20 July 2010

Tindakan lembab JKR mengundang kemarahan rakyat


KLANG - Isu permukaan jalan di Jalan Kebun melalui Johan Setia menghala ke Banting menimbulkan pertanyaan kepada penduduk setempat berikutan keadaannya yang tidak selamat kepada pengguna disini.

Ahli Dewan Undangan Neferi (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie berkata, perkara itu telah beberapa kali dibangkitkan hingga ke peringkat Kerajaan Negeri namun reaksi yang diterima daripada pihak berkenan agak mengecewakan.

Menurutnya, keadaan jalan di situ agak berisiko dan telah banyak kali berlaku kemalangan membabitkan penunggang motosikal yang menggunakan laluan itu.

"Terdapat tujuh kawasan yang berbahaya dan dua daripadanya perlu dibaiki secepat mungkin".

"Masalah ini jika tidak diberi perhatian dikhuatiri akan menyebabkan risiko kemalangan yang lebih serius terutama kepada penunggang motosikal yang terdedah dengan keadaan jalan rosal di situ," katanya.

Menurutnya, jalan berkenaan hanya boleh digunakan kenderaan lapan tan namun keadaan kini bertukar sebaliknya kerana ia merupakan laluan pintas untuk ke Banting terutama kenderaan berat seperti treler.

Shuhaimi berkata, keadaan yang berlaku sejak dua tahun lalu itu menimbulkan pertanyaan kepada beliau dan penduduk setempat kerana kos pembinaannya tidak setimpal dengan apa yang berlaku hari ini.

"Saya meminta pihak berkenaan membuka mata dengan apa yang berlaku, ia melibatkan nyawa pengguna."

"Saya tidak mahu menghuraikan cerita di sebalik pembinaan jalan ini kerana ia akan menyebabkan beberapa pihak 'panas' kerana terdapat unsur yang boleh dipertikaikan," katanya.

Perjumpaan melibatkan ADUN, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan jabatan yang terlibat adalah untuk menerangkan secara jelas situasi sebenar keadaan jalan disitu.

Ahli Majlis, Azmizam Zaman Huri berkata, pihaknya menerima hampir sepuluh aduan setiap hari tentang keadaan jalan disitu namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia bukan bidang kuasa majlis.

Menurutnya, masalah disitu merupakan tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perkara itu telah beberapa kali dibawa ke Mesyuarat Aduan sebelum ini.

"Terdapat kemalangan maut di jalan berkenaan dan ia sesuatu yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkaitan."

"Keadaan tanah juga semakin mendap menyebabkan struktur jalan disitu kini di tahap membimbangkan," katanya.

Azmizam berkata, pihak JKR dan Jabatan Parit Dan Saliran (JPS) juga sedia maklum tentang perkara itu dan beliau berharap pihak berkenaan bertindak demi keselamatan pengguna.

Menurutnya, keadaan tanah yang semakin mendap juga perlu diberi perhatian kerana ia menyebabkan struktur permukaan jalan menjadi bertambah rosak.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini