25 December 2008

Cerita Lama, Bila dekat Pilihanraya, Isu Hudud Pasti Timbul ~ Khalid Samad

The Issue of Hudud Laws

[Dalam Dwibahasa]

Once again, like clockwork, just before a bye-election to be contested by a PAS candidate, the issue of Hudud laws takes centre stage. I personally did not follow Husam’s debate with Khairy but I was told that Husam, in response to Khairy’s statement responded by saying that if given control over the federal government, Hudud laws would be implemented!

I asked Husam, did he say ‘PAS’ would implement Hudud if given power at the Federal Government or ‘PR’? Husam said he said ‘PAS’. OK. If he said PAS, I contemplated, that meant that he was referring to a time in the future, distant or otherwise, when PAS, on its own, has managed to convince the Malaysian electorate of the correctness and effectiveness of the Islamic system as a whole, including the Hudud laws and wins the elections on this basis. In other words, PAS wins the elections on an Islamic agenda. That did not sound too bad.

In such a situation, it is obvious, that PAS will implement the Hudud laws as that is what the electorate has accepted and supported. That is what the electorate, having been convinced by PAS, wants to see implemented. I mean, that is what Democracy is about, isn’t it?

I was recently told that Husam, in his enthusiasm to respond to Khairy’s statement, had stated that ‘PR’ and not PAS, would implement the Hudud laws if given power at the Federal level! My heart sank! Husam was overly enthusiastic so much so that he was himself unaware that he responded on behalf of the PR!

With all due respect, it is obvious that Husam made a mistake by answering the question in the affirmative because in the first place, he had no right to speak for the PR as a whole. Actually, no one party has the right to speak on behalf of all three and whatever laws or policies to be implemented must first get the agreement of all three parties. Governance must be on the basis of consensus.

More importantly, the public has also to be referred to. We cannot implement the Hudud laws or any other law which was not specified and agreed to by the people who elected us into power. That would be a breach of trust of our part. It is obvious that the PR did not win in the 5 states on the basis of the implementation of the Islamic legal system and to implement the Islamic legal system in such a circumstance would be improper. Obviously, our partners in the coalition would also not allow it.

This however does not mean that PAS therefore has no purpose or reason to be with the PR government. After all, good governance is as equally an important element of the Islamic agenda as any other aspect of the Islamic system, Hudud laws included. Furthermore, through the PR governments, each and every party can now explain and express their ideas freely to the electorate. The DAP and PKR as well as PAS are free to express their views and opinions and do their level best to convince each and every member of the public of the correctness of their vision.

Anyway, it goes without saying that UMNO/BN will make this an issue for the KT bye-elections. It is up to the electorate in KT to prove their maturity in understanding the issues at hand and not be swayed by what is obviously a lapse of concentration on the part of Husam. PR is not PAS alone and neither does PAS subscribe to the concept of coercion when it comes to the question of achieving the Party’s objectives. Persuasion is our ONLY weapon and that’s why we exist as a political party involved in the elections.

WalLahu 'Alam

********************************************************************************************************
Isu Hudud

Sekali lagi, seperti biasa, sebaik sahaja sebelum pilihanraya kecil yang akan ditandingi oleh calon PAS, isu Hudud diketengahkan. Secara peribadi, saya tidak mengikuti debat diantara saudara Husam dan Khairy tetapi difahamkan bahawa dalam membalas hujah Khairy, Husam telah menyatakan bahawa Hudud akan dilaksanakan jika diberi mandat diperingkat pusat!

Saya bertanya sendiri kepada Husam, adakah beliau menyatakan bahawa ‘PAS’ akan melaksanakan Hudud diperingkat pusat atau ‘PR’? Husam kata ‘PAS’. OK. Jika beliau kata ‘PAS’, saya fikir ianya merujuk kepada satu masa yang akan datang, dekat atau sebaliknya, apabila PAS dengan keupayaannya sendiri berjaya meyakinkan pengundi di Malaysia berkenaan kebenaran dan keberkesanan sistem pemerintahan Islam secara menyeluruh, termasuklah hukum Hudud dan secara langsung berjaya memenangi pilihanraya diatas dasar ini. Itu tidaklah teruk sangat bunyinya.

Dalam situasi sebegitu, adalah jelas, bahawa PAS akan melaksanakan hukum Hudud sepertimana kehendak pengundi yang telah menerima dan menyokong PAS. Ia adalah apa yang diinginkan oleh pengundi, setelah diterangkan oleh PAS, maka mereka bersetuju ianya dilaksanakan. Dalam erti kata lainnya, itu adalah demokrasi yang sebenarnyakan?

Saya pula baru ini diberitahu bahawa Husam, dalam keghairahan beliau membalas hujah Khairy, telah menyatakan bahawa ‘PR’ dan bukan PAS yang akan melaksanakan hukum Hudud jika diberi mandat diperingkat pusat! Saya terkejut! Husam telah begitu ghairah dan dengan kerana itu tidak sedar yang beliau telah berhujah bagi pihak PR!

Dengan rasa penuh hormat, ia adalah jelas bahawa Husam telah tersasul dalam menjawab pertanyaan tersebut kerana pertamanya beliau tidak berhak bercakap bagi pihak PR secara keseluruhannya. Sebenarnya, tiada satu parti pun yang mempunyai hak ke atas mana-mana parti lain, dan apa juga undang-undang atau polisi yang ingin dilaksanakan perlulah dipersetujui oleh ketiga-tiga pihak. Pemerintahan mestilah berdasarkan persetujuan bersama.

Apa yang lebih penting, rakyat perlulah dirujuk terlebih dahulu. Kita tidak boleh melaksanakan hukum Hudud atau apa sahaja undang-undang yang tidak ditentukan dan dipersetujui oleh rakyat jelata yang melantik kita ke tampuk kuasa. Itu merupakan sesatu yang tidak amanah. Adalah jelas PR tidak memenangi kelima-lima negeri berdasarkan usul perlaksanaan sistem undang-undang Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam dalam keadaan sebegitu merupakan seseuatu yang tidak sesuai. Juga jelas, rakan- rakan kita dalam pakatan tidak akan membenarkannya berlaku.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna PAS tidak mempunyai tujuan atau sebab untuk kekal bersama kerajaan PR. Ini kerana pemerintahan yang baik adalah sama penting dalam agenda Islam sepertimana aspek lain dalam sistem Islam, termasuklah dalam soal hukum Hudud. Lebih utama lagi, melalui kerajaan PR, setiap parti boleh menjelas dan menerangkan pandangan dan pendapat mereka sebaik mungkin bagi meyakinkan setiap rakyat jelata tentang kebenaran perjuangan mereka.

Walaubagaimanapun, ia tidak perlu dinyatakan lagi bahawa UMNO/BN akan mempermainkan isu ini demi kepentingan mereka di dalam PRK-KT. Ini terpulang kepada para pengundi di KT sendiri untuk membuktikan kematangan dan kefahaman mereka di atas isu yang ada dan tidak terpengaruh dengan apa yang jelas sebagai kealpaan bagi pihak saudara Husam sendiri. PR bukannya milik PAS sendiri dan PAS tidak boleh menerapkan konsep paksaan dalam usaha kita mencapai objektif parti. Meyakinkan rakyat adalah merupakan satu-satunya senjata kita dan kerana itulah kita memilih untuk menjadi sebuah parti politik yang terlibat di dalam pilihanraya.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini