05 February 2009

Umno harus contohi Rasulullah

Exco Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Zainal Abidin Sakom beranggapan masalah politik dalam UMN0 menjadi semakin meruncing kerana UMNO kurang mendapat barakah disebabkan ada ahli yang terlibat dalam gejala rasuah politik. Menurutnya, kumpulan besar pemimpin dalam UMNO sudah tidak percaya kepada qada dan qadar selain tidak menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh pemimpin dan pegangan.

“Mereka tidak lagi percaya untuk menjadi pemimpin perlu petunjuk dan hidayah Allah, sebaliknya beranggapan menjadi pemimpin tidak ada jalan lain selain menggunakan rasuah politik. “Bayar salah, tak bayar kalah. Ini telah menjadi budaya dalam UMNO untuk jadi pemimpin melalui rasuah politik.

“Di dalam Islam sendiri ada larangan mengambil dan menerima rasuah sama ada rasuah politik atau politik wang itu sama,” katanya. Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan berkata, jika seseorang pemimpin dipilih melalui rasuah politik, kemenangannya tidak mendapat barakah.

“Sebagai contoh, kerajaan telah membuat keputusan untuk memberi biasiswa kepada anak-anak Melayu memasuki universiti tetapi mengapa mereka ini dalam satu masa yang lain memusuhi kita.

“Inilah yang dinamakan tiada barakah kerana disebabkan pembuat keputusan itu mendapat jawatan dari jalan yang tidak baik,” katanya.
Zainal berkata, dari segi kepimpinan, UMNO telah nampak seperti tenggelam punca untuk mencari jalan terutama sekali bagi menyatukan kekuatan yang lemah kepada bangsa Melayu dan rakyat keseluruhannya.

“Jika pemimpin-pemimpin mengetengahkan metode kefahaman Islam di samping sentiasa menjadikan Rasulullah SAW sebagai pemimpin contoh kepimpinan, saya percaya kekuatan UMNO akan kembali,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini