09 January 2011

Dalglish kembali terajui Liverpool

Pengurus Roy Hodgson meninggalkan Liverpool, semalam dan kelab itu melantik bekas pemain dan pengurus, Kenny Dalglish sehingga akhir musim ini untuk cuba mengubah prestasi hambar mereka.

Hodgson yang menyertai kelab England paling berjaya itu dari Fulham, Julai tahun lalu, mendapat tekanan daripada peminat dalam minggu terbaru selepas dikalahkan oleh Wolverhampton Wanderers dan Blackburn Rovers.

Dia meninggalkan kelab itu empat mata di atas zon penurunan di tempat ke-12 dan pada hari ini, Liverpool bertandang ke gelanggang musuh ketat, Manchester United bagi satu perlawanan pusingan ketiga Piala FA.

"Saya mendapati beberapa bulan lalu, wujud banyak detik yang paling mencabar karier saya selaku pengurus Liverpool.

"Saya amat sedih kerana tidak mampu memberikan kesan kepada skuad itu dan diberikan masa untuk membawa pemain baru ke kelab dalam jadual perpindahan dan memiliki kemampuan menjadi sebahagian proses pembentukan di Liverpool," kata Hodgson pada laman web kelab, www.liverpoolfc.tv.

Peminat yang menyorak nama Dalglish pada perlawanan musim ini, akan mengalu-alukan berita bahawa orang yang memenangi lapan gelaran sebagai seorang pemain dan pengurus di Anfield, kembali menerajui.

"Kami gembira bahawa Kenny Dalglish bersetuju untuk tampil dan menguruskan pasukan bagi perlawanan Piala FA, hari ini di Old Trafford dan bagi baki musim ini.

"Kenny bukan hanya seorang pemain bola sepak legenda, dia merupakan yang ketiga daripada tiga pengurus kami paling berjaya (tiga gergasi). Nasib kami luar biasa dan bersyukur kerana dia mengambil keputusan untuk tampil ketika pertengahan musim ini," kata pemilik kelab, John Henry.

Dalglish menjadi teraju ketika kali terakhir Liverpool meraih daripada 18 kejuaraan Liga England pada 1990. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini