Contoh terbaik yang perlu diikuti. Jika anda bercakap ingin memenangi pilihanaraya dengan cemerlang pada PRU akan datang tetapi sekadar cakap berapi-api tanpa buat kerja seperti mana yang DAP buat ini, anda hanya mengeringkan air liur dan membuang masa.
DAP Selangor membuktikan kesungguhan mereka dan secara consistance menambah bilangan pengundi mengikut graph yang amat terpuji.
Mereka bersuasah payah melakukannya kerana inilah kerja paling penting yang parti patut laksanakan bagi meneruskan kemenangan pada PRU akan datang. Parti serta ahli tidak boleh kata tidak serta berdolak dalih untuk melaksanakan kerja ini kerana ianya merupakan esset paling penting bagi parti-parti yang ingin bertanding dan menang dalam sesuatu pilihanraya.
Saya berharap dan menyeru sahabat-sahabat bloggers sekelian agar bangun dan bangkit mengetuk kepala-kepala pemimpin yang degil dan tuli dan tidak mahu membuat kerja seperti ini. Beritahu mereka bahawa mereka selayaknya berada diluar padang jika terus berdegil dan sekumpulan ahli parti yang gigih dan ikhlas berjuang untuk parti mesti bargabung tenaga untuk meneruskan usaha murni ini. Anda yang melakukan usaha ini adalah manusia paling mulia dilahirkan Allah dimuka buni ini.
Kadang-kadang saya hairan melihat keghairahan sesetengah pemimpin yang nampak begitu yakin untuk menghadapi pilihanraya. Ada yang terlalu yakin bahawa kemenangan yang lalu akan berterusan pada pilihanraya akan datang. Ada juga YB yang berkata "ikut gerak hati saya kita akan menang pada PRU akan datang". Sebagai Jentera Parti saya amat menyampah dengan YB sebegini.
Tahukah anda berapa nilai seorang pengundi baru yang didaftarkan?
Percayakah anda bahawa di Malaysia nilai tertinggi seorang pengundi adalah sebanyak RM200 juta, bagaimana ini terjadi.
Pada tahun 2004 selepas PRK Permatang Pasir, Pasir Mas Kelantan, kerajaan PAS pimpinan TGNA pada ketika hanya mendahului BN dengan kelebihan 1 kerusi sahaja. Kedudukan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada ketika sangat tipis dan kritikal ia itu PAS 23, manakala BN 22.
Pada pilihanraya ke 11 tersebut bagi DUN "N35 Kemuning" Calun BN Wan Mohammad Zin bin Mat Amin mendapat undi sebanyak 6,076, manakala calun PAS Haji Zakaria bin Yaacob mendapat 6,078 undi. Ini bermakna Calun PAS menang dengan 2 undi sahaja.
Dengan 2 Undi tersebutlah TGNA masih dapat meneruskan pemerinthana di negeri Kelantan hingga kini sudah mencapai lebih 20 tahun dan pada ketika itu TGNA membelanjakan sebanyak RM 400 juta sebagai perbelanjaan mengurus negeri Kelantan.
Jika nilaian ini diambil kira bermakna "Nilai satu Undi ialah RM200 juta" kerana dengan 2 undi tersebutlah TGNA dapat memerintah Kelantan.
Sekarang anda tentu faham betapa pentingnya kerja yang DAP lakukan ini. Anda tidak patut berpeluk tubuh lagi jika inilah nilai 1 undi yang anda daftarkan.
Mohd Razif Maslan
Ketua UPP Kota Raja
dr, boleh kita bertukar tukar link
ReplyDeletejemputlah datang ke blog saya http://malaysia-post.blogspot.com/ terima kasih
Pecutan terakhir untuk para petugas "Sukarelawan Lapangan" meneruskan Operasi Pendemokrasian Rakyat. Pastikan setiap kawasan menggandakan usaha bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
ReplyDelete2 minggu terakhir ini merupakan cabaran terhebat untuk para sukarelawan. Tahniah kerana anda tetap seorang juara dalam usaha ini tidak kira berapa angka yang anda perolehi.
Selamat berjuang demi Islam (PAS), Keadilan (PKR) dan Demokrasi (DAP) yang melengkapi perjuangan Pakatan Rakyat.
Tahniah PAS Kota Raja mendepani cabaran ini
ReplyDelete