07 December 2010

Persidangan IT

Pagi tadi bertempat di Dewan Dato Fadhil Nor, Pejabat PAS Kawasan berlangsung Persidangan IT untuk menggerakkan Jentera bagi menguling Kerajaan Kuku Besi Barisan Nasional.

Persidangan kali ini di Kawal Selia oleh Coodinator Kehormat PAS Sdr Abdullah Atan.

Selepas ini bermula dengan para Ansorullah Kota Raja mesti menggerakkan bidang yang dipelajari bagi menyerang UBN dari setiap penjuru depan, kiri, kanan, belakang, atas dan bawah.


06 December 2010

PRK di DUN N03?

Berita terdahulu

"Saya akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Selangor berkuatkuasa serta merta"... tulis Khir Toyo dalam blognya hari ini ...  baca kat sini

Allahuakbar.... buruk benar kalau orang tua merajuk, ish  ini bukan klimik kepada penghujung cerita Khir Toyo .... ada yang meramalkan ini cuma wayang kulit BN

Dr Khir Toyo ni kalau mengikut kata penyokong kuatnya memang merupakan seorang anak jantan yang berani dan hebat. "Sehebat Allahyarham Dato Harun dizaman kegemilangannya" kata mereka

Untuk membuktikan kehebatan beliau dan tidak memalukan Jawa Selangor kita mencadangkan bukan sahaja Doktor Gigi ini melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang di DUN Selangor dengan serta merta sahaja tetapi mesti juga menghantar  bersama surat perletakkan jawatan sebagai ADUN N03 Sungai Panjang kepada Speaker Dewan.

Kalau ini dilakukan barulah pemimpin ini mencontohi pemimpin dunia lain yang bila terpalit taik dibadan mereka segera melepaskan jawatan. 




Ada berani kah DSKT?

Dia dah merajuk dah ...

Saya akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Selangor berkuatkuasa serta merta... tulis Khir Toyo dalam blognya hari ini ...  baca kat sini

Allahuakbar.... buruk benar kalau orang tua merajuk, ish  ini bukan klimik kepada penghujung cerita Khir Toyo .... ada yang meramalkan ini cuma wayang kulit BN

S'gor dapat lampu hijau bincang dengan SYABAS

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah memberi lampu hijau kepada kerajaan Selangor untuk meneruskan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

NONEMenurut setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin (kiri), lampu hijau itu yang diterima lewat minggu lalu, mungkin ada kaitan dengan penemuan bahawa Selangor memiliki aset bernilai kira-kira RM10.9 bilion yang kini digunakan oleh SYABAS secara percuma.

Aset-aset itu, yang termasuk paip, jentera dan loji penapisan air, katanya, sebelum ini milik Jabatan Bekalan Air, dan pemilikannya tidak pernah dipindahkan kepada syarikat konsesi air itu.

Perkara itu disedari selepas kerajaan Selangor menjalankan semakan aset, yang membabitkan kos RM700,000 dan dilakukan dengan menggunakan khidmat juruaudit bebas.

Ekoran penemuan itu, kata Faekah, kerajaan Selangor kini boleh menawarkan "tidak kurang daripada dua pilihan" kepada SYABAS - kedua-duanya, menurutnya, akan menguntungkan rakyat Selangor.

Katanya, mereka boleh sama ada menerima tawaran RM5.7 bilion, atau menyewa atau membeli aset kerajaan negeri bernilai RM10.9 bilion dan terus menguruskan bekalan air di Selangor, tetapi dengan syarat.

azlan"(SYABAS) menjalankan perniagaan, kami faham mereka perlu dapat keuntungan, tetapi ia harus terhad dan syarat kenaikan tarif hendaklah dipenuhi.

"Jika (SYABAS) memilih untuk membeli atau menyewa aset, contohnya RM30 juta sebulan, maka ia akan menyelesaikan kos kami untuk meneruskan program bekalan air percuma," katanya.

Faekah berkata, penduduk Kuala Lumpur juga akan mendapat manfaat daripada kawalan kenaikan tarif, walaupun mereka mungkin tidak menerima bekalan 20 meter padu percuma dari kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, ianya terpulang kepada SYABAS untuk menerima atau menolak tawaran Selangor itu, yang akan terus mengenakan tekanan terhadap syarikat konsesi berkenaan.

Semalam, 48 orang ditangkap selepas kira-kira 7,000 bersama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco kerajaan negeri berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif air kepada Yang di-Pertuan Agong.

Respon PM selepas Demo semalam

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan penstrukturan semula industri air Selangor sebagai satu isu serius kerana ia membabitkan kepentingan rakyat secara keseluruhannya.
 
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak terlibat mengetepikan soal politik supaya keutamaan dapat diberikan kepada masalah rakyat.

Menurutnya, dalam apa keadaan sekalipun isu yang melibatkan masalah rakyat perlu melebihi daripada segala-galanya.

''Dalam masalah air ini kerajaan negeri berada pada kedudukan yang berbeza, namun begitu kita akui ia merupakan satu isu serius dan seharusnya pihak terbabit mengetepikan soal parti politik," katanya selepas menghadiri Konvensyen Barisan Nasional (BN) 2010 di Wisma MCA di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu penstrukturan semula air di Selangor.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan memorandum mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor kepada Istana Negara bagi memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung isu itu
.
Memorandum itu diserahkan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman kira-kira pukul 2.15 petang.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini