26 November 2009

Perjuangan ini Menuntut PENGORBANAN


Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh kepimpinan PAS, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, ahli-ahli dan pendokong PAS dan Pakatan Rakyat, serta seluruh rakyat pencinta keadilan dan kesejahteraan di bumi Malaysia.

Bersama Pertahankan Pakatan Rakyat. Perjuangan ini Menuntut PENGORBANAN.

Selami maksud yang tersirat di sebalik Ibadah Qurban, semoga tetaqwaan kita bertambah dan lebih dekat dengan Nya.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas daripada

YB Dr Siti Mariah binti Mahmud
Ahli Parlimen Kota Raja

En Azmi bin Jusoh
Pegawai Khas Ahli Parlimen

En Mohd Razif bin Maslan
Pegawai Sekretariat

En Syed Abdul Malek bin Syed Mustafa
Pegawai Sekretariat

En Azman bin Mohd Mah Husin
Pegawai Sekretariat

Tuan Hj Nordin bin Ismail
Pegawai Sekretariat

Sediakan duit, sebarkan fitnah

Ayuh siapa yang banyak duit, serta mudah mendapatkan duit, marilah berlumba-lumba mengeluarkan berita PALSU & FITNAH dan sebarkan melalui akhbar, T V dan sebagainya.

Surat khabar anda, TV anda, website dan blog anda akan jadi terkenal. Anda bukan saja terkenal sebagai pemfitnah, tetapi anda juga adalah diantara orang yang tidak takut kepada tindakan undang-undang manusia tetapi anda juga akan diiktiraf sebagai orang yang berani lawan Tuhan.

Anda memanglah seorang yang hebat kerana anda memiliki segala-gala sifat ini dan tak ramai pula bagi orang yang takut lawan Tuhan untuk melakukannya.

Orang seberani anda juga harus bersedia, jika anda bekerja dengan syarikat akhbar atau TV is OK.

AWAS, jika anda disaman oleh orang yang anda fitnah, nilai saman nya kini bernilai jutaan ringgit.

NST diheret ke mahkamah selepas akhbar itu menyiarkan rencana pada 2 Mac 2002, mendakwa Anwar kononnya menyorokkan RM3 billion di akaun-akaun bank luar negara.

Manakala Mahkamah Tinggi telah memerintahkan New Straits Times Press (NSTP) membayar RM100,000 kepada Anwar Ibrahim kerana memfintah mantan timabalan perdana menteri itu.

NSTP juga diarah membayar RM20,000 bagi menampung kos mahkamah dan tambahan faedah 8 peratus selagi pampasan itu tidak dibayar.

Itu pun dah kira nasib baik, tuan tahu berapa saman asal DSAI kepada NST, ianya berjumlah RM100 juta, wow!!!!!

Terbaru Datuk Husam Musa juga akan menyaman Mingguan Malaysia kerana menyiarkan berita yang beliau anggap fitnah dengan menyatakan beliau akan letak jawatan.

Bagusnya dah ramai pemimpin pembangkang yang mendapat manafaat dari tindakan menyaman ini dan mereka mendapat wang banyak.

Bagi TV3 suku, NST dan Utusan mereka tak kisah samanlah mereka kerana mereka akan tetap mengeluarkan berita fitnah lagi selepas ini kerana orang yang menerbitkan berita ini serta wartawan nya akan naik pangkat kerana keberanian dan kehebatan mereka melonjakkan jualan akhbar mereka.

Tapi bagi orang seperti RPK susahlah BANYAK .............

25 November 2009

Jangan layan propaganda UBN ~ Nizar

Bukit Lanchong, Parlimen Kota Raja 24 Nov: Ahli PAS perlu memperkuatkan PAS serta Pakatan Rakyat dan bukan melayan propaganda UMNO/BN dengan persoalan kenapa PAS tidak boleh bekerjasama dengan UMNO yang nampak keIslamannya tetapi boleh bersama DAP yang nampak seperti menentang Islam, ujar YB Dato Seri Nizar Jamalludin, Menteri Besar Perak yang sah.

Berucap di ceramah anjuran PAS Cawangan Bukit Lanchong di sini malam tadi, beliau menyatakan bahawa UMNOlah yang telah banyak mengkhianati Islam selama 52 tahun memerintah, dan di Perak, ujar beliau lagi, bangsa lain terlalu memandang serong terhadap agama Islam dan kaum Melayu kerana UMNO/BN telah menerapkan semangat perkauman selama memerintah negeri tersebut.

Selepas PRU 12 yang lalu apabila Pakatan Rakyat menerajui kerajaan Perak, barulah kaum lain terutama bangsa Cina dan India mula melihat perkara sebenar dan mula mengakui tidak lagi takut terhadap Islam, ujar beliau lagi.

Ketika PR menerajui kerajaan Perak, UMNO/BN sentiasa menyerang untuk menumbangkan kerajaan yang sah kerana majoriti yang ada hanya 3 sahaja.


Serangan terus menerus di lakukan seperti sabotaj yang di lakukan oleh pegawai kerajaan terutamanya setiausaha kerajaan negeri, mencari salahlaku rasuah ADUN PR sehinggalah menawarkan jutaan ringgit untuk melompat parti.

Beliau mengajak para hadirin semua memikirkan bagaimana ADUN DAP yang bukan Islam itu tetap teguh pendirian walaupun di tawarkan sehingga RM 20 juta jika melompat parti.


Oleh itu, bagi beliau, tiada alasan untuk PAS mengkhianati amanah yang di berikan oleh semua kaum bagi menerajui negeri Perak bersama DAP dan PKR yang sehingga kini semakin teguh walaupun banyak cabaran yang di tempuh.


Bercakap mengenai peristiwa persidangan Dewan Negeri yang lepas, beliau menegaskan bahawa Adun Pakatan Rakyat telah di zalimi oleh BN dengan menjadi kan Polis sebagai kuda tunggangan mereka.


Polis telah menghalang ADUN PR dari pada memasuki Dewan persidangan bermula di luar sehingga kepintu Dewan. Ketika melalui tempat letak kereta untuk ke Lobi lif 2, ADUN PR telah di serang oleh anggota Polis yang tujuannya hanya satu iaitu hendak merampas jubah speaker yang di pakai oleh YB Speaker Sah Sivakumar.


Dan ketika di pintu masuk dewan, kekejaman itu berterusan apabila alat kemaluan YB Nga Kor Ming telah di rentap oleh seorang anggota Polis yang bernama Khairul.


Walau pun ketua Polis Perak ada membuat kenyataan bahawa Polis tidak mengkasari ADUN Pakatan Rakyat tetapi gambar YB Speaker Sah Sivakumar sedang di cekik oleh anggota Polis telah di siarkan oleh salah satu akhbar Cina Edisi Petang. Sila klik di sini untuk melihat kekejaman tersebut.


Oleh itu, dengan pengkhianatan yang dibuat oleh UMNO/BN selama ini, beliau mengingatkan semua bahawa sekarang ini adalah masanya untuk memperkuatkan PAS dan PR dan jangan mempersoalkan tentang kenapa PAS boleh berbuat baik dgn DAP tetapi tidak dengan UMNO.

Ceramah tersebut turut menampilkan YB Dr Siti Mariah Mahmud, ahli Parlimen Kota Raja, Sdr Norhalim Sirome, TYDP Kota Raja dan Cikgu Ahmad Idzam Ahmad,Pengerusi Anak Perak di Perantauan. _Izha

24 November 2009

Siapa pulak nak letak jawatan ni?

Utusan Meloya melapurkan ...... Pas Selangor tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mana-mana pemimpin sayap parti itu seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

Beliau berkata, Pas Selangor berada dalam keadaan kukuh dari peringkat bawahan sehingga peringkat kepimpinan tanpa sebarang masalah termasuk hal berkaitan pengurusan serta aktiviti yang dirancang.

"Kita tidak ada masalah, malah saya boleh katakan Pas sekarang berada dalam keadaan yang sangat kukuh berbanding sebelum ini. Semua aktiviti kita berjalan seperti biasa tanpa satupun yang tertangguh mahupun ditangguhkan,” katanya.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini