11 December 2008

PAS, jgn kembali kedaerahan ~ ref : malaysiakini

saye setuju benar dengan cadangan tuan guru nik abd aziz..untuk menjadikan mohammad sabu sebagai calon pada pilihan raya kecil kuala terengganu..tuan guru dapat melihat kemasa depan pas, dimana dimasa ini dalam parlimen pas kekurangan tukang berhujjah yang petah berbicara dan dengan senang dapat mematahkan hujjah lawan..

ini kurangnya pemimpin pas yang ada kini..bukan untuk menidakkan cadangan pas kt..demi kelangsungan pas dan penilaian masyarakat untuk mendepani pilihan raya umum yang ke 13 nanti..adalah baik pas menampilkan mohammad sabu untuk kembali ke parlimen secepat mungkin.. dan nanti bila pilihan raya ke 13 baharulah kalau memang mahu menggunakan kembali anak tempatan..kalau memang itu pilihannya..

tapi tidak buat masa ini,dimana pas amat nampak kekurangan pemimpin yang boleh diandalkan untuk mematahkan hujjah lawan,kita harus hebat dan menggentarkan lawan dan nampak hebat dimata lawan..dengan demikian akan lahirlah penghormatan buat pas dan rasa segan dan perkiraan dapat di miliki..di mana rasa perkiraan yang ada di pihak lawan itu akan membuat mereka berfikir dua kali untuk merendah rendahkan pas..

adalah malang bagi pas untuk kembali membangkitkan semangat kedaerahan,sedangkan sudah sekian lama kita mentarbiyah ahli bahwa islamlah harus di utamakan dan kepentingannyalah yang di dahulukan,nah kepentingan itu yang harus melebur semangat kedaerahan yang sudah mula tumbuh kembali kini..amat sayang dan disesalkan bila kita mundur kebelakang setelah puluhan tahun berjuang..tak mengapalah kita korbankan sementara kt ini,asalkan pada pilihan raya umum ke 13 nanti kemenangan dapat kembali ketangan kita.. saye percaya dengan jiwa yang besar yang dimiliki mohammad sabu..andainya dia tak terpilihpun dia tak mengapa..dan begitu juga saye amat berharap pada pas kt andainya pimpinan memilih mohammad sabu dapatlah kiranya memberi kerjasama penuh demi pas dan apa yang telah kita perjuangkan selama ini.. dan saye percaya pada pru 13 nanti pilihan saudara pas kt akan di tunaikan juga oleh pimpinan..

semoga kebijaksanan pimpinan dan paling utama pengorbanan pas kt dapat merai ridho alloh demi kemenangan pas pada pru ke 13 nanti..karena masa amat pantas berlalu..pejam celik sudah sampai juga..

salam majujaya buat teman yang memperjuangkan kebenaran sejati..demi tertegaknya sebuah impin yaitu islam yang tinggi dan di tinggikan dengan kemuliyaannya.

1 comment:

  1. Gajah itu harus dilihat dari semua segi.
    Jangan dipegang pada tengkuknya saja, tak terjumpa gamaknya.

    Memang Abang Mat handal berucap, gaya bahasa mudahnya sama seperti gaya Mahathir, malah lebih baik.

    Tetapi PAS juga perlu menampilkan calon2 yang bergaya Menteri, antara lainnya, bukan sekadar jadi pembangkang. Atau bersuara kuat, atau pandai berpantun. Kita kena ada winner's mentality.

    Tokoh muda juga perlu dikemukakan.
    Masalah di Terengganu ialah set2 yang memegang tampuk ialah orang2 itu juga sejak 30 tahun lepas.
    Asyik2 muka itu2 juga.
    Kena refresh. Reshuffle.

    Winnability ? Kena kira juga.

    It is a simple marketing principle. Perhatikan apa customers nak. Kalau customers nak sirap bandung letak susu, maka you buat la sirap bandung letak susu. Jangan hantar kopi walaupun hang suka kopi.

    Yang mengundi di P36 itu bukan saja ahli2 PAS, malah ahli UMNO, MCA, PKR, tak berparti, dan juga yang di atas pagar. Jangan dikira ahli2 PAS saja.

    Ni nak tambah. Siapa yang anjurkan karnival rakyat kat depan McDonald Kota Kemuning a few months back. Awat jadi lagu tu ? Strategize la sikit beb. Event Management 101 c'mon.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini