03 March 2012

Gambar lama : cerita baru mengenai Hasan Jati Line 3

Ini gambar lama keluar harakah 29hb Februari 2012 tetapi merupa cerita baru tentang sambutan terhadap Hasan Jati 3 Line, saja nak simpan sebagai bukti betapa popularnya Hasan line 3 selepas beberapa kali buat roadshow seentaro Malaya. Layan lagi kat Hasan Mohamed Ali



gambar ni paling tak tipu - hasan jati 3 line sedang berucap dihadapan kerusi



Abbs© - sesak nafas gua tadi berhimpit himpit utk mendengar ceramah Hasan Ali beb.. sampai tak boleh nak duduk dekat mana lagi penuh dengan lautan manusia.. kah kah kah

28 February 2012

Jui Meng kata kita semua adik beradik

Chua Jui Meng berkata, isu perkauman tidak perlu dipanjangkan kerana semua manusia merupakan adik-beradik yang berketurunan dari Adam dan Hawa.
Justeru, beliau berkata, undi Melayu berpecah cuma kerana perbezaan fikiran, prinsip dan idelaisme bukan kerana kaum.
"Kita semua turun dari satu pasangan yang sama iaitu Adam dan Hawa. Semua Melayu, Cina, India ialah adik-beradik. Soalan Melayu, Cina dan India berpecah tak relevan lagi.
"Oleh itu, apa yang manusia hendak? Mereka mahukan kerajaan yang tidak haprak dan rasuah, yang tidak salah guna kuasa. Tetapi ada yang mahu kekalkan regim yang lama ini hingga menyebabkan negara kita hampir muflis," katanya.
Dengan merujuk kepada pilihan raya umum dalam waktu terdekat, kata bekas Menteri Kesihatan ini, perubahan kepimpinan negara perlu dilakukan
Jelasnya, ia perlu dilakukan dengan memilih pemimpin yang adil yang berpandukan pada al-Quran dan Hadis berbanding bercakap mengenai politik 'asobiyah' (perkauman).
"Jangan kita asyik berbincang mengenai Melayu nak bersatu padu. Itu politik 'asobiyah'. Kita perlu berubah kepada siapa lebih adil dan lebih berpandukan pada al-Quran dan Hadis. Bukan bercakap mengenai Melayu jangan berpecah," ujarnya

26 February 2012

Menariknya PM Najib & TPM Muhyiddin hari ni

Hijau jugak Najib & Muhyiddin hari ni ......

Memecah Tembelang Kerajaan UBN

KLANG, 26 Feb: Program bicara intelek guru sekolah berasrama penuh yang diadakan dekat sini baru-baru ini disifatkan sebagai program untuk menyelamatkan Umno.


(Kisas yang banyak melahirkan pemimpin dan ilmuan negara menjadi medan fitnah Pakatan Rakyat)

Ia penuh dengan fitnah dan pertuduhan terhadap pihak Pakatan Rakyat dan sangat dikesali oleh guru-guru yang menyertainya.

Antara tuduhannya adalah DAP mahu menjadikan negara ini republik dan mahu menukar agama Kristian menjadi agama rasmi negara.

Yang mengejutkan, penyataan seumpama ini bukannya datang dari ahli politik tetapi dari pegawai polis Bukit Aman.

Menurut seorang guru yang ditemui Harakahdaily dekat ini, rata-rata guru peserta program ini kesal dan meluat dengan tuduhan yang dibuat oleh penceramahnya.

Program yang berlangsung pada Sabtu 25 Februari itu berlangsung di Kolej Islam Sultan Alam Shah,  Klang.

Ia mensasarkan guru-guru dari sekolah berasrama penuh Zon Tengah di bawah anjuran Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan. 

Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya, Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Sekolah Menengah Sains Alam Shah, SM Sains Selangor, Sekolah Seri Puteri, kolej islam sultan alam shah, SMAP Kajang, SBPI Gombak, SBPI Sabak Bernam, SBPI Rawang, SM Sains Hulu Selangor, SM Sains Kuala Selangor dan SM Sains Banting.

Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan perasmian program serta pembentangan sesi 1 bertajuk dasar-dasar baru KPM oleh Tuan Haji Khalil bin Mohamed, KPP Sektor Pengurusan Akademik, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan.

Pada jam 11.00 pagi, Profesor Dr Shamsul Abadi bin Mamat, BTN Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan syarahan dengan tajuk “Negaraku Tercinta”. 

Ceramah yang memakan masa hampir 2 jam, dengan membawa konsep ketamadunan dan jurang ketamadunan.

Beliau menjelaskan negara Malaysia ketinggalan dari negara lain dan memerlukan tempoh 50 tahun dan keatas untuk setanding dengan negara-negara maju yang lain. 

Apa yang mengejutkan peserta ialah beliau meminta guru untuk memilih kepimpinan negara yang ada hari ini dan membuat perumpamaan dengan negara-negara Asia Barat yang telah menumbangkan pemimpin mereka dan menyebabkan negara huru-hara dan tiada kestabilan. 

Kesan yang sama akan berlaku jika rakyat menukar kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat dan melambatkan negara setanding dengan Negara maju yang lain.

Pada jam 2.30 petang, sesi ke-3, ACP Abdul Rahman bin Khalil, dari PDRM Bukit Aman dengan tajuk Menangani Isu Disiplin, Keselamatan dan Ketenteraman Awam di Sekolah (Isu-isu Semasa). 

Apa yang memeranjatkan seolah-olah bukan isu keselamatan di sekolah yang dibincangkan tapi lebih kepada isu keselamatan Umno/Barisan nasional.

Antara yang isu yang disebut ialah DAP dan Lim Guan Eng. 

Antara tuduhan yang dibuat adalah agenda DAP ialah pembentukan Malaysia sebagai negara republik dan jadikan Kristian agama rasmi negara. 

Isu ekstrimis agama menggunakan Al-Quran dan Hadis mengelirukan rakyat, BERSIH, Mahasiswa, Murtad, Isu Kepala Babi dan ancaman perkauman turut diperkatakan.

Isu BERSIH dipaparkan dengan kepimpinan PAS dan PKR yang terlibat langsung telah menimbulkan kekakacauan dan persis krisis di Timur Tengah. 

Dalam isu murtad dinyatakan seorang pelajar dari Sekolah Agama Yahya Petra, Kelantan (maklumat dari Kelantan, nama sekolah ini tiada di Kelantan) telah murtad dan lari ke Sarawak dan beliau mengeluarkan kenyataan menghina Rasulullah SAW.

Rata-rata guru tidak berpuas hati kerana seolah-olah penceramah menyimpang dari tajuk ceramah dan objektif program. 

Guru hadir atas nama bicara intelek untuk kecemerlangan sekolah tetapi program lebih menjurus kepada agenda politik menyelamatkan UMNO/BN. 

Hanya sesi 1 sahaja menjurus kepada objektif program, kata guru berkenaan.

25 February 2012

Catatan Memori Ayah

Aku membelek barang peninggalan ayah. Dompet ayah ku simpan didalam poket seluar bimbang direbut kembali oleh anak ayah yang ke 11 daripada 12 adik beradik kami. Aku ingin menyimpannya sebagai antara barangan kenangan paling berharga buat diriku. Baju-baju ayah tersusun rapi didalam almari. Banyaknya baju pemberian anak menantu tetapi semasa hayat ayah masih juga mengenakan kemeja lama lagi lusuh. Ayah masih menggunakan kain pelikat yang dah hampir reput walaupun berpuluh hadiah kain pelikat baru yang tersimpan tidak digunakan sehingga boleh difaraidkan kepada anak menantu malah kepada sahabat ayah. Ayah seorang yang amat penjimat. Mungkin kerana dek susahnya kehidupan keluarga kami semasa ayah mula-mula menjadi peserta peneroka felda. Berjimatnya ayah sehingga kami terpaksa berlapar kerana tiada makanan dirumah walau ayah ada simpanan dibank. “Esoklah ayah menoreh dan dapat duit nanti ayah akan beli makanan” pesan ayah kepada kami sekeluarga.

Namun ayah sebenarnya paling tidak lokek untuk berbelanja bila anaknya bersekolah berasrama dan menjejakkan kaki kemenara gading. Pada waktu beginilah tiba-tiba ayah menjadi pemurah. Rupanya kedekut ayah kerana menyimpan untuk anak-anaknya belajar. Betapa susahnya ayah membanting tulang untuk mengumpul wang dan betapa ayah lebih rela mengikat perut dan menyimpan wang untuk persekolahan anak-anak. Kerana itu aku amat sedih bila ayah menyerahkan wang sebanyak RM2000 untuk perbelanjaan dimenara gading. Satu jumlah yang cukup besar ketika itu.

Ayah telah diduga dengan penyakit yang sukar diubati. Sakit ayah ditanggung selama berbelas tahun. Sudah puas berubat dengan doktor pakar dan  perubatan alternatif tanpa membuahkan hasil sehingga ayah dijemput oleh penciptanya pada tanggal 19 feb 2012. Kasihannya ayah, bertahun-tahun ayah menderita penyakit disamping karenah membesarkan 12 orang anak. Pengorbanan ayah cukup besar sehinggakan nabi pernah berpesan kepada seorang sahabat sebaik-baik amal adalah berbaik kepada kedua ibubapa. Pemergian ayah kutangisi semahu-mahunya kerana aku sangat kasihkan ayah dan sedihnya aku, tempoh peluang untuk berbakti semasa hayatnya telah tamat. Aku memandikan jenazah ayah, menyediakan kain dan mengapankan ayah. Aku cium dahi ayah semahu-mahunya sebelum aku menutup kain kapan ayah. Itulah ciuman terakhir dari anaknya. Doa ku untuk ayah selagi mampu akan kupanjatkan kehadrat Allah siang malam mengharapkan keampunannya. Alfatihah.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini