02 July 2012

Hudud di Johor : PAS sokong UMNO mula dolak dalih.

Pas menyambut baik cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah dari Umno, Datuk Ayub Rahmat, yang mahukan Kerajaan Johor mengambil inisiatif menjadi negeri pertama melaksanakan hudud.

Walau bagaimana pun bermula semalam Umno sudah mula bermain silap mata dengan Majlis Agama Islam Johor sendiri berkata bahawa sebelum ini tidak pernah berbincang serta cadangan untuk melaksankan hukum ini tersebut.


Selain Majlis Agama Islam Johor umno juga menggunakan Uztaz Fathul Bari Mat Jahaya juga memberikan komen yang panjang lebar berkaitan cadangan ini, selain Ahli Parlimen Ledang.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, umat Islam perlu sokong sepenuhnya cadangan tersebut.

“Saya ucapkan tahniah kepada beliau. Mungkin ini adalah cadangan seumpama itu yang pertama daripada Umno Johor. Beliau menongkah arus dan saya ucapkan semoga beliau berjaya.

“Selain itu, saya berharap beliau mengangkat isu ini lebih tinggi lagi dan jangan ada ‘hudud Umno’, ‘hudud Pas’, dan Pas akan terus menyokongnya,” katanya.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menerima hakikat akan ada pihak yang akan menentang perlaksanaan cadangan tersebut.

Ayub membuat cadangan itu pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-12, Khamis lalu.

Dalam sebuah portal kelmarinAyub dipetik sebagai berkata, beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan 'hudud sebenar', yang didakwanya berbeza dengan
hudud Pas.

Umno sudah mula main silap mata, PAS sedar tentang hal ini, Kita akan akan pada tahap mana keseriousan Umno untuk melaksanakannya.

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata, beliau berharap Ayub benar-benar mahu mengangkat isu ini dan bukannya sekadar bertujuan mahu menarik sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Cadangan dia amat betul, tapi malangnya beliau berada di kumpulan dan situasi yang salah. Kalau mahu, kita alu-alukan beliau sertai Pas,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ledang dari Umno, Hamim Samuri menegaskan sebagai umat Islam, menyokong perlaksanaan hukum hudud adalah wajib, namun dalam keadaan semasa di negara ini, ia terpaksa ditangguhkan.

Katanya, apa yang paling penting sekarang adalah memberi pemahaman Islam dan kepentingan perlaksanaan hudud kepada bukan Islam sepenuhnya.

“Selain itu, faktor lain seperti hakim, pelaksana dan peralatan perlu juga diberi perhatian. Kita mahu hudud ini benar-benar berasaskan Islam kerana ia wajib,” katanya.

3 comments:

  1. Setelah lebih 50 tahun merdeka , hakim2 dan pelaksana masih tak 'dipahamkan hudud' yang mana hendak dilaksanakan dan peralatan yang mana perlu diberi perhatian. Kalau sungguh hendak laksanakan dah lama boleh dilaksanakan kerana semua rakyat tahu Johor terkenal dengan sistem sekolah agamanya yang hebat dan pembelajaran hukum jenayah dan mu'amalat telah lama dipelajari. Cuma sekarang ini kena ingatlah mufti dan pemimpin2, kalian akan ditanya nanti sejauh mana keikhlasan kalian tentang perlaksanaan hudud ini. Para pemimpin , para mufti dan para kadhi , bersedialah kamu untuk menjawab soal malaikat nanti.

    ReplyDelete
  2. Kenyataan TGNA yg disiarkan oleh sinar Harian sebentar tadi :

    Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalu-alukan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Kerajaan Johor melaksanakan hukum hudud.

    Menurutnya, dalam isu tersebut tidak perlu cabar-mencabar mana-mana pihak, sebaliknya pelaksanaan hukuman itu perlu diadakan demi kepentingan Islam.

    “Saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar mencabar, saya menyokong sepenuh hati.

    “Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

    ReplyDelete
  3. UMNGOK nak HUDUD? Bro, lu balik dan kira berapa banyak bulu anu yang dah beruban dan istiharkan keseluruh negara, orang lebih percaya la bro!!!

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini