08 February 2013

PRU13. ..BN guna taktik lapuk dan ketinggalan zaman

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) yang sering menakut-nakutkan pengundi dengan pelbagai ugutan supaya rakyat terus menyokong mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah taktik lapuk.

Menurutnya, ugutan dan fitnah terus disebarkan di mana mereka mendakwa, jika berlaku perubahan dalam pimpinan Kerajaan Pusat, negara huru-hara, berlaku kegawatan ekonomi dan sebagainya.

“Taktik ini digunakan setiap kali menjelang PRU untuk menakutkan pengundi. Adakah masuk akal jika berlaku peralihan kuasa di peringkat Kerajaan Persekutuan, negara akan berlaku huru-hara? 

“Jika berlaku huru-hara, itu angkara siapa? Wajarkah apabila Pakatan Rakyat (PR) memerintah, penyokong adakan huru-hara dan sebagainya?

“Mungkin yang akan melakukan huru- hara itu tentunya penyokong Umno dan BN yang tidak dapat menerima kekalahan mereka,” katanya dalam sesi ceramah di Blok O, Sawah Sempadan bersama pelakon Hairi Othman.

Mahfuz berkata, rakyat dinasihatkan supaya menolak fahaman karut yang dibuat Umno dan BN yang dilihat semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa mereka dalam PRU akan datang.

“Rakyat perlu beri sokongan kepada calon Pas yang bakal bertanding. Rakyat berpeluang menikmati pemberian 20 meter padu air secara percuma, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), hadiah anak masuk Universiti dan sebagainya.

“Jika rakyat Selangor tidak buat perubahan dan beri sokongan kepada PR dalam PRU12 lalu, adakah mereka berpeluang menikmati semua ini?" katanya.

05 February 2013

Habis BN kali ini

Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan memperoleh 145 kerusi Parlimen berbanding hanya 77 untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ramalan itu dibuat Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menyenaraikan kebarangkalian keputusan PRU13 di dalam Twitternya kelmarin.

Menurutnya, PR Selangor bakal memenangi kerusi Parlimen paling banyak iaitu 20 kerusi diikuti Perak dengan 18 kerusi.

Melalui senarai berkenaan, hampir kesemua negeri di Semenjung akan dikuasai oleh PR kecuali Johor, Perlis, Pahang, Melaka dan kerusi Parlimen Putrajaya kekal milik BN.

Bagi kawasan Malaysia Timur, Sarawak akan menjadi milik PR dengan jumlah kerusi dimenangi sebanyak 16 berbanding 15 milik BN manakala Sabah kekal diterajui BN dengan perbezaan satu kerusi daripada 25 kerusi yang dipertandingkan selain Labuan.

Terengganu pula menyaksikan PR dan BN mempunyai kekuatan seimbang selepas Nizar meramalkan PR dan BN masing-masing memperoleh empat kerusi daripada lapan kerusi yang dipertandingkan.

Dalam kenyataan di Twitternya, kelmarin, Mohammad Nizar menjelaskan kebarangkalian kemenangan itu dikaitkan dengan beberapa faktor seperti keangkuhan dan ketuannan Melayu yang dipercayai merujuk kepada Umno dan BN.

“Apabila kemarahan rakyat terhadapnya telah memuncak maka kejatuhannya tidak dapat dipertahankan lagi. Buatlah apa sekalipun,” katanya.

01 February 2013

Psywar TGHH menjadi. ..

Pas tidak boleh bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam perkongsian kuasa di negara ini kerana ia tidak tahu memerintah.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Umno tidak tahu membina sebuah negara yang berteraskan kepada agama Islam.

“Bukan kita tidak boleh bekerjasama dengan Umno, boleh bekerjasama. Tapi baik perintah negeri, Umno tidak tahu memerintah negeri. Tidak boleh kerjasama sebab mereka tidak tahu memerintah.

"Contoh di Kedah, Pakatan Rakyat (PR) di bawah Pas baru empat tahun perintah. Masalah air dan jalan atau masalah 50 tahun dulu sebelum kita perintah, dia (Umno) kata kita la punya kerja,” katanya di sini, kelmarin.

Beliau berkata, begitulah keadaan Melayu yang mudah lupa kerana menyalahkan PR menjadi punca masalah air walaupun ia baru memerintah empat tahun di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Che Det umpama cacing kepanasan

Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka.

Berucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri.

Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan. 

"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas.

"Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka.

"Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa.

"Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa," katanya.

Lepas Chap Goh Mei

Cadangan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei bulan depan adalah kerana pengundi di negeri itu kini sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.    

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau mengesyorkan cadangan tersebut selepas berpendapat rakyat Selangor di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat itu sudah bersedia.

"Saya tak nak rakyat tertunggu-tunggu bila pilihan raya diadakan... ini membazirkan tenaga dan menimbulkan banyak perbincangan berbentuk spekulasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Pengurusan Sosial Selangor atau e-GEMS (e-Generasi Idaman Selangor) di Shah Alam semalam.  

 Abdul Khalid berkata beliau berharap cadangan pembubaran DUN Selangor itu  akan menggerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengumumkan tarikh pilihan raya.    

Selain itu, katanya, cadangan tersebut supaya pilihan raya diadakan secepat mungkin kerana kerajaan negeri menghampiri tarikh tamat mandat pemerintahannya.

Di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perkara LXX (2), kerajaan negeri boleh terbubar dengan sendiri apabila mencecah lima tahun pada 22 April 2013 ini. DUN Selangor mula bersidang pada 22 April 2008.    

Bagaimanapun, di bawah Perkara 55(2) (b) Undang-undang Tubuh  Kerajaan Negeri, Sultan boleh menggunakan budi-bicaranya untuk menangguhkan perkenan permintaan daripada Menteri Besar dan Exconya untuk membubarkan DUN.     

Ditanya sama ada beliau telah memohon perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membubarkan DUN Selangor, Abdul Khalid berkata beliau sedang dalam proses untuk memohon perkenan baginda.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini