17 May 2013

Zahid : Tiada lagi kebabasan bersuara di Malaysia

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terkejut apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri meminta rakyat yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara lain yang menjalankan pilihan raya mengikut sistem yang digemari. 

“Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini?” tanya beliau di dalam Facebooknya. 

Beliau juga mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya. 

“Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan,” jelasnya. 

Tambahnya, tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik. 

“Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur,” ujarnya. 

Sebagai menteri, kata beliau Zahid sepatutnya membangkitkan kasih sayang dan semangat patriotik rakyat kepada negara, bukannya mengeluarkan kenyataan sebegitu. 

Sebagai menteri, kata Mohammad Agus, Zahid sepatutnya menggunakan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, social ills dalam negara daripada menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan politik dengan parti kerajaan.

“Saya mohon kita semua hentikan kenyataan sebegini hanya kerana kita mempunyai perbezaan politik. Ini adalah tanah air kita bersama. 

“Saya yakin, sebagai rakyat, kita semua mahu terus menyumbang bakti kepada negara kita ini mengikut keupayaan masing-masing, biarpun dalam bentuk yang berbeza. Malaysia adalah negara kita bersama,” katanya.

4 comments:

  1. KEBEBASAN BERSUARA ADA BATASANNYA..DGN LIDAH YANG BERBISA BOLEH MENYEBABKAN SESEBUAH NEGARA ITU HANCUR..TIDAK PERLU DI BERIKAN CONTOH2 DAN PENERANGAN PJG LEBAR KESAN DARI UCAPAN2..SUDAH TERANG LAGI BERSULUH MEREKA YANG MEMBERIKAN UCAPAN MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN NEGARA DAN RAKYAT..SUDAH TERANG LAGI BERSULUH MRK BOLEH DI TUDUH DIBAWAH BERBAGAI AKTA YG ADA DAN SEKURANG-KURANGNYA DI BWH AKTA HASUTAN..MRK MESTI SEGERA DIJATUHKAN HUKUMAN BERAT SEBELUM BERLAKUNYA MUDHARAT YANG LBH BESAR..INGAT KATA TUNKU AZIZ BEKAS DAP YG MENYATAKAN MRK HENDAK MELAKUKAN MALAYSIA SPRING YG KESANNYA SGT MENAKUTKAN BELIAU..SESUATU YG LBH BESAR DR BERSIH 1 DAN 2..BERTUJUAN MENJATUHKAN K'JAAN DENGAN CARA AMUK DAN HURU HARA..PENYOKONG KERAJAAN KHUSUSNYA ORG MELAYU SUDAH TENTU TIDAK AKAN BERDIAM DIRI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen yang tidak bertanggong jawab, condong kearah resis.Pimpinan krejim mesti diberi tekanan, klu tidak mereka akan seenaknya membuli rakyat ikut nafsu..ini dapat dilihat dari 'past record' .Jangan Tanya...yang tak setuju..memang buta hati...

      Delete
    2. btoi tu...bnyk org xnmpk lg kepimpinan kerajaan skunk bnyk xadil?ptutnye kite sbagai rkyat prlu brsama2 mmberi tguran pada krajaan,kita ada hak..trg2 kita dh nmpk sblum mgndi hari tu?mana dgn media,mana dgn manesfsto...bukak mata kalian adakah ini krajaan adil?stakat bagi brim,n sbgainya itu semua umpanan?knp masa tun m xde semua nie?padahal ngara kita mmbangun dgn pesatnya,why????skunk cme agkt jri telunjuk dh boleh bg brim...rkyat boleh kaji n fikir...jgn jd org bodoh yg slalu di mainkan...mohon terasa...

      Delete
  2. SEBAB TAK DEMOKRASI berlakunya arab spring, M'SIA spring tu.. Kalu adil xakan jadinya.. BANYAK KUMPUL HARTA CURI KOT SBB TAKUT SANGAT NIE..!!

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini