03 November 2010

Malacca developed status self-declared, says OECD official

Perkara Biasa yang dilakukan oleh puak UMNO. Jenis kurang cerdik, tu yang jadi syok sendiri tu. Read below.

(TMI) The Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) has confirmed that it had not endorsed Malacca’s developed state status, despite the declaration by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak made during a grand celebration on October 20.

OECD representative Jon Hall explained to The Malaysian Insider via email that the media could have misunderstood OECD’s role in the issue, pointing out that the organisation was not in the position to make such an endorsement.

“The OECD did not endorse the Malaccan declaration, mainly because we are not in a position to do so.

“As I tried to stress in my speech on Wednesday (October 20), there is no official definition of a developed country (at least none that I am aware of) so the OECD are in no position to set the criteria,” he said

01 November 2010

Kempen bersama DAP

Sila layari weblog YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang Galas By-election campaign..

Umno memang tidak suka bila DAP membantu calun PAS dalam PRK Galas atau mana-mana Pilihanraya di Malaysia. Itu hak Umno dan tiada siapa yang boleh menghalang presepsi buruk mereka terhadap DAP. 

Bagi PAS bermula dari kepimpinan tertinggi hingga ke ahli Cawangan perubahan sikap DAP terhadap orang Islam dan Melayu adalah satu anugerah Allah yang tiada tolok bandingnya. Bila ini berlaku sudah tentu PAS gembira dapat bekerjasama dengan DAP walau ini dibenci Umno.

Di Galas Umno sudah tentu merasa selesa dengan kenyataan MCA Kelantan bahawa peratusan orang Cina yang menyokong UBN adalah amat tinggi berbanding yang menyokong PAS. Ini kenyataan yang betul-betul baik untuk Umno dan tidak perlu bersusah payah lagi disamping sokongan kalau dilihat bendera UBN yang banyak di POS Broke Lojing sudah tentu mereka juga akan menang besar disana. Jika anda dapat melihat satu-satu nya bendera PAS di pasang diatas bukit berhampiran sekolah kebangsaan, itu lah yang kami mampu laku hingga kini.

Di Galas juga pimpinan DAP membukti kesungguhan mereka membantu calun PAS Dr. Zul bagi memenangi PRK ini.

Hampir setengah hari kami Sekretariat Parlimen Kota Raja cuba mengikuti dan bersama mereka berkempen di Galas.

Berkempen di hadapan Bilik Gerakan DAP di Bandar Gua Musang. Anda boleh lihat kesungguhan MP Serdang YB Teo Nie Ching berkempen untuk PAS.

Mesej buat DS Najib

Assalamualaikum wbth

Kepada DS Najib, Perdana Menteri Malaysia

Didoakan semoga DS cepat sembuh dari penyakir cacar yang dialami. Berehatlah dan makanlah ubat serta ikuti lah nasihat doktor. Tidak perlu bimbang tentang negara, Polis kan ada, Insa Allah negara aman dan selamat. walau pun ada 2 PRK serentak dijalankan. Dah sihat nanti bolehlah menjalan tugas seperti biasa, sementara tu bagilah tugas kepada pemangku dan jurucakap DS yang paling DS percayai, tak kiralah siapa, asalkan orang tu paling rapat dengan DS... Amin.

31 October 2010

Live dari Galas : Utusan Meloya & Berita Hairan tak laku ke?

Pagi pusing-pusing cari makan kat Bandar Lama Gua Musang berhampiran Stesen Keretapi belori-lori surat khabar Utusan Meloya dan Berita Hairan termasuk Sinar Hairan diberi percuma kepada semua kenderaan yang lalu lalang.

Ini kerja UmNGOK lah, kami pusing 5 kali di 4 lokasi dan dapat hampir 20 sets ketiga-tiga surat khabar tersebut.

Jika anda masih berada di Galas arahkan semua petugas diBilik Gerakan masing-masing untuk keluar mengutip surat khabar tak laku tu untuk dijadikan "surat khabar lama" bungkus nasi lemak.

Berita dalam ke tiga tiga paper tu, nak baca pun tak lalu.

Akhirnya UBN tunduk kepada PAS

Seperti yang semua orang sedia maklum akhirnya Negeri Sembilan dibawah kerajaan UBN tunduk kepada Negeri Kelantan (PAS) dalam pertandingan akhir Piala Malaysia malam tadi.

Kekalahan 2 - 1 tersebut mengembirakan seluruh rakyat Kelantan, Di UPU Lepan Tupai seorang aktivis PAS sanggup datang dari KB hanya semata-mata menyediakan Projector dan layar besar untuk kemudahan orang kampung mengikuti perlawanan tersebut. Ketika berbual dengannya beliau mengambil masa dua setengah jam untuk datang ke Lepan Tupai. Beliau yang amat berpuas hati dengan keputusan perlawanan tersebut disamping mendapat sambutan luar biasa dari rakyat Kelantan dan juga penyokong PAS dari luar yang hampir semuanya kecuali penyokong PAS dari Negeri Sembilan sahaja yang menyokong Negeri Sembilan, yang lain semuanya menyokong Kelantan.

Aktivis tersebut yang amat gembira dengan keputusan tadi telah membayar semua makan minum seluruh penonton yang yang hadir termasuk kami.

Mungkinkah kemenangan ini menandakan UBN akan tumpas di Galas?

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini