18 December 2010

Cikgu Bard kini Timb Setiausaha Agung

Pasca pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi, barisan kepemimpinan baru PKR yang diumumkan hari ini menyaksikan kemunculan beberapa muka baru.

Pengumuman hari ini bagaimanapun tidak banyak menyaksikan pelantikan dari kem timbalan presiden Azmin Ali seperti spekulasi sebelum ini.

Bagaimanapun, ia tetap menarik perhatian apabila peguam hak asasi N Surendran, 44, dilantik ke jawatan naib presiden. Surendran tidak menawarkan diri sebagai calon dalan pemilihan yang baru-baru ini.

Selain itu, dua lagi jawatan naib presiden diisi bekas menteri kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng dan ketua PKR Sarawak Baru Bian.

Pelantikan turut melibatkan calon yang tewas dalam pemilihan, termasuk bekas calon ketua AMK Badrul Hisham Shaharin ke jawatan timbalan setiausaha agung.

Mustaffa Kamil Ayub yang tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden kini dilantik menjadi ahli biro politik dan juga ke jawatan ketua biro latihan.

Orang-orang kuat Anwar seperti Rafizi Ramli dan ADUN Jerejak Sim Tze Tsin pula masing-masing kini menjawat kedudukan pengarah strategik dan timbalan ketua penerangan.

Di samping itu, peguam Latheefa Koya dilantik mengetuai biro perundangan yang baru ditubuhkan, manakala Dr Mohd Nor Manuty dilantik sebagai ketua penerangan.

Pengarah pilihan raya yang sebelum ini diisi oleh Fuziah Salleh kini diambil alih oleh Azmin Ali.

16 December 2010

TGNA nak jumpa Bloggers

Adakah anda seorang penulis blog. Peluang terbaik untuk mereka yang bergelar blogger menghadiri majlis makan malam dan dialog bersama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Program anjuran kerajaan negeri itu turut melibatkan kesemua anggota Exco kerajaan negeri dijangka diadakan pada awal tahun depan. Program berkenaan dijangka diadakan di Kuala Lumpur.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus berkata, pertemuan tersebut terbuka kepada semua blogger tanpa mengira ideologi politik mereka.

“Diharap melalui pertemuan terbabit blogger akan mendapat gambaran sebenar perkembangan semasa di Kelantan sepanjang di bawah pentadbiran PAS,” katanya di sini.

Oleh itu blogger yang berminat boleh menghubungi pejabat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di talian 09 7433529 (Puan Hazami) atau email: mnyahya65@gmail.com.

15 December 2010

Selamat Berperang

Sekejap lagi peperangan sengit antara Malaysia menentang Vietnam diStadium Shah Alam merebut Piala Suzuki.

Mari kita doakan agar Pasukan Negara kita menang dalam pertemuan pertama separuh akhir ini. 

14 December 2010

Live : MB Pakatan Rakyat Perak sedang berucap

1. 53 tahun beri mandat pada UBN mereka mengkianati hasrat dan kehendak rakyat.

2.  Anugerah Allah, BN buat gambar kartun, MB Nizar tunggangan DAP, Derhaka pada Raja dan bagi tanah pada Cina. 

3, Dalam DUN bila ditanya pada Zambery pada satu tanah yang dibagi pada Cina MB haprak ni tidak menjawab.
4. Tapi bila MB Nizar tanya mengapa 22,000 ekar Umno jual pada kumpulan KLK. Zambery terus membisu. Umnolah yang gadai tanah Melayu.

5. Bila Nizar bercakap dalam DUN Speaker Haram tutup speaker sebanyak 23 kali, apa punya bangang punya speaker.

6. Bersambung .........

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini