19 December 2008

Lawatan Ke Rumah Ahli Kelab Penyokong PAS



Lawatan telah dibuat pada hari Ahad (14/12/08) yang lalu di Jalan Sri Tanjung Tmn Sri Andalas, Klang. Lawatan bersama YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja turut disertai oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kota Raja.
Sdr Vijayaprasad selaku tuan rumah amat berbesar hati dan gembira dengan kehadiran YB serta rombongan. Turut tinggal bersama beliau ialah ibunya yang berusia 96 tahun (masih sihat cuma ada masalah penglihatan).
Kita sempat membantu dengan mendaftarkan ibu beliau termasuk Sdr Vijaya sendiri sebagai Warga Emas Negeri Selangor dengan mengisi borang berkenaan.
Dr Hakim, suami kepada YB Dr Siti Mariah Mahmud juga turut serta dalam lawatan tersebut manakala Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kota Raja diwakili oleh Sdr Mohd Sidin, Sdr Abd Majid, Sdr Bakhirudin & Sdr Syed Abd Malek.
Posted by:
Sekretariat Syed Abd Malek



No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini