Malam semalam bertempat di Stadium Kota Raja telah berlangsung majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Kota Raja.
Turut berpidato ialah YB Dato Nik Amar bin Nik Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Lim Kit Siang, Penasihat DAP merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur, YB Dr Xavier Jayakumar, Exco Kerajaan Selangor merangkap ADUN Sri Andalas, YB Shuhaimi Shafiee, ADUN Sri Muda, YB Dr Siti Mariah Mahmud serta En Jaafar Shamsuddin YDP PAS Kota Raja merangkap Pengarah Pilihanraya Selangor.
Pada majlis yang penuh simbolik malam tadi, gimik pelancaran jentera pilihanraya PAS Kawasan Kota Raja di mana semua Pengarah yang di ketuai oleh Sdr Mohd Razif Maslan (Pengarah Pilihanraya PAS JPrK Kota Raja) serta Tn Hj Termizi Ismail (Pengarah JPrD Sri Andalas), Tn Hj Hakim Kari (Pengarah JPrD Sri Muda), Tn Ismail Zakaria (mewakili Ketua Pemuda PAS Kota Raja), Puan Rosnah Abd Wahab, Timbalan Pengarah 4 JPrK) dan En Letchumanan (Pengrah Pilihanraya DHPP Kota Raja) telah menerima Panji-Panji Perjuangan yang disampaikan oleh YB Dato Nik Amar yang mewakili YAB Menteri Besar Kelantan Dato Sri Bentara Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat yang tidak dapat hadir kerana kurang sihat.
Dengan tekad untuk mempertahankan Parlimen Kota Raja, DUN Sri Muda dan DUN Sri Andalas serta Selangor dan menawan Putrajaya, kami para Pengarah Jentera Pilihanraya bertekad dan berusaha bersungguh bersama rakan-rakan seperjuangan didalam JPrK, JPrD dan JPrU yang merupakan petugas akar umbi dilapangan untuk memulakan gerakan ini bagi memastikan UBN berkubur di Kota Raja dan menambah majoriti 20,672 undi kemenangan oleh YB kepada 30,000 Insa Allah dengan izin Allah SWT.
Selaku Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan, besarlah harapan saya agar semua pihak yang terdiri dari pimpinan, ahli dan penyokong PAS dan Pakatan rakyat terus berusaha memenangi hati rakyat dengan mendekati mereka dan membantu apa yang patut supaya PAS dan Pakatan Rakyat sentiasa berada dihati mereka sehingga ke hari mengundi kelak.
Perbanyakkan lah aktiviti Turun Padang bertemu ahli parti dan rakyat bagi menerangkan mengapa kita wajib mengundi PAS & Pakatan Rakyat dan menolak UBN. Selain itu semua Bilik Gerakan mesti diaktifkan dasi semasa kesemasa.
Bagi Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku tahun 2/2011 dijangkan akan dikeluarkan pada minggu ini. Diharap semua JPrU bagi setiap Daerah Mengundi sudah menyediakan barisan petugas yang mahir bagi menyemak serta membuat bantahan jika RDPT tersebut menyelewang. Kita MESTI check kerja SPR kerana terdapat banyak kecuaian yang tak sepatutnya mereka lakukan.
Kita juga menolak sepenuhnya cadangan untuk mengunakan machine biometrik seperti yang dicadangkan oleh SPR dan kerajaan Najib bagi mengganti cadangan awal penggunaan dakwat kekal kerana pengundi tersebut masih boleh mengundi dua tempat Daerah Mengundi tanpa dapat dikesan kerana mereka orang sama dan IC yang sama.
Diharap semua Petugas PAS Kota Raja menjadi semakin bijak dalam menangani semua tipu helah ini supaya kemengan kita tidak dirobek dengan cara yang paling kotor.
Akhirnya suka saya mengingat semua petugas jentera pilihanraya bahawa PRU 13 ini dijangkan lebih sengit dan kita kan berhadapan saat-saat yang amat sukar kerana setahun yang lalu Najib telah memberi amaran bahawa dia dan Umno akan mempertahankan Putrajaya hingga ketitisan darah yang terakhir. Moga kita berjaya meningkatkan motivasi diri untuk berjuang menawan Putrajaya pada kali ini dengan tidak payah menumpahkan darah tetapi dengan sebatang pensil sahaja.... Takbir.
Terima kasih dan Tahniah kepada DACS Kota Raja yang diketuai oleh Sdr Akif diatas kejayaan penganjuran Pelancaran ini.
Terima kasih dan Tahniah kepada DACS Kota Raja yang diketuai oleh Sdr Akif diatas kejayaan penganjuran Pelancaran ini.
Oleh
Mohd Razif bin Maslan
Pengarah Pilihanraya PAS (JPrK) Kota Raja
No comments:
Post a Comment