06 December 2010

Respon PM selepas Demo semalam

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan penstrukturan semula industri air Selangor sebagai satu isu serius kerana ia membabitkan kepentingan rakyat secara keseluruhannya.
 
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak terlibat mengetepikan soal politik supaya keutamaan dapat diberikan kepada masalah rakyat.

Menurutnya, dalam apa keadaan sekalipun isu yang melibatkan masalah rakyat perlu melebihi daripada segala-galanya.

''Dalam masalah air ini kerajaan negeri berada pada kedudukan yang berbeza, namun begitu kita akui ia merupakan satu isu serius dan seharusnya pihak terbabit mengetepikan soal parti politik," katanya selepas menghadiri Konvensyen Barisan Nasional (BN) 2010 di Wisma MCA di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu penstrukturan semula air di Selangor.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan memorandum mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor kepada Istana Negara bagi memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung isu itu
.
Memorandum itu diserahkan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman kira-kira pukul 2.15 petang.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini