02 July 2010

Lebihan wang.... kayanya negara kita

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini mengesahkan bahawa kerajaan menyediakan pertambahan peruntukan RM500,000 untuk kawasan pilihan raya, tetapi menafikan ia menandakan akan berlaku pilihan raya mengejut.

Ketika ditemui wartawan di Parlimen, beliau berkata, pertambahan peruntukan itu diberikan kerana kerajaan mempunyai lebihan dana.

"Ini kerana kita ada lebihan wang, jadi kita berilah peruntukan," katanya.Berikutan terdapat 222 kawasan parlimen, maka peruntukan tambahan tersebut berjumlah RM111 juta.

Diharap ada satu kawalan yang ketat kepada penggunaan wang tersebut supaya tidak ada dikalangan para kroni yang berpesta menghabiskan wang tersebut dengan hanya sebilangan kecil sahaja dari peruntukan itu diberikan kepada rakyat.

Rakyat kena lakukan Self Audit kepada para penguasa yang diamanahkan untuk membelanjakan wang tersebut. Sekiranya berlaku penyelewangan dan tidak setimpal dengan kebajikan yang diterima, maka rakyat serta pengundi mesti menjatuhkan sang penguasa tersebut termasuk kerajaan yang dinaunginya.

Selain itu rakyat juga ada hak untuk bertanya, bahawa jika kerajaan punya terlalu banyak lebihan dana mengapa perlu pelbagai cukai dikenakan kepada pelbagai barangan keperluan yang diperlukan oleh rakyat?

Kadang-kadang kita boleh pening dengan kenyataan Nazri ini. Bila nak bagi wang pada para kroni dikatakan negara kaya dan banyak lebihan dana, tapi bila nak kenakan cukai atau kenaikkan cukai kepada rakyat marhean para menteri boleh kata negara boleh bankrap jika terlalu banyak subsidi diberi kepada rakyat jelata.

Bagi yang memahami dasar UBN, kenyataan ini tidaklah mengejud dan menghairankan kerana dari dulu, kini dan selamanya pak menteri masih tebal dalam pengamatan mereka bahawa rakyat mudah diporbodohkan, yang pandai cuma mereka.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini