06 November 2013

Bantah Karpal Singh

PAS bantah kenyataan Karpal

PAS membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Karpal Singh yang meminta parti yang berasaskan kaum dan agama tidak boleh dibenarkan, dan menganggap ianya serius dan membahayakan.

PAS sangat kesal dengan kenyataan yang tidak berasas ini, yang memperlihatkan betapa Karpal gagal tidak memahami perjuangan PAS.Apakah bahaya perjuangan PAS bagi masyakarat majmuk di Malaysia?

Nilailah sendiri pada PAS yang memerintah Kelantan lebih 23 tahun, Terengganu pada tahun 1999 dan Kedah pada 2008 dari segi perpaduan kaum dan menjaga hak Muslim dan bukan Muslim. Apakah ada golongan bukan Islam yang disisihkan?Karpal sepatutnya mengemukakan fakta bukan mengeluarkan kata-kata ikut sedap hati.

Kenyataan begini tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat dalam suasana rakyat menolak BN dan mulai yakin dengan kepimpinan PR.Beliau sepatutnya lebih bijak sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejeskan hubungan baik dalam PR serta sokongan rakyat selama ini.

Kenyataan sebegini juga merugikan DAP secara amnya.PAS menyerahkan kepada kepimpinan DAP untuk mengambil tindakan berhubung kenyataan tersebut.

Di atas nama parti, PAS membantah keras kenyataan beliau.

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS.
6hb Nov 2013

04 November 2013

Sg Limau KEKAL

Calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi  Lazim dengan majoriti 1,084 undi. 

Beliau memperolehi 12,069 undi sementara calon BN pula 10,985 menjadikan majoriti diperolehi 1,084 undi.

Yang penting menang

BIARPUN ramai pihak menjangkakan PAS mungkin berdepan kesukaran untuk mengekalkan jumlah majoriti sedia ada apatah lagi mahu menang lebih bergaya pada Pilihan Raya Kecil Sungai Limau kali ini, namun keputusan sebenar hanya akan deketahui malam ini.

Beberapa faktor dilihat menjadi teras penting dalam mencorak keputusan yang akan diperoleh malam ini.

Sepanjang 11 hari kempen, kedua-dua pihak dilihat berhati-hati dalam pendekatan mereka kerana masing-masing tahu, sebarang kesilapan akan bakal membawa padah yang membawa kalah.

Kedua-dua pihak sedia maklum dengan ketokohan Allahyarham Ustaz Azizan yang dihormati kawan dan lawan, maka ianya menjadi pokok kepada kerangka strategi kempen yang akan dijalankan.

Kesilapan BN dan PASDi pihak Umno BN, mereka tahu Sungai Limau adalah kubu kuat PAS, dengan kata lain kubu kuat Ustaz Azizan juga. Jadi pendekatan mereka, turut menaikkan baner ucapan Alfatihah kepada Allahyarham sebagai tanda simpati yang dipuji oleh PAS itu sendiri.

Tidak cukup dengan itu, pendekatan sederhana Ustaz Azizan sebagai seorang pemimpin agamawan juga cuba ditiru oleh Umno apabila mereka termasuk Menteri Besar Datuk Mukhriz, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan calon Sohaimi Lazim dipotret dengan imej berkopiah putih, iaitu imej yang luar dari kebiasaan Umno yang bersongkok hitam tinggi.

Namun strategi fasa pertama BN itu rosak sama sekali dengan kenyataan Muhyiddin yang mengaitkan keputusan kerajaan menaikkan harga gula dengan pemotongan kaki Allahyarham Ustaz Azizan.

Tindakan itu dilihat bukan sahaja menghina Allahyarham dan keluarga, tetapi sekaligus mencemar perinsip awal kempen BN yang tidak mahu mencalar peribadi Ustaz Azizan.

Selepas didesak berkali-kali, Muhyiddin akhirnya sedar tindakannya yang tidak sepatutnya itu telah merugikan BN, lalu beliau terpaksa meminta maaf secara terbuka dan ianya dikira selesai apabila diterima keluarga Allahyarham.

Selain pengumuman projek berjuta-juta, BN juga meneruskan tradisi kempen mereka dengan mendoktrin bahawa pembangunan lebih senang jika wakil rakyat di Sungai Limau dari pihak yang sealiran dengan kerajaan negeri dan pusat.

Secara tidak semena-mena pula Mukhriz  berkempen akan menjadikan Sungai Limau sebagai Dun angkat Menteri Besar jika BN menang.

Kenyataan itu dibidas PAS yang mempersoal keikhlasan Mukhriz yang baru sahaja bercakap nada itu pada PRK kali ini.

"Kalau dia ikhlas, waktu Allahyarham Ustaz Azizan tidak sihat hari tu, Mukhriz sudah isytihar Dun Sungai Limau ini Dun angkat menteri besar, tapi kenapa baru sekarang," soal Mahfuz yang juga pengarah jawatankuasa induk PAS bagi PRK ini.

Bagi pihak PAS pula, kesilapan turut dikesan termasuk isu risalah profile calon yang memuat gambar calon yang ‘disuperimpose’ sehingga menjadi laporan muka hadapan beberapa akhbar perdana.Akur dengan kesilapan terlepas pandang  itu, PAS juga turut memohon maaf secara terbuka pada sidang medianya.

Kesemua ini, sama ada kesilapan dari pihak Umno BN atau PAS, kesan kedua-duanya hanya akan dilihat pada undi yang akan diterjemahkan hari ini.

Tabur duit

Tindakan agresif BN dalam menarik undi rakyat dengan pengumuman projek, pemberian wang dan barangan keperluan dari rumah ke rumah sudah tentu sedikit sebanyak memberi kesan.

Senjata ampuh itu sebelum-sebelum ini pun terbukti telah berjaya mengunci pengundi lama BN dan menarik pengundi atas pagar untuk mengundi mereka.

Faktor ini juga antara yang sering menjadi kebimbangan lawan kepada BN yang biasanya menurunkan seluruh jentera kerajaan berkampung di setiap PRK.

"PRK ini kita bukan lawan Umno BN, kita lawan jentera kerajaan."Putrajaya yang duk kat KL tu depa bawa semua mai duk Sungai Limau," kata seorang petugas PAS ketika berbual di Markaz Induk PAS di Batu 16 di sini.

Pengundi luar

Satu lagi faktor yang boleh dikira sebagai penentu adalah kepulangan pengundi luar.

Dianggarkan lebih 3,000 pengundi Sungai Limau berada di luar kawasan. Dengan majoriti pada PRU13 lalu 2,774 undi, sudah tentu kepulangan mereka dinanti PAS itu sendiri kerana secara umumnya pengundi luar dilihat lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat.

Faktor ini menjadi kebimbangan kepada sesetengah pihak sehingga SMS palsu tersebar sejak semalam yang memberitahu pengundi luar agar tidak perlu balik mengundi kerana calon PAS sudah menang.

Sabotaj dalamanSatu maklumat yang mungkin memberi sedikit kelegaan kepada PAS apabila terdengar cakap-cakap di kalangan pemimpin Umno di sini yang mahu BN kalah pada PRK kali ini.

Asas kepada harapan itu adalah kerana tidak mahu Datuk Mukhriz terlalu angkuh dengan jawatan menteri besar segera yang dipegangnya ketika ini.Mukhriz didakwa semakin sombong selepas baru lima bulan menjawat jawatan itu.

"Mujur dia tewas pertandingan naib presiden Umno tempoh hari, kalau tidak lagi naik toncang la dia.

"Kami suka kalau PRK ini BN kalah. Biar Mukhriz dilihat gagal mendapat sokongan rakyat," kata sekumpulan "jentera pelancong" Umno yang ditemui si Sungai Dedap di sini.

Bagaimanapun, dengan mengenepikan faktor berapa majoriti yang bakal diperolehi PAS, secara atas kertasnya melalui kajian dan survey yang dibuat, calon PAS, Ustaz Mohd Azam dikatakan akan menang di Sungai Limau.

PAS yang berada pada posisi mempertahan kedudukan kerusi tradisi lima penggal tentunya lebih tertekan berbanding Umno yang berada di posisi merampas.

Mengambil kata-kata seorang penganalis politik ketika mengkaji kempen di Pilihan Raya Kecil di Manek Urai, Kelantan penggal lalu, "tak kisah majoriti berapa, lebih satu undi pun dikira menang. Yang penting menang, majoriti itu nombor dua".

Pada PRU13 Mei lepas, Ustaz Azizan yang mendapat 13,294 undi menang dengan majoriti 2,774 undi menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali (10,5204 undi) serta dua calon Bebas, Sobri Ahmad (100) dan Abdullah Hashim (84).

31 October 2013

Min 500 undi

JERAI: PAS menjangkakan mampu menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau yang dijadual 4 November ini dengan meletakkan minumum majoriti sebanyak 500 undi.

Pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata sasaran itu mengambil rujukan keputusan yang diperoleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan ketika kali pertama bertanding di Dun itu lima penggal lalu.

Ketika itu katanya, Allahyarham menang sekitar majoriti tersebut dan calon PAS kali ini Ustaz Mohd Azam Abd Samad juga diletakkan kayu aras yang sama.

"Kita jangka majoriti lantai tidak akan kurang daripada 500 undi seperti kali pertama Allahyarham Ustaz Azizan bertanding dulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya keyakinan semasa PAS terhadap PRK kali ini pada sidang media di Markas Induk PAS di Sungai Limau hari ini.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, beliau yakin dengan kebijaksanaan pengudi di sini yang akan membuat pilihan tepat pada 4 November ini.

Bagaimanapun beliau tidak mahu terlalu yakin kerana tempoh berkempen masih berbaki beberapa hari dan banyak perkara lagi yang harus dilakukan.

Beliau turut ditanya keadaan di mana jentera BN di dakwa telah berjaya masuk ke beberapa kawasan yang dikatakan kubu kuat PAS selama ini.

"Kita tidak terlalu gusar, kita yakin dengan pengundi.

"Kita amal demokrasi, politik damai, dan kita tidak halang pihak lawan nak masuk kempen ke mana sahaja mereka mahu," katanya.

Dun Angkat

Ditanya berhubung cadangan agar Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir menjadikan Sungai Limau sebagai Dun angkat jika menang, Mahfuz berkata rakyat boleh menilai perkara itu.

"Kalau Datuk Mukhriz ikhlas, tak perlu tunggu menang pilihan raya, sepatutnya dia dah ambil Dun Sungai Limau ini sebagai Dun angkat sewaktu Allahyarham Ustaz Azizan sakit lagi.

"Jadi kenapa baru sekarang, bila ada pilihan raya kecil, baru perkara ini ditimbulkan," soalnya.

Siapa bertanding

Dalam pada itu, Mahfuz turut persoal siapakah sebenarnya calon BN yang bertanding ekoran wujud beberapa kain rentang yang boleh mengelirukan.

Beliau merujuk kepada kain rentang serta poster yang meletakkan gambar Mukhriz dengan tulisan "N20 PRK Sungai Limau" iaitu seolah-olah Menteri Besar itu yang bertanding.

"Biasa kita letak gambar pemimpin lain sebelah calon ke, atau letak undilah BN ke. Ni macam dia yang kadi calon. Ini boleh mengelirukan."Saya minta SPR jelaskan adakah perkara ini dibenarkan," katanya.

Umno dan kopiah putih

Latar belakang dan budaya masyarakat Islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau yang taat beragama mungkin mendorong calon BN dan para pemimpin Umno merubah corak pemakaian dan bahan kempen apabila mengenakan kopiah putih yang agak sinonim dengan PAS.

Sepanduk dan papan iklan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang dipasang di sekitar kawasan PRK Dun Sungai Limau sebahagiannya memaparkan foto beliau dengan kopiah atau ketayap putih.

Imej Dr Ahmad dengan kopiah putih ini menghiasi sepanduk dan papan iklan bertemakan "Berani Hijrah" bagi menyaingi tema "Kekal" calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.Pengerusi Perhubungan Umno Kedah yangjuga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir turut kelihatan berjemaah di beberapa masjid di sekitar Dun Sungai Limau dengan berkopiah putih.

Mungkin juga kempen harmoni yang dilancarkan PAS dan BN di Sungai Limau membuahkan hasil apabila pemimpin kedua-dua parti cuba mengetepikan perbezaan melalui perlambangan.

Budaya baru Umno ini amat berbeza dengan pendirian bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin yang mahukan songkok hitam menjadi pemakaian orang Melayu berbanding kopiah putih.

Begitu juga dengan Ketua Bahagian Umno Baling yang juga Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mahukan para jemaah haji Malaysia memakai songkok dan berbaju Melayu ketika menunaikan solat di Masjidil Haram, Makkah.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini