16 February 2013

Jom main teka teki

Maklumat dari. ...rahsia

Spr akan mewartakan daftar pemilih suku ke 4 2012 pd 22 Feb 2013, hampir pasti PRU 13 akan diadakan pd bulan march ini kerana digazetkan awal bagi membolehkan data suku ke 4 digunakan untuk PRU13.

Parlimen mungkin akan dibubarkan beberapa hari selepas 22 Feb 2013 selepas itu.

Kebiasaannya SPR akan membuat pendengaran awam terhadap bantahan serta tuntutan, tetapi kali ini terus digazetkan.

Utk makluman DPI PRU 12 telah digazetkan pd 18 Feb 2008......

Susahlah Malaysia ni. .. PRU pun kena main teka teki tarikhnya.

10 February 2013

Dengan bertanding 60 kerusi mana mungkin PAS tumbangkan Umno.....tapi

Majlis Syura Ulama Pas sedar parti itu tidak dapat menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika ia bergerak sendiri sebagai satu parti.

Setiausahanya, Nik Zawawi Nik Salleh berkata, sebelum memutuskan untuk bersama PKR dan DAP, Pas telah membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama yang memberi fokus kepada dua aspek iaitu politik dan dakwah Islamiah.

Menurutnya, hasil perbincangan tersebut, satu keputusan telah diambil iaitu untuk menggunakan pendekatan tahaluf siyasi (kerjasama) dengan parti politik lain sebagai langkah membentuk sebuah kerajaan yang bersih dan adil.

“Kita lawan (sebagai) satu parti, kita tidak mampu menjatuhkan Umno dan BN. Alhamdulillah, walaupun Pakatan Rakyat (PR) masih baru, tetapi ternyata boleh gugat BN bahkan berdasarkan kajian penganalisis politik juga mengatakan Kerajaan Pusat bertukar pada PRU13ini.

"Itu fokus Majlis Syura Ulama daripada sudut politik dan kami buat perbincangan dari A hingga Z. Daripada perbincangan, tercetusnya hukum sama ada boleh atau tidak, wajib atau tidak berasaskan kajian yang kita buat,” katanya.

Katanya, Pas menyedari perkara itu memandangkan BN mempunyai banyak parti komponen dan agak sukar untuk Pas menentang kekuatan itu secara bersendirian.

“Jika Pas tidak bergabung dengan parti lain dalam masyarakat majmuk, kemudian mahu lawan BN yang ada parti politik pelbagai, kita tidak akan mampu tumbangkan mereka.

"Sehingga akhir-akhir ini, kami mendapat lambaian daripada beberapa parti politik dari Sabah dan Sarawak untuk turut sama bergabung bagi menguatkan barisan,” katanya.

Selain fokus politik, katanya, Pas turun menekankan dakwah Islamiah bagi memperbetulkan persepsi masyarakat bukan Islam di negara ini terhadap Islam lantaran mereka sebelum ini ditakut-takutkan oleh orang Islam sendiri.

“Ini mendukacitakan kerana ia berlaku daripada golongan mereka ada ilmu agama yang mengatakan Islam tidak sesuai dengan masyarakat majmuk termasuk kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya negara Islam tidak boleh diwujud dalam masyarakat majmuk.

"Ia menyebabkan masyarakat bukan Islam jadi kabur sedangkan agama Islam diturun ALLAH untuk semua,” katanya.

09 February 2013

Kepala otak berkarat pemimpin umno

Kita juga tahu bahawa mereka (pembangkang) telah berbincang di Australia dan di Indonesia kononnya sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya, mereka nak mulakan Arab Spring.

Kalau kalah, maknanya rakyat dah beri mandat, terima sahaja, tetapi mereka akan salahkan kita (BN),"

Cakap tin kosong pemimpin umno tanpa bukti untuk memperbodohkan rakyat Malaysia.

Time to change

A New Year, A New Start, A New Begining...TIME TO CHANGE, BRING THE GOOD LIFE . I sincerely wish you a HAPPY Chinese New Year ...YB Dr Mariah MP Kota Raja.

08 February 2013

Umno cakap kosong

PAS Perlis menyindir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya cermin diri terlebih dahulu dengan melihat pergolakan dalaman Umno-BN di negeri itu terlebih dahulu yang didakwa "tidak berkesudahan" sebelum meramal BN mampu menang besar pada pilihan raya umum akan datang .

Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Perlis Mohd Anuar Tahir berkata rakyat di negeri itu sudah bosan dengan perebutan kuasa, pangkat dan kedudukan yang didakwanya di kalangan pemimpin Umno dianggapnya "tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda".

"Rasanya lebih baik Muhyidin balik jaga Putrajaya dulu sebelum sebut nak menang besar di Perlis. Di Putrajaya pun BN sudah begitu tergugat kedudukan mereka," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini. 

Mohd Anuar yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mengulas kenyataan Muhyiddin yang dilapor yakin BN mampu mencatat kemenangan besar di Perlis pada pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Menteri pelajaran itu dilapor berkata keyakinan menang semua kerusi DUN dan parlimen berdasarkan taklimat persiapan pilihan raya yang disampaikan BN Perlis kepadanya semalam dan turut menyatakan terdapat petanda sokongan rakyat yang meningkat terhadap kerajaan.

Pada pilihan raya umum 2008, BN menang semua tiga kerusi parlimen dan 13 daripada 15 kerusi DUN. Dua lagi kerusi DUN - Simpang Empat dan Sanglang - dimenangi PAS.

Sehubungan itu, Mohd Anuar menganggap kenyataan Muhyiddin itu sebagai terdesak dan semata-mata untuk membangkitkan semangat penyokong demi meraih sebanyak mungkin simpati kepada parti itu. 

"Beliau sendiri pun tahu bahawa rakyat Perlis sudah bersedia untuk membuat perubahan pada PRU akan datang dan dia juga tahu BN Perlis sendiri berada pada tahap kritikal.

Ini dilihat bilamana beliau sendiri malahan Perdana Menteri pun acapkali turun ke Perlis.

"Kenyataan Muhyidin ini sama juga dengan kenyataan Menteri Besar Perlis yang dibuat beberapa kali sebelum ini," katanya sambil mendakwa perhimpunan yang diadakan di beberapa lokasi di negeri itu akan dihadiri oleh orang yang sama termasuk orang luar yang diarahkan hadir.

Menurut Mohd Anuar lagi, rakyat Perlis melihat kemampuan pentadbiran yang berjaya mengekang rasuah dan pembaziran serta kecekapan mengurus tadbir ekonomi, maka mereka pun mahu perubahan di negeri ini.

"Walaupun tsunami politik 2008 tak sampai ke negeri ini, tapi rakyat Perlis pun sudah sedar dan melihat keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS di Kedah umpamanya.

"Saya percaya bahawa ubat paling mujarab untuk Umno-BN Perlis ialah dengan menjadikan mereka parti pembangkang di negeri ini.

Saya lihat mereka mempunyai potensi besar untuk menjadi pembangkang yang baik di negeri ini," sindir Mohd Anuar.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini