15 February 2009

Bukit Gantang, Bukit Selambau akan adili "kerajaan pimpinan perasuah"

"Dan kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan kerajaan.

Abdul Aziz Mustafa - Harakah

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat menyesuaikan tarikh pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan tarikh orang-orang Umno berhimpun menghakiskan lagi keyakinan rakyat kepada suruhanjaya itu, kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

"Penetapan tarikh kedua-dua pilihan raya kecil itu menyebabkan begitu ramai pihak yang semakin yakin serta menuduh SPR memijak-mijak harga dirinya sendiri untuk menjadi alat Umno."Mereka tidak boleh dipersalahkan kerana penamaan calon kedua-dua pilihan raya ditetapkan pada 29 Mac iaitu selepas Umno berhimpun pada 24 hingga 28 Mac," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Bagaimanapun, Salahuddin mengucapkan terima kasih kepada SPR kerana mengadakan kedua-dua pilihan raya kecil itu selepas Umno berhimpun kerana tindakan SPR itu akan memberi peluang kepada rakyat berjumpa dengan apa yang disebutkan oleh bekas presiden parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "kerajaan pimpinan perasuah".

Menurut bekas Perdana Menteri, jika yang menang dalam pemilihan Umno Mac ini adalah orang yang menghulur rasuah maka parti itu akan dipimpin oleh perasuah.

"Dan kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan kerajaan.

"Saya telah berbual dengan beberapa orang yang tidak berparti dan juga yang berparti. Pendapat mereka semuanya sama - mereka tidak ingin diperintah oleh kerajaan pimpinan perasuah," kata Dr Mahathir.

Mengambilkira apa yang diperingatkan oleh Dr Mahathir itu, kata Salahuddin, PAS akan menjadikan kedua-dua pilihan raya kecil itu sebagai medan untuk rakyat mendesak para pemimpin Umno membuat pengakuan bahawa mereka tidak merasuah ahli-ahli parti itu untuk dipilih sebagai pemimpin.

"Kita akan mengajak rakyat Bukit Gantang dan Bukit Selambau menuntut mana-mana pemimpin Umno yang datang berkempen ke kedua-dua kawasan itu supaya bersumpah di mana-mana masjid di kedua-dua kawasan tersebut bahawa mereka tidak merasuahkan ahli-ahli Umno atau mana-mana pihak untuk dipilih sebagai pemimpin.

"Yang utama sekali ialah kita akan mengajak rakyat di sana menuntut Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah bahawa beliau tidak merasuah sesiapapun samada ada di dalam atau di luar Umno sehingga beliau menang tanpa bertanding sebagai presiden parti itu.

"Bukan kita yang mulakan tetapi Najib sendiri yang mengajar rakyat supaya bersumpah untuk membuktikan kebenaran apabila beliau bersumpah dalam masjid di Kampung Guar Perahu dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dahulu bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu," kata Salahuddin.

Sumpah Najib itu dibuat berikutan keterangan seorang saksi dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya bernama Burmaa Oyunchimeg yang memberitahu mahkamah bahawa Altantuya pernah menunjukkan gambar yang diambil di Hong Kong selepas beliau kembali dari Paris.

"Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat," katanya.

Ketika ditanya siapakah pegawai kerajaan Malaysia itu, Burmaa memberitahu: "Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda)".

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini