30 January 2009

Tinggalkan Umno, Sertai PAS

Pemuda PAS Kota Raja percaya Umno tidak lagi mampu menjadi parti yang boleh diharapkan bagi meneraju kepimpinan negara pada masa ini.

Ini berikutan perkembangan politik tanahair sejak Pilihanraya Umum ke-12 hingga kepada peristiwa penghijrahan Adun Bota Dato' Nasaruddin Hashim dan terakhir cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen untuk membubarkan kesemua sayap parti di dalam Umno lantaran politik wang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Raja Tuan Haji Hakim Kari berkata masalah kepimpinan dan kecelaruan nilai di dalam Umno yang begitu teruk waktu ini menjadikan parti itu sarat dengan masalah dalaman yang tidak mampu dipulihkan dalam waktu terdekat.

"Masalah amalan rasuah politik umpamanya, sudah menjadi sebati dengan kepimpinan tertinggi Umno dan kelihatan seperti mustahil untuk ditinggalkan oleh mereka.

"Sebahagian besar pemimpin Umno juga dilihat meletakkan kepentingan diri jauh melebihi kepentingan rakyat dan negara bahkan melebihi kepentingan parti mereka sendiri,"

Katanya kedudukan Umno yang tenat itu menjadikannya tidak lagi sesuai sebagai pentas perjuangan politik bagi anak-anak muda yang mempunyai idealisma dan semangat perjuangan yang tulus.

"Dengan penuh kesedaran saya mengajak pemimpin-pemimpin muda di dalam Umno yang ikhlas memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara, juga kepentingan Islam dan Melayu untuk meneruskan perjuangan mereka dalam pentas politik PAS.

"Biarlah mereka yang mempunyai agenda peribadi dan kepentingan diri sahaja terus tinggal dan tenggelam bersama Umno," katanya.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini