14 September 2013

Pengajaran terbaik untok pengamal politik lucah

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 13 September lalu yang memerintahkan blogger pro-Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris membayar RM500,000 dalam satu kes fitnah diharap dapat menamatkan budaya politik fitnah dan lucah dalam arena politik negara. 

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, sudah sekian lama blogger pro-Umno terutama Papagomo secara berleluasa dan sembrono memfitnah para pemimpin Pakatan Rakyat dengan tuduhan palsu dan berunsur lucah namun jenayah siber ini tidak mendapat perhatian langsung pihak berwajib khususnya polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). 

“Ada banyak lagi blogger pro-Umno yang tindak tanduknya  sama seperti Papagomo kerana dipercayai diupah dan diarahkan pihak tertentu.

Mengapa polis dan SKMM hanya memerhati tetapi tidak bertindak?” soal beliau. Selain diperintah membayar ganti rugi kepada plaintif, Wan Muhammad Azri turut berdepan dengan prosiding menghina mahkamah berhubung tulisannya yang mendakwa hakim yang mendengar kes itu sebagai “memudaratkan badan kehakiman”. 

Bernama melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Wan Muhammad Azri  membayar ganti rugi RM500,000 kepada ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blognya.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam membuat keputusan itu selepas mendapati Abdul Razak berjaya membuktikan perkataan-perkataan fitnah dalam artikel yang ditulis oleh Wan Muhammad Azri itu merujuk kepadanya, dan sebenarnya memfitnah beliau.

Vazeer Alam memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar gantirugi am sebanyak RM200,000 dan gantirugi teladan RM300,000 kepada Abdul Razak, serta menetapkan kos guaman sebanyak RM50,000, selain membenarkan permohonan injunksi supaya Wan Muhammad Azri dihalang daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah itu.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata Abdul Razak selaku plaintif berjaya membuktikan Wan Muhammad Azri yang menerbitkan artikel itu, meskipun defendan dalam keterangannya menafikan beliau adalah pemilik blog yang dikenali sebagai 'Papa Gomo'.

Beliau berkata dalam kes ini, plaintif telah memanggil saksi pertamanya iaitu Mohd Fauzi Mohd Azmi yang mempunyai blog dikenali sebagai 'Perisik Rakyat' dan dalam keterangan saksi itu menyatakan beliau dapat mengecam defendan setelah defendan sendiri memperkenalkan dirinya sebagai 'Papa Gomo' ketika menghadiri satu persidangan bloggers di Lake View Garden, Subang Jaya pada 16 Mei 2009.    

Wan Muhammad Azri sebelum ini menafikan bahawa beliau adalah penulis blog kontroversi itu.

Abdul Razak, 59, memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri, 30, pada 26 Januari tahun lalu  berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blog 'Papa Gomo' pada 11 Disember 2011.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Abdul Razak mendakwa Wan Muhammad Azri telah mengeluarkan kenyataan fitnah bahawa beliau merupakan seorang penipu yang telah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setelah mendapat kontrak semasa Sukan Komanwel yang berlangsung di negara ini yang menyebabkan reputasinya terjejas.

Selain Abdul Razak, Papagomo juga bakal menghadapi saman fitnah yang difailkan beberapa pemimpin politik antaranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. 

Pemuda MCA juga pernah membuat laporan polis terhadap Papagomo kerana didakwa membuat kenyataan rasis.

13 September 2013

Noh jangan tunjuk lagak

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dinasihatkan mendapat maklumat tepat berhubung isu perobohan premis perniagaan di Jalan Teratai, Meru di sini sebelum membuat ulasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman, berkata tindakan Noh mempersoal tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu tanpa maklumat tepat hanya menampakkan sikap cuba mencari keuntungan politik semata-mata.

Menurut Abdul Rani, tindakan meroboh sembilan premis perniagaan milik warga tempatan dan empat milik warga asing melibatkan gerai makanan, kedai runcit dan buah-buahan di bahu jalan itu dilakukan selepas menerima aduan penduduk setempat.

Tindakan itu juga dibuat mengikut lunas undang-undang di bawah Akta Kanun Tanah Negara kerana beroperasi secaraa haram.

“Jangan salahkan MPK, tindakan ini adalah operasi bersama atas aduan penduduk, malah penduduk di situ sendiri mengakui bahawa mereka menghadapi masalah dengan premis tersebut sejak 15 tahun lalu," katanya.

Abdul Rani berkata, tidak sewajarnya Noh mempersoalkan tindakan MPK itu lebih-lebih lagi tindakan itu adalah operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi kerajaan negeri dan pusat.

Ianya termasuk Jabatan Perkhidmatan dan Persekitaran (JPP), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Noh sebelum ini mendakwa MPK dan kerajaan Pakatan Pakatan Selangor berat sebelah kerana merobohkan premis perniagaan milik rakyat tempatan di Jalan Teratai di sini.

Sedangkan katanya tindakan serupa tidak pula dibuat terhadap beberapa kediaman di kawasan sama yang dijadikan premis kedai oleh warga asing.

Beliau juga menuduh Pakatan Rakyat Selangor Katanya tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan memandangkan kerajaan negeri Selangor selama ini mendakwa ingin membela nasib rakyat apabila memerintah negeri itu.

Dalam pada itu, MPK dalam penjelasannya juga memaklumkan bahawa tindakan perobohan yang diambil pihaknya adalah dibuat berdasarkan aduan awam terutama penduduk setempat.

Pemangku Yang Dipertua MPK Ehsan Mukri berkata, operasi fasa pertama itu melibatkan premis perniagaan yang didapati melakukan kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara.

"MPK akan mengadakan operasi fasa kedua ke atas rumah milik penduduk tempatan yang diubah suai secara haram untuk dijadikan kedai dan disewakan kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan," katanya dalam satu kenyataan.

11 September 2013

Kenyataan TGNA diputar belit

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud untuk menyeru agar timbalan presiden parti itu dipilih daripada kalangan ulama.

Bekas menteri besar Kelantan itu hari ini berkata, laporan media berhubung dakwaan tersebut adalah tidak benar.

“Akhbar tulis itu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama.

“Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama (golongan ulama dan profesional), sedangkan sebenarnya satu sahaja,” kata Nik Aziz seperti dilaporkanHarakahdaily hari ini.

Beliau turut menyalahkan pihak tertentu yang menurutnya cuba menimbulkan pergeseran antara golongan ulama dan profesional dalam PAS.

Sedangkan, golongan ulama menurutnya boleh "bercakap dengan dalil al-Quran dan Hadis biarpun bertali leher atau memakai songkok".

Laporan media pada Sabtu lalu menyebut beliau meminta agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai presiden, dan berharap agar jawatan timbalan tersebut diisi oleh golongan ulama.

Kenyataan tersebut kemudiannya dibaca oleh pemerhati PAS sebagai arahan dan mungkin juga isyarat kepada para perwakilan untuk memilih pemimpin dari golongan ulama.

Penjelasan itu juga muncul ketika media giat menimbulkan spekulasi berhubung kedudukan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, yang dikatakan dalam kedudukan genting susulan laporan tersebut.

04 September 2013

A. Samad Said ditahan Polis

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said ditahan polis di rumahnya di Bangsar sebentar tadi dan sedang dalam perjalanan ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Beliau ditahan tiga orang polis dan menurutnya alasan penahanan yang diberikan adalah untuk "diambil keterangan".

"Saya baru diambil polis dan kini sedang dalam perjalanan ke IPD Dang Wangi," katanya kepadaMalaysiakini sebentar tadi.

Menurut aktivis Hishamuddin Rais, pihaknya kini sedang menyediakan peguam bagi mengiringi tokoh sastera itu memberi keterangan di Dang Wangi.

Penahanan A Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad adalah susulan kepada soal siasat terhadap Hishamuddin dan aktivis siswa Adam Adli yang disoal siasat di bawah Akta Hasutan 1948 semalam.

Ia berkaitan pengibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang kemerdekaan Jumaat lalu di Dataran Merdeka.

Polis pada pagi semalam mendakwa sasterawan itu menyorok daripada ditangkap, satu dakwaan yang telah dinafikan sasterawan itu.

Tokoh sastera yang juga pengerusi bersama BERSIH kemudiannya dibebaskan pada jam 2.30 pagi selepas dua jam memberi keterangan kepada polis. 

03 September 2013

Persempadanan semula : PR lawan habis habisan


Pakatan Rakyat akan menentang sebarang cadangan mengadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya selagi pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dilucutkan jawatan.
Saifuddin“Persempadanan semula yang dijangka berlaku tahun ini akan ditentang jika (pimpinan) SPR sekarang tidak dipecat,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
“Rakyat menuntut SPR sekarang dibuang. Tidak ada wibawa untuk menguruskan soal persempadanan yang dikhuatiri memberi kelebihan kepada Umno BN,” katanya kepadaKeadilan Daily.
Tegasnya, SPR gagal mengendali Pilihan Raya Umum ke-13, terutama sikap berdolak-dalik dan helah bahawa kononnya dakwat kekal yang diguna akan kekal.
“SPR gagal kendali isu dakwat kekal dengan alasan yang berubah-ubah sehinggalah jari dicelup dalam PRK Kuala Besut,” katanya.
Tambah Saifuddin, puluhan petisyen pilihan raya yang difailkan ke mahkamah bukti parti politik, termasuk Barisan Nasional tidak diyakini lagi.
“Banyak petisyen difailkan bukti kegagalan SPR,” katanya.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini