24 April 2013

TGHH. ..PM hanya untuk orang Islam

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendiriannya bahawa jawatan Perdana Menteri hanya layak dipegang oleh orang beragama Islam.

Menegaskan demikian ketika berceramah di Kuala Berang di sini lewat malam tadi, Abdul Hadi berkata bagaimanapun soal menteri, tidak kira individu itu Islam atau tidak, masih boleh menjadi menteri seandainya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

"Memerintah negeri (bukan Islam) boleh dengan orang Islam, syaratnya, nombor satu, Perdana Menteri adalah orang Islam, yang jaga dasar negara mestilah orang Islam di negara Islam. Kalau bukan Islam, suruh dia masuk agama (Islam).

"Tetapi (contohnya) kalau (jawatan) Menteri Kerja Raya, kalau dia bukan Islam tapi dia mahir bab jalan raya boleh buat bangunan, kita lantik dia.Tapi kalau nak lantik dia jadi Menteri Jaga Masjid memang tidak boleh," katanya.

23 April 2013

Semua rakyat meluat dengan Zul Nordin kecuali Najib dan Rosmah

Ciuman dari anggota masyarakat India tidak memadai untuk menyelamatkan calon BN untuk kerusi parlimen Shah Alam, Zulkifli Noordin, atau menjadi penawar kepada perasaan “amat meluat” di kalangan warga berkenaan, kata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jarang sekali kita mendapat ahli politik seperti ini, penuh dengan ketaksuban kaum, merendah-rendahkan agama dan kepercayaan lain,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Anwar juga tertanya-tanya mengapakah pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak meletakkan Zulkifli sebagai calon di kawasan tersebut.

Sedangkan, masyarakat India kini “sangat meluat” dengan Zulkifli yang merupakan naib presiden PERKASA itu, katanya.Sentimen itu tidak boleh ditawarkan dengan hanya satu ciuman, kata Anwar lagi.

Zulkifli pada hari penamaan calon Sabtu lalu dirakam dalam keadaan beliau dirangkul erat dan dikucup oleh seorang lelaki, yang merupakan seorang penyokong dari BN dari kelompok masyarakat India.

Najib menguar-uarkan kucupan tersebut sebagai tanda bahawa masyarakat India sudahpun menerima Zulkifli yang sebelum ini mencetus kontroversi berhubung kenyataannya berhubung dewa Hindu.

22 April 2013

Derita Umno makin berganda

"Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13. 

Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS.


19 April 2013

Silap BN jadikan PR semakin rapat

Pengerusi DAP, Karpal Singh mengesahkan kesemua calon parti itu akan menggunakan logo PAS di Semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Keputusan ini dibuat selepas tamat tempoh jam 3 petang yang diberikan oleh DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik surat mereka dua hari lalu. 

Pada 17 April, ROS telah menghantar surat kepada DAP memaklumkan barisan kepimpinan DAP yang ada sekarang tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa ke atas semua pertubuhan berdaftar itu. 

Ia dibuat 48 jam menjelang hari penamaan calon pilihan raya umum ke 13 yang akan berlangsung esok. 

Dalam mesyuarat DAP bersama Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, datuk Saifudin Nasution Ismail lewat petang semalam, keputusan telah dicapai agar semua calon DAP di Semenanjung menggunakan logo PAS manakala di Sabah dan Sarawak menggunakan logo PKR. 

Malam tadi, mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP membuat keputusan untuk memberikan waktu kepada ROS agar menarik balik surat itu sebelum jam 3 petang hari ini. 

Selepas waktu itu berlalu, DAP mengambil keputusan untuk melaksankan plan yang dipersetujui bersama rakan Pakatan itu. 

"Dengan tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, saya tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket," kata Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP dalam kenyataannya yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar DAP semalam. 

Sejak petang semalam lagi, kakitangan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut sibuk menyiapkan surat kuasa untuk membolehkan calon DAP menggunakan logo PAS.

 Surat yang akan diserahkan kepada semua calon DAP itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. 

Penganalisis politik dari Singapore Management University, Dr Brigate Welsh (gambar kiri atas) berkata, tiga kesilapan besar telah dibuat oleh BN sehingga menyebabkan hubungan parti-parti Pakatan Rakyat semakin rapat. 

Tindakan ROS ke atas DAP, video lucah Setiausaha Agung PAS dan pemilihan Zulkifli Nordin sebagai calon BN dinamakan sebagai sebab-sebab itu oleh Brigate dalam tulisannya di Malaysiakini.

18 April 2013

Siapa dalang disebalik ROS tak iktiraf kepimpinan DAP menjelang 2 hari penamaan calon

Dua hari menjelang penamaan calon pilihan raya umum ke 13, Pendaftar Pertubuhan (ROS) menghantar surat kepada DAP hari ini memaklumkan barisan kepimpinan parti itu tidak diiktiraf. 

Surat yang dikatakan bertarikh semalam, 17 April itu dikatakan diterima oleh DAP hari ini.Lim Guan Eng ketika ditemui media enggan memberikan sebarang ulasan sekarang melainkan selepas mesyuarat mengenainya diadakan.

DAP dijangka membuat mesyuarat tergempar bagi membincangkan implikasi dari surat ROS itu. 

Sebelum ini, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, DAP akan menggunakan simbol PAS atau PKR jika pendaftaran membuat sebarang tindakan sehingga simbol DAP tidak boleh digunakan dalam pilihan raya ini. 

PAS pula telah menyambut dengan berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan permintaan dari DAP itu. Begitu juga PKR. 

Semasa kongresnya di Pulau Pinang Disember tahun lepas, DAP mengaku kesilapan telah berlaku dalam menentukan barisan kepimpinannya ekoran tersalah kira dalam komputer. 

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini