29 July 2012

Fixed Deposite Umno Sabah 'semakin kurang'

Penarikan diri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dari Umno dan Barisan Nasional (BN) menyebabkan simpanan tetap BN sudah retak, tulis wartawan veteran, Datuk A Kasir Jasin.

Kadir Jasin dalam tulisannya menulis,  penarikan diri Lajim daripada semua jawatan dalam Umno adalah tamparan hebat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana, Najib selama ini cuba mewujudkan gambaran bahawa beliau mempunyai kawalan penuh ke atas politik di dua buah negeri Borneo itu.

Bagi beliau, ia bukan berita yang diharapkan oleh Presiden Umno itu.

Selain menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim adalah juga ketua bahagian Umno Beufort dan pengerusi BN Beufort.

Lajim menyerahkan kedudukan beliau sebagai timbalan menteri ditentukan oleh BN selepas langkahnya itu.

Najib sendiri berkata yang peletakan jawatan Lajim adalah sesuatu yang dijangkakan buat beberapa ketika dan beliau akan membuat keputusan esok (Isnin) mengenai kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri.

"Tetapi tindakan Lajim itu tidaklah pula sesuatu yang baru atau memeranjatkan.



Ramalan mengenai kemungkinan beliau menarik diri daripada Barisan Nasional dan menyertai pembangkang sudah berbulan lamanya," tulis bekas Ketua Pengarang Kumpulan akhbar NSTP itu.

Beberapa bulan lalu, timbul cakap-cakap bahawa beberapa pihak yang tidak puas hati dengan Mohd Najib di Sarawak dan Sabah akan berpakat bagi menentang BN di dua buah negeri itu.

Bagaimanapun, perselisihan pendapat antara Mohd Najib dan kepemimpinan BN Sarawak, khususnya mengenai kedudukan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, telah diatasi. Ramalan mengatakan Abdul Taib tidak akan dipaksa meletakkan jawatan.

Sebaik mana pun Perdana Menteri cuba menyembunyikan kehampaannya terhadap perkembangan di Sabah itu, hakikatnya ia adalah petanda yang tidak positif bagi BN, khasnya di Sabah.

Sambil merujuk kepada peletakan jawatan Datuk Onn Jaafar sebagai presiden Umno, Najib berkata penarikan diri oleh ahli Umno bukanlah sesuatu yang baru. Yang lebih penting, kata beliau, adalah kesetiaan kepada parti.

Setelah kehilangan pengaruh di kawasan-kawasan Cina pada pilihan raya negeri (PRN) Sawarak pada April tahun lalu, pergantungan BN kepada Sabah menjadi lebih besar, sambung Kadir. 

Dua buah negeri Borneo itu sering disebut sebagai “fixed deposit” atau simpanan tetap kerana jaminan sokongan yang padu kepada BN.

Pada PRU 2008, BN menang 30 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dan 24 daripada 25 di Sabah berbanding 85 yang dimenangi di Semenanjung dan sebuah di Labuan.

Tetapi, selepas kemaraan besar DAP dalam PRN Sarawak adalah dikhuatiri yang BN mungkin kehilangan sehingga enam kerusi Parlimen di Sarawak jika trend PRN itu berterusan.

Dengan penarikan diri Lajim, tabung simpanan tetap BN di Sabah telah retak dan jika merebak, pergantungan BN terhadap negeri bawah bayu itu akan menjalin lebih tidak terjamin, tulisnya.

Di Sabah, taat setia politik bolehlah diumpamakan seperti pasir di pinggir pantai – sentiasa berubah. Penarikan diri Lajim boleh membawa kepada pemberontakan besar-besaran seperti yang terjadi pada PRU 1990.

Soalnya, masalah Mohd Najib dan BN di Sabah tidak terhad kepada Lajim seorang saja. 

Beliau juga perlu membuat keputusan mengenai kedudukan Ketua Menteri, Musa Aman, dan pergiliran jawatan Ketua Menteri antara Islam, Bumiputera bukan Islam dan Cina yang dimansuhkan oleh pendahulunya, Abdullah Ahmad Badawi, kata Kadir lagi.

Kesimpulannya, tulis Kadir, perkembangan terbaru di Sabah itu merumitkan lagi tugas Mohd Najib membuat keputusan mengenai tarikh PRU akan datang kerana tabung simpanan tetap BN mungkin sudah retak. 

27 July 2012

Sikap sabar PAS berbaloi

Akhirnya
Ahli Dewan Undangan Negeri Pas kerusi Permatang Pasir, Datuk Salleh Man sah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) berkuat kuasa 24 Julai lalu.
Hal itu disahkan oleh Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Mansor Othman setelah pihaknya menerima surat daripada Yang di-Pertuan Agong.
Salleh juga merupakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang.
Apa modal Umno Penang lepas ni?

26 July 2012

PM Terakhir dari Umno

Wilfred Bumbering dan Lajim Hj Ukin telah menampakkan yang mereka akan keluar dan berpisah dari BN. Perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran oleh Wilfred memperkuatkan lagi keyakinan yang Timbalan Presiden UPKO itu akan menyertai pilihanraya kali ini sebagai salah seorang calon Pakatan Rakyat. Tindakan kedua-dua pemimpin Sabah ini pastinya memberikan tamparan hebat terhadap BN dan kita mengagakkan yang pilihanraya akan ditunda lagi ke tarikh yang lain dan tidak akan diadakan piihanraya pada bulan September seperti yang di spekulasikan oleh banyak pihak.


Di Sarawak pula ADUN Meluan Wong Judat semalam juga mengisytiharkan dirinya keluar dari BN. Beliau merupakan Naib Presiden kepada Parti Demokratik Progressive Sarawak (SPDP) telah keluar dari BN kerana hilang keyakinan kepada pimpinan BN sekarang ini.

BN kian hari kian malang dan segala petunjuk politik menggambarkan yang BN sudah sampai masa untuk diketepikan oleh rakyat. BN di Sabah sudah tidak lagi ada keupayaan untuk diperbaiki kerana pertelingkahan di antara parti-parti di dalam BN Sabah bukannya kecil. Krisis keyakinan terhadap Ketua Menteri yang merupakan pengerusi BN Sabah menambah lagi kegentingan BN dan beliau juga merupakan 'liability' kepada UMNO dan BN Sabah.

Banyak pihak yang mengatakan yang sebanyak 12 kerusi parlimen di Sabah akan kecundang dalam pilihanraya yang akan datang ini dan jika benar berlaku ia merupakan penambahan sebanyak 11 kerusi daripada satu yang sedia ada untuk pembangkang. Apa pun orang hendak kata Sabah sudah tidak lagi bertahan untuk menjadi ‘fixed deposit’ bagi BN dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Setiap parti dalam komponen BN di Sabah dan di Semenanjung sedang menghadapi masalah dan segala masalah ‘intra-party’ ini ditambah pula dengan masalah ‘inter-party’ yang kian  meruncing. Kita perlu ingat di Semenanjung BN akan hanya tinggal saki baki UMNO sahaja selepas PRU ini kerana komponen terbesarnya MCA akan menghadapi kekalahan yang menyeluruh. Dalam pada itu Gerakan sudah tidak relevan lagi dan MIC dijangka akan kalah dalam semua kerusi yang mereka tandingi.

Oleh itu saya tidak dapat hendak ‘comprehend’ apa yang dikatakan oleh Najib di Melaka baru baru ini yang BN akan menang di semua negeri dan BN akan menang dengan aggregate 14-0. Cakap-cakap itu menggelikan hati ramai pemerhati politik negara ini. Tetapi tidak mengapalah. Najib bukan kali itu sahaja yang bercakap tidak berasas dan itu sememangnya dilakukan beliau acap kali akhir-akhir ini.

Perkembangan terakhir di Sabah ini menambah keyakinan setengah pihak yang Najib dan seluruh kepimpinan beliau sedang menghadapi krisis keyakinan yang tersangat berat. Keadaan ini merupakan situasi yang belum pernah lagi dialami oleh BN sejak memerintah selama lebih dari lima dekad ini.

Maka keyakinan setengah pihak yang mengatakan Najib merupakan Perdana Menteri BN yang terakhir nampaknya semakin hampir menjadi kenyataan ..... aspanalias.blogspot

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini