 ulama yang menyertai UMNO baru-baru ini sebagai 'ulama sekular' yang tidak berpegang kepada ajaran Islam sebenar.

"Mereka terdiri daripada orang profesional yang berilmu dari pelbagai bidang, jadi mereka sebenarnya tahu apa yang mereka lakukan dengan memilih UMNO sebagai landasan untuk menegakkan agama," kata Abdullah, yang juga Anggota Parlimen Besut. ---- Bernama

Lebihan wang.... kayanya negara kita

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini mengesahkan bahawa kerajaan menyediakan pertambahan peruntukan RM500,000 untuk kawasan pilihan raya, tetapi menafikan ia menandakan akan berlaku pilihan raya mengejut.

Ketika ditemui wartawan di Parlimen, beliau berkata, pertambahan peruntukan itu diberikan kerana kerajaan mempunyai lebihan dana.

"Ini kerana kita ada lebihan wang, jadi kita berilah peruntukan," katanya.Berikutan terdapat 222 kawasan parlimen, maka peruntukan tambahan tersebut berjumlah RM111 juta.

Diharap ada satu kawalan yang ketat kepada penggunaan wang tersebut supaya tidak ada dikalangan para kroni yang berpesta menghabiskan wang tersebut dengan hanya sebilangan kecil sahaja dari peruntukan itu diberikan kepada rakyat.

Rakyat kena lakukan Self Audit kepada para penguasa yang diamanahkan untuk membelanjakan wang tersebut. Sekiranya berlaku penyelewangan dan tidak setimpal dengan kebajikan yang diterima, maka rakyat serta pengundi mesti menjatuhkan sang penguasa tersebut termasuk kerajaan yang dinaunginya.

Selain itu rakyat juga ada hak untuk bertanya, bahawa jika kerajaan punya terlalu banyak lebihan dana mengapa perlu pelbagai cukai dikenakan kepada pelbagai barangan keperluan yang diperlukan oleh rakyat?

Kadang-kadang kita boleh pening dengan kenyataan Nazri ini. Bila nak bagi wang pada para kroni dikatakan negara kaya dan banyak lebihan dana, tapi bila nak kenakan cukai atau kenaikkan cukai kepada rakyat marhean para menteri boleh kata negara boleh bankrap jika terlalu banyak subsidi diberi kepada rakyat jelata.

Bagi yang memahami dasar UBN, kenyataan ini tidaklah mengejud dan menghairankan kerana dari dulu, kini dan selamanya pak menteri masih tebal dalam pengamatan mereka bahawa rakyat mudah diporbodohkan, yang pandai cuma mereka.

01 July 2010

Terkini 7.30pm dari SPRM Putrajaya: Tiada sebarang pertuduhan terhadap Shuhaimi.

Tepat jam 7.30 petang tadi, menjelang solat maghrib ADUN Sri Muda Shuhaimi telah selesai di soal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau memasuki pejabat SPRM bermula jam 3.00 petang tadi.

Untuk maklumat semua, kedua-dua YB Shuhaimi dan YB Ameruddin Shaari dipanggil sebagai saksi dan bukan suspek dalam kes belum diketahui lagi dan tiada sebarang pertuduhan dibuat terhadap mereka oleh SPRM. 

Ramai pemimpin/penyokong Pakatan Rakyat hadir termasuk YDP Kawasan Kota Raja untuk memberi sokongan moral kepada Shuhaimi.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini