14 May 2013

Lawan Dr Mariah letak jawatan SUA MIC

Setiausaha agung MIC S Murugesan hari ini melepaskan jawatan tersebut, susulan ekoran kegagalannya untuk merampas kerusi parlimen Kota Raja dari PAS dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Katanya, beliau akan bercuti untuk seketika dan akan kembali untuk berkhidmat dalam parti itu sebagai anggota jawatankuasa pusat dan pengerusi cawangan.

Murugesan berkata, beliau telah memaklumkan rancangannya itu kepada presiden parti, Datuk Seri G Pananivel sebelum ini dan mengulangi janji itu pada minggu lalu.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas memberi masa beberapa hari kepada presiden untuk mencari penggantinya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri G Palanivel kerana memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai setiausaha agung...,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MP PAS Dr Siti Mariah Mahmud mengekalkan kerusi Kota Raja dalam pilihan raya tersebut dengan majoriti 29,395 undi.

Murugesan mendapat 29,711 undi berbanding 59,106 undi yang diperolehi Siti Mariah. Dua lagi pencabarnya merupakan calon Bebas.

1 comment:

  1. Sepatutnya Murugesan bukan saja letak jawatan SU tapi cadangkan kepada G.Palanivel untuk bubarkan MIC dan joint PKR. Setuju tak?

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini