17 October 2011

JOM hadir : YAB Dato Seri Nizar + Ng Swee Lim dll di Stadium Kota Raja

PAS Kawasan Kota Raja selaku penganjur menjemput orang ramai untuk hadir ke Majlis Penerangan dan Ceramah oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh    :  Selasa 18hb Oktorber 2011
Masa     :  9.00 malam
Tempat  :  Stadium Kota Raja, Klang.

Penceramah

YAB Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
YB Ng Swee Lim
YB Dr Siti Mariah Mahmud
YB Dr Xavier Jayakumar
dan Pimpinan PAS Kota Raja

16 October 2011

Umno Pulau Pinang hanyalah kuda tunggangan Gerakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Nampaknya Umno Pulau Pinang yang berkokok saban hari semenjak Negeri itu tumbang ke Pakatan Rakyat hanya sekadar menjadi "Kuda Tunggangan Gerakan" - bahasa yang begitu sinonim dengan Umno dan Barisan Nasional.

Umno Pulau Pinang ibarat melukut ditepi gantang, sekuat mana pun kamu berkokok, tuan kamu tidak pernah memperdulikan kamu - dan kamu hanya layak menjadi budak suruhan dan hamba abdi kepada Najib, Umno Pusat dan seterus menjadi kan kamu 'kuda tunggangan parti Gerakan'

Tahniah Umno Pulau Pinang  :  baca lagi di sini

15 October 2011

Bersih dulu sebelum umum PRU13

Dalam keghairahan DS Najib untuk membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihanraya umum ke 13, kita berharap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya,Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof dapat menasihat PM1 Malaysia ini supaya menangguh dulu hajatnya kerana Daftar Pemilih yang bakal digunakan dalam PRU nanti belum Bersih sepenuhnya.

SPR mesti amanah, jujur, telus dan bertanggung jawab memastikan tanggung jawab yang dipikul dijalankan secara adil supaya tidak dibenci rakyat dan dilaknat Allah SWT.


Pendedahan wujud 40,000 pemilih 'diragui' yang mahu dipamer oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kepada umum menimbulkan persoalan apa sudah jadi dengan Agency Link-Up System (ALIS).

ALIS iaitu satu sistem yang menghubungkan pengkalan data SPR dengan pengkalan data warganegara di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ianya digunakan bagi mengenalpasti individu yang mendaftar sebagai pemilih adalah sah sebagai warga negara.

"Sebelum ini SPR begitu berbangga kerana mempunyai sistem yang dihubungkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikenali sebagai ALIS (Agency Link-Up System).

"Sudah pastilah JPN mempunyai pengkalan data yang paling canggih dalam negara kita. Tapi apa sudah jadi dengan sistem ini," soal Exco Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.

Beliau yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi dewan itu turut mempersoal adakah JPN tidak memiliki identiti semua warga negara Malaysia sehingga perlu dipaparkan kesemua 40 ribu pemilih yang meragukan kepada media.

Sepatutnya dengan sistem ALIS itu katanya, SPR dan JPN sudah mampu membezakan antara pengundi asli dan pengundi palsu.

"Mengapa baru sekarang SPR menyedari pemilih yang meragukan. Apakah sebelum ini SPR tidak menyedarinya?

"Kalau tidak menyedarinya bagaimana status pilihan raya ke-12 yang penuh dengan daftar pemilih yang tercemar," soalnya lagi.

Selain itu beliau turut mempersoal apakah SPR sudah tidak yakin dengan JPN kerana kelemahan sistem pengkalan datanya sehingga terpaksa dipamer kepada umum.

Ke mana hilang 10,000 lagi nama

Sementara itu, beliau mahu SPR menjelaskan ke mana hilangnya sejumlah 10,000 lagi nama yang sebelum ini didakwa sedang di siasat oleh mereka.

"Dalam kenyataan media yang terbaharu Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof telah mendedahkan bahawa terdapat 40 ribu pengundi yang diragukan.

"Sedangkan sebelum ini kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR bahawa terdapat 50 ribu pemilih yang sedang disiasat. Saya tidak tidak pasti bagaimana 10 ribu pemilih hilang secara tiba-tiba," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Pun begitu, beliau turut mengucap syabas kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya,Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof kerana akhirnya akur bahawa daftar pemilih SPR perlu dibersihkan.

Beliau juga mahu usaha Pemuda PAS membongkar segala kelemahan dalam sistem pilihan raya tidak lagi diperlekeh SPR.

12 October 2011

Saranan YB Jahil


Kerajaan disaran meningkatkan pendapatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebanyak RM30 juta setahun menggunakan kutipan cukai rokok dan arak bagi meningkatkan mutu bola sepak Malaysia agar setanding dengan negara maju.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim berkata, kerajaan perlu memandang serius isu bola sepak jika ingin memperbaiki mutu permainan kerana ia membabitkan soal kewangan.
"Sukan bola sepak pada hari ini memerlukan dana kewangan yang kukuh. Kita tidak boleh lari daripada elemen itu.
Sehubungan itu, Zahrain yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) berharap agar kerajaan mempertimbangkan saranan tersebut selepas penajaan dan pengiklanan rokok serta arak sebelum ini diharamkan

11 October 2011

Perbicaraan Awam SPR : Lebih 95% bantahan PAS Kota Raja menang

Hari ini selesai lah Perbicaraan Awan SPR untuk 260 bantahan yang dibuat oleh Kota Raja. Kita menang 248 dan hanya kalah 4 bantahan sementara 8 bantahan masih dalam siasatan.

Hari ini YB Dr Siti Mariah membuat 10 bantahan jam 12.30 tengahari, manakala YB Shuhaimi hadir kira-kira jam 11.00 pagi untuk membuat 10 bantahan.

Semua petugas PAS Kota Raja amat berbangga dengan pimpinan tertinggi PAS Kota Raja serta PKR Kota Raja yang hadir dikedua-dua hari semasa perbicaraan ini dijalankan. Semalam pun YB Dr Xavier turut hadir memberi sokongan kepada pembantah.

Diakhir perbicaraan Pengarah SPR Selangor Tn Hj Zulkifli sempat bergambar dengan Pengarah JPrN Selangor merangkap YDP PAS Kota Raja serta pembantah dari Kota Raja.

MESRA : Pengarah SPR Selangor bergambar bersama Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Selangor JPrN, En Jaafar Samsudin bersama sebahagian pembantah dari Kota Raja
Serious : YB Shuhaimi mendengar taklimat bantahan yang disampaikan oleh Pengrah JPrD Sri Muda Tn Hj Hakim Kari sambil dioerhatikan oleh Sdr Azmi jusoh dan Tn Hj Bahaudin Alias (MBA)

 Isyarat bagus : YB Shuhaimi menang dalam perbicaraan siasatan awam SPR hari ini.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini