18 January 2013

Umno sanggup menjaja isu "Kalimah Allah"

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendesak agar semua pihak menghentikan segera sebarang kenyataan atau pandangan berhubung  polemik kalimah Allah yang telah berlarutan sejak beberapa bulan yang lalu.

Presidennya, Amidi Abdul Manan, berkata selaras dengan gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menggesa agar semua pihakmenghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan proses perundangan berkaitan masih di peringkat Mahkamah Rayuan selain menyambut baik pendirian Pas melalui kenyataan Setiausaha Agung parti itu Datuk Mustapha Ali yang menegaskan isu kalimah Allah tidak perlu dibangkitkan lagi.

Berdasarkan kepada perkembangan isu terbabit, Abim menilai ia terlalu dipengaruhi oleh kepentingan saingan politik bersifat kepartian serta boleh menjejaskan keseimbangan dalam tatacara keharmonian antara kaum di negara.

“Sekiranya isu  ini berlarutan, Abim khuatir ia akan mencemari sebarang pertimbangan ilmiah, akademik serta dakwah yang seharusnya menjadi asas rujukan dalam membicarakan isu ini,” katanya.

Tambahnya, janganlah kerana ingin mengejar populariti politik, kesucian serta nama baik Islam  dijadikan  modal meraih populariti siasah semata-mata.

Berpegang pada hakikat ini, Abim menggesa gencatan isu ‘kalimah ALLAH’ perlu dipatuhi dan dan dihormati menggesa agar sebarang kenyataan tidak dikeluarkan lagi buat masa ini.

1 comment:

  1. Senang cerita ikut penjelasan dr Maza dan ust Zaharuddin,
    ini perkara cabang dlm bab akidah yg samasekali tidak menjatuhkan muslim ke dalam kekafiran@murtad(spt pandangan Datuk Nooh).
    Maka keputusan melarang bukan keputusan hukum@syariat(hukum boleh) sebaliknya keputusan yang diputuskan berdasarkan siyasah syar'iyah.Inilah yang perlu dibeza dan dijelaskan supaya kumpulan@individu itu tidak lagi tuduh menuduh!

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini