04 July 2011

Siasatan Awam SPR : Parlimen Kota Raja Menang Besar

Hari ini merupakan hari terakhir bagi siasatan awam SPR bagi bantahan yang dibuat oleh pembantah dari Parlimen Kota Raja untuk suku tahun pertama tahun 2011.

Seramai 15 orang pembantah telah hadir termasuk YB Dr Siti Mariah yang menjadi pembantah terakhir dan menang 100% dari bantahan yang dibuat olehnya.

Dari jumlah 140 bantahan yang dibuat, sejumlah 125 kes kita menang dan hanya 15 kes sahaja ditolak iaitu 3 dari DUN Sri Muda dan 12 dari DUN Sri Andalas.

PAS Kawasan Kota Raja mengucapkan tahniah kepada Tn Hj Hakim Kari yang juga Pengarah JPrD Sri Muda yang mengetuai operasi bantahan ini dan telah berjaya membuktikan kepada SPR bahawa OKB memang bukan pemastautin di Daerah Mengundi yang di daftarkan.

Turut hadir memberi sokongan moral pagi tadi ialah ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiee.

Berdasarkan pengalaman ini, kepada semua PAS Kawasan sila bersedia dengan RDPT suku tahun 2/2011 yang dijangka akan dikeluar pada minggu ketiga bulan ini (takut-takut dimasukkan balik atau dipindahkan pula ketempat lain dan sebagainya)

Inilah bantuan PAS Kota Raja dan Selangor kepada SPR supaya pilihanraya menjadi BERSIH. Kita WAJIB meneruskan usaha ini walau pun dipandang sinis oleh SPR.

UPDATE

LAPURAN BANTAHAN RANG DAFTAR PENGUNDI TAMBAHAN (RDPT) SUKU 1 ( JAN – MAC), 2011,
PARLIMEN KOTA RAJA
Bagi Rang Daftar Pengundi Tambahan (RDPT)  suku 1 ( Jan – Mac), 2011, Parlimen Kota Raja telah menerima penambahan pengundi baru dan pengundi bertukar alamat dalam jumlah yang besar jika dibandingkan dengan suku-suku yang sebelumnya.  

Sebanyak 140 bantahan kepada SPR Selangor telah dibuat yang terdiri dari 51 pengundi baru dan 89 pengundi  bertukar alamat kerana di percayai bukan pemastautin.

Hasil perbicaraan yang di adakan pada 4 Julai 2011, sebanyak 125 bantahan telah diterima dan 15 di tolak. 119 bantahan yang di terima merupakan pengundi Sabah yang mempunyai kod negeri 12 dan 49 pada nombor kad pengenalan mereka.


No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini