13 May 2013

Pecat Mohd Noor dari SPRM

Naib Presiden PKR N Surendran menuntut supaya bekas hakim mahkamah rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah dipecat daripada jawatankuasa pengaduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran kenyataannya yang dianggap bersifat perkauman semalam.

Surendran, anggota Parlimen baru Padang Serai berkata, Mohd Noor tidak sesuai memegang jawatan yang memerlukan kepercayaan awam.

"Kerajaan BN harus segera memecat Mohd Noor Abdullah daripada kedudukan yang memerlukan kepercayaan awam. "Kenyataan Mohd Noor membuatkannya tidak layak untuk memegang sebarang kedudukan yang perlunya kepercayaan awam," katanya.

Surendran berkata, kenyataan Mohd Noor harus disiasat bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, berhubung kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Mohd Noor antara lainnya menyeru golongan Melayu agar bertindak lebih agresif untuk mempertahankan hak serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha merampas kuasa politik.

1 comment:

  1. La, patutlah SPRM tak pernah ambil tindakan terhadap pemimpin2 Umno yang kaki rasuah! Rupanya yang jaga undang2 dalam SPRM ialah seorang rasis Melayu. Jadi pemimpin2 Umno rasuah semua OK sebab mereka melayu.

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini