29 January 2011

MenSIBUkan TENANG

Tinggal 24 Jam lagi ...... 30 Januari 2011 Ahad pengundi N05 akan membuat perhitungan terakhir. Siapa yang mereka pilih ... Barisan Nasional atau PAS? Cikgu Mala atau Tok Ai?

PRK kali ini merupakan PRK yang paling menjadi perhatian selepas PRU 8 Mac 2008 yang lalu. Ada beberapa faktor penting yang perlu diperhatikan mengenai halatuju Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dalam menentukan Putrajaya milik siapa selepas PRU 13 nanti. Berkuburkah Umno selepas ini setelah bermaharaja lela selama lebih 50 tahun dibumi bertuah ini.

Apa yang perlu kita lihat ialah keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang bakal memberikan implikasi kepada persepsi rakyat terhadap keputusan PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

TPM, Muhyiddin telah meletakkan sasaran bahawa calun UBN mesti menang majoriti lebih 5000 undi sebagai syarat mudah untuk mengekal kuasa pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Jika PAS/PR berjaya menafikan sasaran yang ditetapkan  oleh TPM dan berjaya pula menambah undi dari apa yang diperolehi pada PRU 12 lalu, ianya sudah dianggap satu kejayaan luar biasa dan paling ditakuti oleh UBN.

Satu dua hari ni kelihatannya PM DS Najib sendiri sudah benar-benar kecut perut dengan manifesto buku jingga yang di keluarkan oleh Pakatan Rakyat sehingga menangguhkan kenaikan tol sehingga 5 tahun bagi mengimbangi tawaran penghapusan tol yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat.

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini, adalah pengakuan dan penerimaan BN bahawa janji-janji di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat boleh dilaksanakan, kata Azmin Ali Timbalan Presiden PKR semalam.

"Adalah bukti Pakatan Rakyatlah yang kini memimpin perubahan dalam negara ini melalui idea-idea dasarnya yang pro-rakyat dan kini menjadi asas perbincangan utama ke arah perubahan," katanya.

Berbalik ke Tenang, PRK ini menjadi indikasi kepada UBN kerana beberapa faktor, diantaranya Johor dilihat sebagai kubu kuat UMNO sehingga negeri ini digelar oleh ramai penceramah Paktan Rakyat sebagai 'Negeri Johor Darul Umno'. UMNO lahir di Johor. Timbalan Presiden Muhyiddin dan Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan juga orang Johor. Mungkin disebabkan persepsi itu, sesetengah jentera kempen Barisan Nasional awal-awal lagi berkata, Tenang milik parti itu. Belum pun penamaan calon dan kempen, sudah ada yang berkata BN akan menang besar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mensasarkan parti itu untuk mendapat majoriti 5,000 undi. Sasaran ini semakin menambahkan rasa selesa di kalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO yang merasakan BN tak mungkin kalah dalam pilihanraya tersebut.

Dalam kempen 8 hari ini pula faktor Soi Lek yang mengeluarkan beberapa kenyataan yang arogan benar-benar membuat muka pemimpin kanan Umno Johor jadi merah padam.

Chua Soi Lek dilihat terlalu tertekan untuk menang tambahan pula Labis dilihat sebagai “padang permainan” nya. Pilihanraya ini akan menentukan sama ada Chua Soi Lek akan dilihat relevan atau sebaliknya dalam politik Malaysia.
.
Setelah kecut perut, akhirnya, Muhyiddin secara terbuka meminta Chua Soi Lek untuk berhenti memainkan isu tersebut. Calon BN tidak boleh menang dengan undi Cina semata-mata; dia juga memerlukan undi Melayu yang besar. Orang Melayu amat sensitif apabila orang bukan Islam mempersoalkan hukum-hakam agama.

Takdir menentukan pada malam pengumuman esok sekiranya BN tewas di DUN Tenang apatah lagi dengan majoriti yang besar akan memberikan kejutan yang hebat  sama seperti Sibu.

Sekiranya pengundi DUN Tenang “mensibukan” BN, maka parti itu perlu mandi limau sebelum memasuki pilihanraya kecil Merlimau.

Adakah ini mustahil?

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini