Kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib wajar mencontohi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang membuka lembaran baru dalam sistem politik tanah air dengan melantik pembangkang sebagai Pengerusi PAC. Ketua Pembangkang BN Selangor dan rakan-rakan ADUN BN tidak perlu berdolak dalik dalam isu ini dan harus menerima tawaran ini dengan hati terbuka.
Kebanyakan negara-negara maju didunia yang mengamalkan sistem demokrasi tulin telah mengamalkan sistem ini sejak sekian lama. Manakala di negara kita yang sudah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun baru mencipta sejarah baru bila mana Selangor mendahului negeri-negeri lain dan kerajaan Malaysia.
Usul yang dinanti-nantikan untuk melantik melantik wakil rakyat pembangkang dari BN sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri, dibentang di DUN Selangor semalam dengan melantik Shamsudin Mohd Lias (BN-Sungai Burong) sebagai pengerusi baru PAC Selangor dianggap sebagai satu sejarah.
Inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri Selangor menunjukkan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia bahawa komitmennya dalam menegakkan prinsip-prinsip kecekapan, pertanggungjawaban dan ketelusan. Ia juga merupakan satu saat bersejarah apabila kerajaan negeri bersedia membuka jalan untuk semak dan imbang.
Dari peristiwa bersejarah ini diharap kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional pimpinan Najib diperingkat pusat dan negeri-negeri yang diperintah olehnya wajar mencontohi apa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Kita berharap Najib akan mengambil inisiatif dengan melantik pula wakil-wakil rakyat yang terdiri daripada Pakatan Rakyat untuk menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC.
Sama-sama kita nantikan adakah UBN berani mencontohi kebaikan sistem yang dipelopori oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor atau mereka akan berada ditakuk lama kerana terlalu banyak rahsia yang perlu disembunyikan dari pengetahuan umum berhubung salah takbir pengurusan yang mereka lakukan.

No comments:
Post a Comment