mokhtarproton said
Isu arak bukan issue umat islam sahaja,tetapi isu manusia semenjak Adam dijadikan.Kalau ditempat kite yg majmuk kena ada pendekatan/usub yg agak lunak dan bersifat universal sesuai dgn islam itu sendiri bersifat universal.
Arak merosakan akal dan kesihatan.Berlaku banyak kemalangan dan kehancuran rumahtangga berpunca dari arak.
Cadangan saya:
1- Buat satu kajian atau search dlm internet info tentang keburukan dan akibat dari minum arak (buat koleksi). Kemudian buat satu bengkel dan setiap orang present hasil masing masing.Lagi banyak orang terlibat lagi bagus.
2- Buat satu perbandingan agama (Islam,kristian,buldha,hindu dll agama) mengenai hukum arak.setahu saya semua agama melarang minum arak.
3- Adakan perjumpaan bersama NGO yg berbilang kaum yg mereka ni concern pasal arak.
4- Buat perjumpaan dgn penduduk Kota Raja yg bukan islam yg mana mereka ni hidup derita kerana suami atau anak atau jiran kaki minum arak. kalau boleh ambil biodata/gambar mereka tapi jangan dedah,hanya untuk rujukan aje. Kemudian masukan dlm risalah atau artikel.
5- Adakan pertemuan dgn jabatan kerajaan (hospital,bomba dan yg berkaitan) untuk dapat info pasal arak.
6- Dapakan ulasan atau komen dr semua kaum tentang persetujuan mereka tentang keburukan arak dan langkah mengawal penjualan arak adalah satu langkah yg tepat.
Lepas semua langkah diatas diambil maka barulah kita buat satu benkel/perjumpaan dan bincang macam mana nak buat satu presentation yg canggih supaya boleh dibentangkan kat mane mane tempat (MPK/MBSA/dewan udangan ke atau mane mane tempat).kalau boleh bila orang tengok presentation kite orang menangis,insaf, sedar dan bersemangat untuk membasmi arak.Jadikan kempen BENCI ARAK ini kempen semua kaum dan agama.JANGAN JADIKAN IA ISSUE UMAT ISLAM SAHAJA.
Kalau kite boleh kempen rakyat perbagai kaum untuk menolak/membenci BN yg bawa keburukan masa depan Negara,mengapa kite tak boleh kempen orang membenci ARAK?
Rasullulah bersabda yg bermaksud:
Sesungguh nya Allah amat menyukai seseorang apabila ia melakukan sesuatu pekerjaan/amalan maka ia melakukan nya dengan terbaik/excellent.
Dengan demikian itu sama sama kita membaiki dan memantapkan lagi kerja kerja kita. Jangan kerana issue penjualan arak ini menjauhkan bukan islam dari islam,menakutkan mereka pada PAS dan mengakibatkan kita hilang kerusi di negeri lain dan melonggarkan ikatan PR.
Semoga Allah memberkati amal amal kita dan menjadikan ulama tempat kita merujuk dlm satu satu pekara.
Segala yg baik dr Allah,Yg silap dr nafsu hamba sendiri.
ALLAHU AKBAR.
No comments:
Post a Comment