05 January 2011

Putar Belit

ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei sedia mengadap Sultan Selangor bagi menjelaskan kenyataannya berhubung isu pelantikan setiausaha kerajaan Selangor yang didakwa telah dimanipulasikan.

NONEPembantu khasnya, Azmizam Zaman Huri berkata, kenyataan itu telah dimanipulasikan akhbar "khususnya Utusan Malaysia dan media seangkatannya."

Azmizam juga berkata, kenyataan Shuhaimi (kiri) bertarikh 30 Disember itu tidak ditujukan kepada Sultan Selangor.

"Sebaliknya ia bertujuan menyanggah kenyataan yang dibuat setiausaha sulit kepada DYMM Sultan Selangor serta mantan ketua pembangkang Datuk Seri Dr Khir Toyo.

"(Mereka) telah memberikan tafsiran mereka sendiri ke atas peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," katanya.

Tambahnya, Shuhaimi dalam kenyataan berkenaan telah menyatakan kesetiaan terhadap Sultan Selangor dan memperakui kuasa eksekutif baginda.

"Yang dipersoalkan beliau ialah mengapa Fasal 50 (kuasa eksekutif Sultan Selangor) dan Fasal 52(1) (peranan Suruhanjaya Perkhidmatan melantik SUK) tidak dibaca bersama Fasal 55(1)," katanya lagi.

Azmizam yang juga naib ketua AMK berkata, Shuhaimi telah menjelaskan demikian kepadanya dalam satu pertemuan lewat malam semalam.

Azmizam berkata, Shuhaimi juga akan menjelaskan mengenai kenyataan "beraja di mata dan bersultan di hati" yang dipertikaikan.

"Beliau tidak menujukan kenyataan ini secara tepat kepada sesiapapun.

"Sebaliknya (peribahasa itu) mengingatkan bahawa sebarang tindakan oleh mana-mana pihak mengikut kehendak mereka tanpa mengambil kira peruntukan dan konvensyen perlembagaan tidak akan diterima rakyat.

"Bagaimanapun, beliau tegaskan sekiranya baginda tersinggung dan menganggap kenyataan itu merujuk kepada bagida, YB Shuhaimi selaku rakyat baginda yang setia, sedia mengadap Sultan dan menjernihkan keadaan," kata Azmizam lagi.

Ketika ditanya selepas itu, Azmizam berkata Shuhaimi sedia mengadap baginda sekiranya diarahkan berbuat demikian.

"Tapi setakat ini belum ada apa-apa (arahan) lagi," tambahnya.

1 comment:

  1. Salam,

    Tak keberatan izin link blog saya

    Blog tuan sudah saya link.

    Terima kasih

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini