10 October 2011

SMS Hu Pang Chow

Baru terima sms sebentar tadi dari Mr Hu Pang Chow, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, DHPP berkaitan lapuran Surat Khabar Sinar Harian.

"Saya Hu Pang Chow (Ketua DHPP Pusat) menafikan dengan sekeras-kerasnya mengatakan DHPP enggan sokong parti (PAS) jika hudud dilaksanakan dan ancam tinggalkan PAS yang disiarkan dalam Sinar Harian hari ini. Sebagai salah seorang pengasas Kelab yang kini jadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian, umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit didapur."

Nah kau Sinar Hairan - mana pulak kau dapat berita tak benar ni - jawab jangan tak jawab

09 October 2011

Najib ulas BN kalah teruk di WP sempena lawatan hari ini

Yang disiarkan dalam berita TV3 sebentar tadi dan baca di sini.

1. Gendang sudah di palu, gema Pilihanraya semakin hampir dan Najib mahu anggota Parti tidak memberi masaalah kepada BN.

2. Kesiapsiagaan bertambah mantap dengan mengelak rasa tidak puas hati sesama ahli parti sendiri.

3. Jangan cipta masaalah, jangan buat masaalah - kerana asaa kekuatan ialah anggota kita.

Najib Ingatkan Anggota BN Elak Percakaran Sesama Sendiri

4. Antara sebab kalah ialah sabotaj calun yang dibuat oleh ahli parti yang dibuat secara terbuka dan halus.

5. WP ibu kota kita - Najib anggap parti BN parti sokongan orang kampung kerana urban dan sub urban tidak sokong BN.

6. Dengan bangga Najib berkata "saya pergi makan sarapan pagi tepi jalan dgn isteri dan anak, pandu kereta sendiri. Berebut orang ambil gambar dengan saya, semua kata terima kasih ini budget terbaik. Penerimaan rakyat terhadap budget amat positif"

Ulasan : maknanya masih terlalu banyak dan bertimbun masaalah dalam BN yang perlu diperbaiki, menunjukkan harapan PR masih cerah untuk memimpin kemenangan di WP dalam pru 13 nanti - walahuaklam

7. Pesan Najib, kita ramaikan kawan, kita kurang kan musuh kita, kita jangan sombong pada rakyat, 7 hari seminggu bekerja untuk parti, bila pihanraya oooooooi akan tiba sehari dua ini.

Budget oh Budget

Bajet 2012 kali ini seolah-olah menggambarkan apa yang sebenarnya terkandung dalam pemikiran perdana menteri kita sepertimana dialog dalam filem P Ramlee yang masyhur, “budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak ”.

Justeru, mahasiswa sekali lagi kecewa dengan pembentangan bajet kali ini yang juga seolah-olah tidak langsung memikirkan soal pembinaan generasi akan datang.

Boleh jadi kerajaan sekarang beranggapan mahasiswa tidak boleh terlalu selesa, nanti mereka malas belajar.

Cadangan peringkat kita mahasiswa sebelum ini antaranya seperti pemberian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut zon berdasarkan kenaikan kos sara hidup mutakhir ini, namun ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

Belum lagi kita cadang supaya PTPTN diubah menjadi biasiswa! Lahirlah pelacur daripada kalangan mahasiswi yang rata-rata tidak sanggup untuk berhadapan dengan krisis kewangan walaupun telah menuntut ke menara gading.


Boleh jadi ianya bukan menara gading lagi, tapi menara taring yang misinya membunuh masa depan mahasiswa dan belia remaja! Banyak lagi berita-berita di dada akhbar yang mengejutkan kita, ada yang jadi keldai dadah kerana bayarannya sangat lumayan dan tidak kurang ada yang sanggup menjadi pencuri kecil-kecilan di kampus!

Mana tidaknya, sebaik sahaja mahasiswa keluar bergraduasi mereka sudah punyai belenggu hutang kiri dan kanan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Mahasiswa juga dikenali sebagai OKU iaitu "orang kuat utang"!

Pendirian di peringkat mahasiswa adalah untuk pihak kerajaan mempertimbangkan soal yuran pengajian di universiti. Sebagai contoh mudah, yuran internet dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) sehingga mencecah RM100 untuk satu semester.

Dalam masa sama juga dikenakan yuran perpustakaan RM100. Tidak kurang lagi bas universiti pun dikenakan kos perkhidmatan. Bas kilang pun percuma,ini pula bas universiti!

Boleh jadi ia jumlah yang tidak besar di mata para menteri dan mereka yang menaiki kereta import yang mewah, namun ia adalah beban di peringkat kami mahasiswa!

Ada yang ikat perut dek kerana kos sara hidup benar-benar menjerut kehidupan mahasiswa terutama mereka yang berada di lokaliti Lembah Klang.

Kenapa tidak kerajaan memperuntukkan sejumlah bajet bagi menampung kos kemudahan internet dan ICT di institut pengajian tinggi ini? Bukankah kerajaan sebelum ini beria-ria sangat mahu memperkenalkan emel percuma kepada seluruh rakyat Malaysia?

Mana mahu guna e-mel tanpa internet! Nah, itulah persoalannya. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula. Malang sungguh mahasiswa di Malaysia!

Bukan tidak bersyukur dengan kerajaan yang memberikan baucer RM200 untuk pembelian buku melalui syarikat kroni ini, tetapi tidak lagi percaya. Jom ubah kerajaan sekarang!

Muhammad Safwan Anwang @ Talib
Penulis adalah Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

08 October 2011

Isyarat semakin jelas


Mungkin perdana menteri tidak mahu berkongsi tarikh pilihan raya umum akan datang, tetapi berdasarkan kepada lawatannya ke Selangor hari ini, dapat dibayangkan bahawa ianya tidak lama lagi.

Memulakan lawatannya di Ijok pagi tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang untuk membuktikan kepada rakyat Selangor bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan Pakatan Rakyat 'angkat bungkus'.


Berucap kepada penyokong BN dan rakyat di Gombak - destinasi terakhir lawatannya hari ini - Najib berkata Ijok dipilih sebagai permulaan lawatannya kerana ia kini diwakili Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Najib memberitahu hadirin yang kebanyakannya warga emas, bahawa ke mana-mana sahaja beliau pergi hari ini, beliau disambut dengan berjabat salam, dan ada yang "tidak mahu untuk melepaskannya".


Sebelum itu, beliau tiba dari Rawang dengan menaiki bas, dengan diiringi sekumpulan penunggang motosikal. 


Gombak Setia, di mana perdana menteri dijamu dengan nasi lemak di Sekinchan Ikan Bakar, merupakan kerusi DUN Dato Hassan Ali, manakala Gombak pula merupakan kawasan Parlimen yang diwakili timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

07 October 2011

Mmmm Sedap tido sambil bersidang. Dapat gaji lagi

Sementelah orang sibuk berbincang hal negara, si PERKASA yang tidak perkasa ni boleh lena diulit mimpi.

Sebab tu kot senyap jer sidang parlimen. Kalau tak pasti kecoh.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini