04 September 2010

Bagaimana kontraktor cina nak buat masjid kalau tak boleh masuk?


Negara jadi kecoh seminggu dua ini, bilamana ada seorang dua YB dari DAP masuk ke dalam ruang solat masjid dan surau di Selangor; seolah-olah itulah tragedi hitam dalam sejarah masjid di Malaysia. Macamlah perkara ni baru kali pertama berlaku, sedangkan semua orang tahu dah bertahun pimpinan MCA dan Gerakan yang bukan Islam memasuki masjid, tak jadi kecoh pun. Bahkan ada di kalangan mereka masuk untuk kempen dalam PRU pun sebelum ni..

Cuma sepatah kata kawan saya: “Cina MCA atau Gerakan tu tak apa, sebab dia orang dah tak berapa Cina, bukan macam DAP, itu ‘piau’ Cina punya”. Saya tak tahu mana yang ori mana yang dah celup, tapi bila tengok dua-dua tu Cina belaka. Isu sebenarnya bukanlah kerana dia Cina, tapi dia tu Cina yang duduk di Selangor dan P.Pinang. Kalau Cina Johor ke, Pahang ke, rasanya taklah kecoh sangat.
Lebih malang ada yang keluar ‘fatwa’ melarang Cina kafir masuk ke masjid, takut ianya mencemar nama baik masjid. Tapi bila bagi projek buat masjid, berapa ramai kontraktor Cina diambil untuk buat masjid? Bukan apa, kata tokei Cina itu: “Ini kita buat itu rumah Allah ho, jangan tipu-tipu, mesti baik punya, nanti ada ‘ong’ punya!”.

Dia pun tahu buat masjid tak boleh tipu, kena buat betul-betul, tapi bila bagi kepada kontraktor Melayu (sebut UMNO) buat masjid, lihatlah berapa banyak masjid yang terbengkalai, mengaut untung ‘atas angin’ bilamana tender dijual kepada kontraktor Cina. Bahkan yang memasang karpet masjid tu pun berapa banyak kontraktor Cina yang buat? Masa tu masuk masjid tak apa, sebab belum dirasmikan lagi. Yang dah rasmi pun kalau nak baiki ‘mic’ bagi power punya, berapa ramai Cina yang dapat projek? Ini tak apa pulak. Sebabnya hanyalah yang dapat tu Cina MCA, tak apa. Jangan Cina DAP je…

Nasib mereka ni macam ‘bulldózer’, yang diguna untuk tolak tanah, ratakan tanah nak buat lebuhraya, tapi bila dah siap, dia tak dibenarkan lalu atas lebuhraya tu. Kalau nak jalan jugak, dia kena naik lori. Jadi kalau DAP nak masuk masjid jugak, dia kena ‘naik’ atas BN rasanya baru ok……kalau dah jadi begitu, hari ni juga dia dah boleh masuk masjid.

03 September 2010

DAP & UmNo terus Agresif

DAP Selangor akan menghantar pasukan sukarelawannya di seluruh negeri bagi memastikan setiap individu yang mencapai umur 21 tahun didaftarkan sebagai pengundi.

Setiausaha Negerinya, Lau Weng San berkata, langkah itu penting sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Katanya, strategi berkenaan berjaya menarik ramai pemilih baru terutamanya pengundi muda di kawasan yang tidak mempunyai cawangan DAP.

“Selain menghantar sukarelawan ke kawasan yang tidak mempunyai cawangan DAP, kita juga telah membuka kaunter pendaftaran di kawasan tumpuan seperti pasar malam dan sebagainya.

“Usaha menarik dan mendaftar pemilih baru ini sebenarnya dijalankan secara berterusan, ia dilakukan sejak sebelum pilihan raya umum yang lalu lagi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Weng San berkata, pada masa sama pihaknya mengakui masih ramai pengundi muda di negeri ini yang belum mendaftar sebagai pemilih baru.

Justeru katanya, pihaknya akan melipat gandakan usaha bagi menarik golongan terbabit sebagai ahli DAP.

“Kita dapati kesedaran mendaftar sebagai pemilih masih kurang di kalangan orang muda di negeri ini.

“Justeru, kita akan menggunakan peluang yang ada untuk menarik dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih baru,” katanya.

Terdahulu, berdasarkan perangkaan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelmarin, DAP mendaftar seramai 9,106 pengundi sepanjang Julai lalu manakala UMNO pula 7,230 orang.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya telah menubuhkan sebuah sekretariat khusus bagi menarik pemilih baru.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, sekretariat berkenaan bekerja sepenuh masa bagi meningkatkan bilangan orang Melayu yang mendaftar sebagai ahli UMNO.


“Untuk menarik lebih ramai pemilih baru, kita telah tubuhkan sebuah sekretariat bagi mendaftarkan individu berumur 21 tahun sebagai pengundi.


“Mereka yang menganggotai sekretariat ini akan bekerja sepenuh masa bagi membantu meningkatkan bilangan orang Melayu mendaftar sebagai pengundi kita,” katanya

01 September 2010

Daftar Pemilih : Ada yang tak kena dengan SPR, PAS & PKR

Tidak pasti apa yang telah berlaku, tetapi cukup kecewa dengan prestasi PAS dan PKR berdasarkan lapuran oleh  Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said ini.

Apa sudah jadi? Mengapa turun begitu mendadak berbanding bulan Jun. Tiada mala petaka yang besar atau ribut taufan yang melanda negara sehingga menyebabkan pemimpin dan petugas parti tidak boleh turun padang melaksanakan tugas sepenting ini. Tapi inilah hakikatnya. Ada yang kena ni. Sekretariat Pakatan rakyat kena duduk bincang balik dan berguru dengan DAP cara perlaksanaan yang berkesan. Apa yang susah sangat pendaftaran tertinggi dibuat oleh DAP (rakan kita) bukan nya UmNo (musuh kita). Tentu mereka ada formula terbaik yang patut kita contohi.

Nak tanya pula pada Datuk Zainal Abidin, jumlah yang diberi ini adalah jumlah pendaftaran yang dibuat oleh PPS Parti politik, mana pula jumlah yang dibuat oleh SPR? Tak kan kerja SPR  tunggu di pejabat dan terima borang 'A' dari PPS dan key-in dalam system sahaja. Bagi tahulah apa nak sorok-sorok atau SPR memang tak buat kerja hingga malu nak hebahkan jumlah pendaftaran yang dibuat.

Jika ini keadaannya dan SPR hanya mengharap kepada PPS untuk buat kerja, kami cadangkan (jangan pulak melenting) kecilkan petugas operasi untuk menjimatkan perbelanjaan dan duit tersebut boleh digunakan untuk memberi insentif kepada PPS dari sekarang RM1.00 satu borang pendaftaran baru kepada RM5.00 atau RM7.00. Jika ini dapat dilaksanakan sudah tentu setiap PPS akan berusaha lebih keras lagi. Ini lebih baik daripada membazirkan ribuan ringgit kepada pegawai SPR yang tidak kreatif untuk menjalankan tugas mereka dan membazirkan duit rakyat.... UPP Kota Raja

harakahdaily - DAP dan Umno terus mendahului PAS dalam mendaftar pemilih baru apabila masing-masing mendaftar  9,106 dan 7,230 bulan Julai lalu berbanding dengan PAS hanya PAS (3,961) manakala PKR (1,749).

Kedudukan ini menjadikan DAP dan Umno  masing-masing mendaftar 38 dan 30 peratus dari jumlah keseluruhan pemilih baru yang didaftarkan Julai lalu. Jumlah yang didaftarkan oleh penolong pendaftar dari parti-parti politik Julai lalu adalah seramai 23,911 pengundi

Menurut The Malaysian Insider, jumlah itu tidak sampai separuh daripada 48,655 orang yang didaftarkan pada bulan Jun.

Pada Jun, DAP mendaftarkan 20,862 orang ataupun 42.8 peratus manakala Umno pula 10,675 orang iaitu 21.5 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said mengakui ada penurunan prestasi parti politik mendaftar pengundi baru pada Julai lalu.

“Sebab, faktor penurunan kami tidak dapat pastikan. Tetapi DAP masih di depan,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata, dari segi peratusan pendaftaran pengundi baru Umno nampaknya ‘semakin agresif’ pada bulan Julai berbanding bulan Jun.

“Pada Jun, peratusan pengundi baru yang didaftarkan oleh penolong pendaftar DAP adalah sebanyak 42 peratus berbanding 21 peratus di pihak penolong pendaftar dari Umno. Pada bulan Julai, DAP merekodkan 38 peratus manakala Umno pula 30 peratus,” katanya lagi.

Penolong pendaftar dibayar RM1 bagi setiap permohonan baru dikemukakan kepada SPR.

Terdapat 2,378 penolong pendaftar yang dilantik mewakili parti-parti politik di seluruh negara.

Sepanjang Julai lalu PAS menghimpunkan 3,961 pengundi baru berbanding 12,228 pengundi baru sebulan sebelum itu.

Mengikut pecahan yang dikeluarkan SPR, pada Julai lalu, Umno mendaftar 7,230 pengundi baru, MCA (455), MIC (18), Gerakan (83), DAP (9,106), PAS (3,961), PKR (1,749), PPP (98), PBS (225), SAPP (20), LDP (68), PBB (303), SUPP (490), SPDP (93), dan PRS (12). Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, DAP telah mendaftarkan 55,321 pengundi berbanding Umno 54,872.

MCA pula mendaftarkan 2,917 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu, MIC (1,109), Gerakan (476), PAS (36,618), PKR (13,098), PPP (empat), PBS (686), SAPP (218), Upko (241), LDP (37), PBB (649), SUPP (972), SPDP (435), PRS (191) dan SNAP (enam).

Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata, SPR telah mewartakan daftar pemilih tambahan suku kedua 2010 membabitkan pemilih yang terdiri daripada seramai 164,812 permohonan pemilih baru dan 27,149 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Pada masa yang sama kata beliau, SPR telah mengeluarkan sebanyak 58,303 nama daripada rekod pemilih berdaftar atau sebab-sebab seperti meninggal dunia dan dilucut hak warganegara.

Daftar pemilih suku kedua itu telah diwartakan hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, dengan pengesahan daftar tambahan suku kedua ini negara mempunyai seramai 11,381,193 pemilih yang sah berbanding 11,247,225 sebelum ini.

Daripada seramai 11.4 juta itu, 4,344,101 orang merupakan pengundi berusia 40 tahun dan ke bawah manakala 7,037,092 lagi berusia 41 tahun dan ke atas.

“Dengan proses ini, SPR telah dapat mengurangkan bilangan mereka yang mendaftar daripada 4.3 juta kepada 4.2 juta,” katanya.

Secara perbandingan kata beliau, SPR menerima 191,970 permohonan baru sepanjang suku kedua 2010 melibatkan April dan Jun lalu berbanding 157,327 pada suku pertama.

“Secara purata kami menerima 170,000 permohonan bagi setiap suku tahun ini setakat ini berbanding 85,000 permohonan setiap suku sepanjang tahun lalu.

“Pada tahun pilihan raya umum 2008 (yang berlangsung bulan Mac), SPR hanya menerima secara purata 50,000 berbanding purata 300,000 setiap suku pada tahun 2007,” katanya.

Oleh itu beliau menjangkakan purata permohonan baru yang diterima akan meningkat selepas ini mengambil kira pilihan raya umum dan negeri Sarawak.

Manusia lupa daratan

Mat Kopiah ni memang jenis tidak mengenang jasa pengundi-pengundi yang memenangkannya dalam  PRU 12  yang lalu.  Dialah diantara beberapa  kawannya yang paling takut jika Piliharaya Umum ke 13 dijalankan seawal tahun depan.

Mat Kopiah ni sudah mencongak bahawa peluang beliau untuk jadi YB jika bertanding ditempat yang sama atau bertanding dimana-mana bahagian pun pasti ditolak oleh orang Melayu (Islam) atau orang Cina, India dan lain (Kafir). Jadi berbaki peluang yang ada inilah beliau akan bercakaplah dengan penuh kesombongannya.

Pada PRU12 di Parlimen Kulim Bandar Baru, mengikut statistik pecahan kaum ialah Melayu (Islam) 69.4%, Cina + India + lain-lain (Kafir) 30.6%.

Menulis dalam blognya beliau yang memuji pandangan ulama muda masuk Umno Fathul Bari Mat Jahaya;

"Agak ironis seorang ilmuan saperti Ustadz Fathul Bari tidak dibenarkan memasuki surau dan masjid untuk bertazkirah, tetapi kafir harbi yang menentang Islam bukan sahaja boleh masuk tempat utama solat, malah dibenar bertazkirah sambil memijak tempat sujud umat Islam yang tanpa segan malu menhulur tangan menagih angpau dan bantuan dari tangan kafir harbi ini." Baca semua di sini.

Di Malaysia ni agak-agak orang bukan Islam ni kategori kafir zimmi atau kafir harbi? Tak pa lah tapi dalam pru yang lalu Zul Noordin menang di Kulim Bandar Baharu agak-agak undi kafir zimmi atau kafir harbi?

Adakah semua undi Melayu yang menangkan Zul?Kalau bukan tentu kafir harbi yang bagi 'angpow' kepada Zul untuk menang di parlimen Kulim Bandar Baharu.

Nak tanya jugak antara orang kafir harbi dan orang munafik mana lagi teruk?

Baca juga kerja fitnah Umno di sini.

UMNO JUARA FITNAH

(Harakahdaily) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan.
Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.“DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat. Katanya, gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam. “Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno,” katanya. Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau di mana ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.

Dua hari lepas, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga mantan Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.
....Dah memang tu Kerja puak-puak UMNO. Mereka memang tidak boleh hidup tanpa Rasuah, Fitnah dan sebagainya. Segala perangai Keji tu memang lah perangai UMNO. 

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini