19 January 2011

Tentera Jihad Line 3 mana pulak ni?

"Tentera Jihad - line 3" mana pulak ni. Aduh apa pasal siap gantung ayam yang dah disembelih disitu. Apa pasal Teo Nie Ching diberi peringatan begini? Siapa Jeneral Tentera Jihad ni. Mintak polis siasat dan  tangkap bagi masuk lokap tanpa bicara, sebab bukti kukuh dia pakai undang-undang rimba disebuah negara yang aman damai ini.
 
Berita berkaintan : Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching menerima ugutan ke atas keselamatannya hari ini.

Menurut pembantunya, Chen Fan Dao, pada jam sekitar 8 pagi, pejabatnya dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa seekor ayam tergantung di luar pejabat pusat khidmat DAP di Sungai Chua, Kajang.

“Mereka bekejar dan mendapati seekor ayam tergantung di luar pagar. Lehernya dipotong dan darah masih menitis, dipercayai baru dibunuh.

Di luar pagar juga tergantung poster yang tertera 'Ingat!!! Ini satu Peringatan,Teo Nie Ching, Tentera Jihad', “ katanya.

Chen tidak mahu membuat spekulasi mengenai pihak yang bertanggungjawab tetapi berkata akan membiarkan polis menjalankan siasatan, tetapi berkata mereka akan meminta pihak berkuasa meningkat kawalan keselamatan.

“Jadual Teo tidak akan terjejas dan beliau akan menjalankan tugasnya sebagai ahli parlimen seperti biasa,” katanya. 

Teo membuat laporan pada ibu pejabat polis daerah Kajang pada jam 11.45 pagi ini.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini