05 February 2011

“Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat”

PAS serta Ketua Pemuda PAS mesti menerima realiti bahawa Umno melakukan sesuatu untuk menawan semula Kelantan walau pun kita kata harapan mereka amat tipis untuk berbuat demikian.

Dengan hampir setengah juta pengundi Kelantan merupakan pengundi muda, PAS biasa nya berasa selesa kerana kononnya kebanyakan orang muda memilih PAS dan Pakatan Rakyat sebagai wadah perjuangan mereka.

Memang trak record menyebelahi kita selama ini tapi kita tidak boleh leka tanpa berusaha dan melakukan kerja bagi meyakinkan orang muda ini bahawa tindakan mereka memilih PAS/PR selamai ini tidak silap dan tidak dipesongkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Umum sedia maklum bahawa Umno akan melakukan apa saja bagi membeli undi dari orang muda ini. Kita mesti berjaya-jaya dan melakukan kerja kuat bagi mengatasi tindakan yang dilakukan Umno ini. Jika masih bersikap nagetif kita takut akan menerima padahnya pada malam pengumuman keputusan PRU 13 nanti.

UMNO Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah untuk mendekati dan mendapatkan kepercayaan kira-kira 400,000 pengundi muda di Kelantan untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Gelombang Merah bertemakan “Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat” akan dilaksanakan Pergerakan Pemuda UMNO negeri melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja.

Kempen itu antara lain berobjektif untuk menawan negeri itu daripada kepimpinan Pas yang telah memerintah Kelantan selama 21 tahun, pada pilihan raya umum akan datang, katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Gelombang Merah di sini hari ini.

"Golongan muda di Kelantan adalah lebih ramai jumlahnya daripada pengundi biasa, iaitu jumlah keseluruhan pengundi di negeri ialah 600,000 orang dan 400,000 daripada jumlah itu adalah golongan muda.

"Mereka merupakan golongan yang berpengaruh dalam menentukan kejayaan BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.

Katanya BN semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan berdasarkan keputusan pada dua pilihan raya kecil iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada Julai 2009 dan DUN Galas pada November tahun lepas. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini