28 February 2009

Masaalah Kilang Haram di Kampung Jawa

KAMPUNG JAWA - Sesi perbincangan membabitkan penduduk, pihak kilang serta Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan diadakan dalam masa terdekat bagi mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu kilang yang dibina berhampiran dengan kawasan perumahan di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan ketiga-tiga pihak berkenaan bagi menyelesaikan isu yang sudah berlarutan sejak empat tahun lalu itu di mana ia menimbulkan pelbagai masalah dalam kalangan penghuni di kawasan berkenaan.

Menurutnya, perbincangan itu dilakukan bagi mencari pendekatan yang sesuai dan tidak membebankan mana-mana pihak dalam isu yang timbul itu.

“Kita perlu mendengar penjelasan daripada semua pihak dalam hal ini kerana dasar kerajaan negeri tidak akan membebankan mana-mana pihak yang terbabit.

“Saya juga akan meminta penjelasan terperinci daripada pihak majlis tentang status kilang berkenaan yang beroperasi sejak empat tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke kawasan berkenaan dan seterusnya mengadakan pertemuan dengan penduduk yang berhampiran dengan kilang terbabit.

Dr Xavier berkata, situasi yang dialami penduduk secara jelas memperlihatkan ketidaktelusan pihak terbabit terutama MPK dalam soal penguatkuasaan undang-undang sehingga kilang itu dapat beroperasi sebelum ini.

Menurutnya, beliau juga akan mendapatkan penerangan daripada jabatan yang terlibat antaranya Jabatan Bangunan, Jabatan Perancang serta Pelesenan berhubung masalah berkenaan kelak.

“Kita tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, namun secara jelas apa yang berlaku adalah kerana sikap sambil lewa di samping kegagalan pihak terdahulu menangani masalah berkenaan yang mengakibatkan penduduk mengalami kesannya hingga kini,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian semalam menyiarkan masalah penduduk di sebuah taman perumahan di sini yang mengalami masalah kesihatan berhubung kewujudan sebuah kilang berhampiran yang menyebabkan pencemaran udara sejak empat tahun lalu.

Penduduk mendakwa pernah membuat aduan kepada pihak berkaitan, namun tiada tindakan.

Sebentar tadi kira-kira jam 2.00 petang saya menemui penduduk ini menemui YB Dr Siti Mariah di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini