24 December 2010

Khir Toyo : Lepas kena ni macam tak puas hati je

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo menimbulkan persoalan sama ada penjelasan kerajaan, terutama berhubung kenaikan kos sara hidup berjaya menyakinkan rakyat.

NONE"Jadi, ketika kita boleh menjelaskan untung rugi, logik dan rasional setiap tindakan namun yang jarang ditanya apakah keputusan dan penjelasan kerajaan mampu meyakinkan rakyat yang akhirnya akan diterjemahkan ke dalam peti undi dengan memberi undi kepada BN?

"Sungguhpun kita boleh mendakwa banyak janji Pakatan di Selangor belum tertunai namun saya percaya ia akan mula dilaksanakan menjelang pilihan raya akan datang bagi menggula-gulakan pengundi," katanya.

Menulis di blognya semalam, Dr Mohd Khir juga berkata, kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan.

"Saya percaya jentera kerajaan terutamanya menteri 'jaga makmal' boleh memberi penjelasan yang logik, rasional dan sangat akademik kepada rakyat bagi menjustifikasikan kenaikan harga barang, petrol dan pengenaan pelbagai cukai termasuk kemungkinan pelaksanaan (cukai) GST.

"Saya juga percaya kerajaan mempunyai kebolehan untuk menjelaskan mengapa menteri 'jaga letrik' mengumumkan kerajaan bersetuju kenaikan tarif letrik tapi masa belum sesuai.

"Tentulah kerajaan juga mampu menjelaskan mengapa Tenaga Nasional Berhad bercakap soal kekurangan untung (bukan rugi) jika tarif tidak dinaikkan seolah-olah TNB ini berniaga menggunakan duit sendiri bukannya duit rakyat," katanya dengan nada menyindir.

Beliau menimbulkan perkara itu selepas menyuaraka kebimbangannya terhadap janji terbaru Pakatan melalui "Buku Jingga" yang dikeluarkan semasa konvensyennya sebelum ini.

Katanya, walaupun sebahagian janji tersebut tidak realistik, namun boleh mempengaruhi undi rakyat, terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM 500.

"BN hanya ada satu pilihan, memuaskan hati golongan majoriti yang berpendapatan rendah dan sederhana yang menjadi isu 'bread and butter' sebagai tanda aras kepuasan mereka.

"Sepatutnya KPI kerajaan hari ini ialah kepuasan hati majoriti rakyat bukan untung rugi perniagaan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), hebat dan gahnya jenama transformasi ekonomi atau berapa ratus juta yang boleh dikutip oleh saman ekor," katanya.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini