31 August 2010

Iftar bersama DYMM Sultan Selangor

Jalan Kebun, Parlimen Kota Raja - DYMM SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenaan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid An-Naim, Kampung Jalan Kebun, Klang pada Isnin 30 Ogos 2010 yang lalu. Baginda turut ditemani Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pada majlis yang sama baginda berkenaan menyampaikan sumbangan kepada 84 kanak-kanak yatim dan miskin yang terpilih selain turut menerima bayaran zakat daripada syarikat korporat.

Kira-kira 1,000 penduduk kampung yang sentiasa menanti keberangkatan baginda ke kampung itu, tidak melepaskan peluang untuk bersama meraikan majlis berbuka puasa.

Ini adalah kunjungan baginda yang dinanti-nantikan penduduk kampung yang menjadi sebahagian daripada siri kunjungannya ke beberapa masjid di Selangor sambil berkenan mencemar duli untuk berbuka puasa bersama umat Islam di negeri ini.
Singalautmetro

30 August 2010

Duri dalam daging

Exco kerajaan Selangor Teresa Kok membidas presiden Dewan Perniagaan Melayu Selangor, Tan Sri Rozali Ismail kerana mendakwa negeri itu telah meminggirkan orang Melayu dalam bidang perniagaan.

Dalam satu kenyataan yang keras hari ini, beliau berkata, Rozali tidak puas hati dengan kerajaan negeri, berpunca daripada pertikaian mengenai kadar tarif air.

Rozali adalah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, SYABAS, yang menyaman kerajaan Selangor yang enggan menaikkan kadar tarif air.

Teresa berkata, beliau percaya Rozali membuat kenyataan tidak berasas kerana dendam peribadinya terhadap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan Pakatan Rakyat kerana cuba membeli SYABAS yang menjadi penjana sumber kewangannya.

Sabtu lalu, Rozali dilaporkan berkata, Selangor tidak pernah memberi ruang kepada dewan tersebut untuk membincangkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan pembangunan ekonomi mereka di Selangor.

Bagaimanapun, kata Teresa, dewan tersebut pernah dijemput menghadiri majlis dialog bajet tahunan negeri pada 26-27 Julai, tetapi mereka tidak muncul.

29 August 2010

Islamfobia angkara siapa?

Benarkah apabila seseorang bukan Islam masuk ke dalam masjid ia dikatakan sebagai satu pencemaran? Benarkah ia satu penghinaan? Untuk menghilangkan keraguan, mari sama-sama kita perhatikan dua hadis berikut kemudian kita lihat beberapa gambar menarik. Sebelum tu kenal ke orang dalam gambar ni dan gambar orang yang sedang berucap dalam surau dibawah ni.

Daripada Abi Hurairah bahawa seorang arab badwi kencing di dalam masjid maka orang ramai pun pergi kepadanya. Maka Rasulullah s.a.w pun berkata kepada mereka : “Biarkan dia dan jiruskan sebaldi air ke (tempat) kencingnya atau tuangkan air kerana kamu hanya diutus untuk memudahkan bukan menyusahkan."(Riwayat Al-Bukhari, Al-Tirmizi dan al-Nasa’i)   

Nabi s.a.w telah menghantar pasukan (skuad) tentera berkuda dan menawan Thumamah bin Athal yang merupakan kepimpinan Bani Hanifah dari Yamamah. Beliau dibawa ke Madinah dan diikat di tiang masjid Nabi s.a.w. Apabila Nabi s.a.w datang ke masjid dan melihatnya, baginda bertanya: “Apa yang ada engkau dapati wahai Thumamah?”

Jawabnya: “Bersamaku kebaikan, wahai Muhammad! Jika engkau membunuhku, engkau membunuh orang yang punyai darah (berhak dibunuh atau mungkin beliau meminta simpati), jika engkau memberi kurnia, engkau memberikan kurnia kepada orang yang berterima kasih. Jika engkau mahu harta, engkau boleh minta seberapa banyak yang engkau mahu”.

Lalu Nabi s.a.w meninggalkannya. Keesokannya Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati Wahai Thumamah?”
. 
Jawabnya: “Seperti yang aku katakan, jika engkau memberi kurnia, engkau memberi kurnia kepada orang yang berterima kasih”.

Nabi meninggalkannya. Keesokannya lagi Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati wahai Thumamah?”.

Jawabnya: “Seperti yang aku katakan kepadamu”.

Lalu Nabi s.a.w memerintahkan: “Bebaskan Thumamah”.

Lalu Thumamah pun keluar pergi ke mata air berdekatan masjid, beliau mandi, kemudian masuk semula ke masjid dan mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada ilah (yang diabdikan diri) melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”.

Beliau juga berkata: “Wahai Muhammad! Demi Allah, duhulu tiada atas muka bumi yang lebih aku benci daripada engkau, sekarang berubah engkau telah menjadi orang yang paling aku sayangi. Demi Allah, dahulu tiada agama yang lebih aku benci dari agamamu, sekarang berubah agamamu menjadi agama yang paling aku sayangi. Demi Allah, tiada dahulu negara yang lebih aku benci dari negaramu, sekarang berubah negaramu menjadi negara yang paling aku sayangi..”.(Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Nabi sendiri pun benarkan bukan Islam masuk masjid, bukan sekadar sejam atau dua jam, bahkan tiga hari!!! Kencing pun tidak dimarahi, sebaliknya orang Islam sendiri yang menyucikannya. Betapa indah dan tingginya nilai kemuliaan dan adab dalam Islam. Dengan kemuliaan itulah ramai bukan Islam terus tertarik dan akhirnya memeluk Islam. 


Nampaknya pada hari ini, orang Islam sendirilah antara penyebab Islamfobia dan jauhnya bukan Islam daripada Islam. Adakah kita terlibat atau bersubahat dalam menghalang sampainya Islam kepada bukan Islam? Fikir-fikirkan...

Jika benarlah pencemaran masjid berlaku dengan masuknya bukan Islam ke dalamnya, maka Syeikhul Azhar At-Tantawi adalah antara orang yang paling utama untuk dipersalahkan.

Nampaknya pada hari ini, orang Islam sendirilah antara penyebab Islamfobia dan jauhnya bukan Islam daripada Islam. Adakah kita terlibat atau bersubahat dalam menghalang sampainya Islam kepada bukan Islam? Fikir-fikirkan...

Jika benarlah pencemaran masjid berlaku dengan masuknya bukan Islam ke dalamnya, maka Syeikhul Azhar At-Tantawi adalah antara orang yang paling utama untuk dipersalahkan.

Dr Asri : Saya tidak pertahan YB Teo

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin berkata laporan media yang menyebut bahawa beliau mempertahankan tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching adalah kurang tepat.

Dr Asri: Saya bukan pertahan YB Teo

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin berkata laporan media yang menyebut bahawa beliau mempertahankan tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching adalah kurang tepat.

"Saya kira laporan itu kurang tepat. Saya tidak campur dalam urusan politik beliau dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku," katanya dalam satu kenyataan.

Cuma, tambahnya, beliau telah menegaskan beberapa perkara berikut:

1. Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi SAW bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah SAW.

2. Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis.

3. Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi.

4 .Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini